Tuesday 23 June 2009

Pembangunan

Pernah dengar pusat rekreasi dan perkelahan Bukit Berapit ? Kepada sesiapa yang dulu sering berulang-alik dari Taiping dan KK melalui jalan lama pasti tahu. Kawasan ini dulu merupakan kawasan utama anak-anak muda, keluarga dan sesiapa sahaja yang lalu melepas penat serta berkelah dan mandi-manda di hujung minggu. Apabila PLUS membina lebuhraya, kawasan ini agak terganggu dan ada lencongan air serta sudah tidak semulajadi lagi. Ia hilang keasliannya dan tidak lagi menjadi pusat rekreasi utama.

Hari ini , inilah yang telah berlaku. Kemana menghilangya batu-batu besar serta laluan air terjun itu kita pun tidak tahu. Dahulu kawasan ini sangat sejuk dan nyaman.

Ini dia kawasan yang tinggal. habis diratakan. Hilang entah ke mana saliran air dan pokok-pokok dan suasana yang nyaman itu.


Hanya tinggal longgokan batu-bata gunung yang (mungkin diletupkan?) Kemana ye air-air terjun itu semua?

Lapang dan terang. Habis semua pokok-pokok yang besar.
Kenapa ye ?
Kerana memberi laluan kepada .........
Landasan keretapi berkembar ke utara.




A few kilometres away Gunung Pondok pula sudah menjadi gunung apa ye?



Inilah yang tinggal dari Gunung Pondok yang dahulu tersergam megah di Padang Rengas.


Dari sisi , sudah ada heli pad kat atas tu.


Dari depan, masih bolehkah lagi di panggil Gunung Pondok? Sudah tiada gunungnya.


Yeah, inilah dia harga yang perlu dibayar untuk pembangunan.
Okay, I'm not against development all right. However, when it becomes a real nuisance to the public, I would say 'NO'
When trees have to suffer, the environment is disturbed, the health of the people, the future generation is at stake , 'NO'

3 comments:

Unknown said...

salam, saya ni anak jati Pdg Rengas. Lahir dan membesar di Pdg Rengas. Gunung Pondok tu dah mcm landmark pekan Pdg Rengas. Kalaula gunung tu diratakan hilangla satu keindahan alam yang menarik di kampung saya.

orangkampung said...

Ia tidak akan rata pastinya,tetapi kesemulajadiannya hilang dan rosak.Mereka mengambil untung berganda darinya dan rakyat marhaen berhampiran menderita kesan debunya.

Unknown said...

Betul tu. Rumah Tok saya di belakang gunung pondok tu je jadi dah jadi kebiasaan kalau jemur baju habis berdebu. Kesannya dah lama cuma bak anjing menyalak bukit, aduan yang dibuat tak pernah diambil peduli.