Thursday 31 December 2009

Bye Bye 2009

Hari ni hari terakhir 2009 dan esok mulalah Masihi 2010.
Mmmm banyak yang telah berlaku
dan hari ini pun........ di hari akhir 2009...
Apapun, lantakle apa yang telah berlaku kan
tunggu je apa pulak yang nak terjadi tahun depan.

Yang pasti umur makin bertambah
Yours truly pun tak kisah sangat fasal tarikh Masihi ni
kerana sebenarnya umur sudahpun bertambah pada 10 Muharam yang lalu.
Sahaja nak mengingatkan diri sendiri
bila umur dah bertambah bemakna semakin dekat
dengan kematian kita

Makanya perlu le banyak-banyak menginsafi diri
kena kurangkan aktiviti lagho ( jarang buat pun )
gandakan ibadah, buat kebaikan,
buat apa yang patut dibuat
dan macam-macam lagi yang baik-baik dan yang diredhai Allah.



p.s. Jangan lupa malam ni di awal pagi sama-sama kita tunggu gerhana bulan separa dan buat lah apa yang patut sebagai seorang Muslim.



Tuesday 29 December 2009

Peringatan ? Ugutan ?

Apa beza peringatan dengan ugutan? Mesti lah ada beza kan. Satu adalah peringatan dan yang satu lagi adalah ugutan.

Peringatan ialah memberi ingatan, mengingatkan dan menjurus ke arah kebaikan. Manakala ugutan berupa satu ancaman bertujuan menakut-nakutkan dan pastinya mendatangkan kesan yang tidak baik walaupun dasarnya cuba nak buat yang baik......

Apakah kaedah yang digunapakai hari ini. Adakah ia peringatan atau adakah ia merupakan ugutan? Di mana-mana di sekeliling kita ke dua-dua unsur ini boleh di lihat dan dibezakan.

Along memang terkenal dengan unsur ugutannya.Memang dah banyak pun kejadian yang tidak diingini berlaku. Agensi-agensi yang membekal perkhidmatan pun ada unsur ugutan juga. Di rumah pun ada ugutan , kat tempat kerja lagi le banyak. Kalau nak tulis pun berjela-jela.

Peringatan selalunya ada kat mesjid-mesjid, kat kuliah agama, dekat kem kesedaran , kuliah-kuliah motivasi dan yang sewaktu dengannya.

Okay, manakah yang lebih baik? Peringatan atau ugutan ?

Tentunya ramai yang akan takut dengan ugutan dan tak ambil pot sangat dengan peringatan. Makanya, sebab itulah ramai yang suka guna teknik ugutan ni. Tak gitu?





Saturday 26 December 2009

Takziah dan Al-Fatihah

Ucapan takziah
dan al-fatihah
kepada yang pergi di keheningan pagi
dalam kemalangan ngeri
bas Ekspres di
PLUS Hiway.
Begitulah janji Tuhan
tidak lewat mahupun cepat
walau seminit pun.

Banyak yang perlu diperbaiki ; soal sikap dan rasa tanggung jawab
semua pihak yang terlibat dalam pengangkutan awam ni.
Jangan asyik nak buat untung je. Keselamatan penumpang dan kesesuaian masa perjalanan dan berbagai lagi.
Bila dah berlaku kemalangan maut sebegitu
mulalah tuding jari sana sini.
Lagu " bangau oh bangau" dinyanyikan.
Dah banyak kali berlaku ,
apakah tindakan yang telah diambil?

Apapun
Takziah kepada keluarga mangsa
dan Al Fatihah juga.




Ingat-mengingati.......

2009 semakin menuju ke penghujung. Pusingan 365 hari hampir tamat. Yes, apa yang telah ku buat, ku capai, ku atasi dan apa-apa lagi di sepanjang tahun? Ada pelbagai. Yang menarik ada , yang kurang menarik pun ada. Yang mencabar pun banyak juga.

Apapun bolehlah dijenguk-jenguk apa yang telah ditinggalkan tetapi yang penting apa yang akan datang. Yang telah ditinggalkan boleh digunakan sebagai pengajaran serta sempadan. Yet we are still not sure of what coming next. Mmmmm....

Peringatan yang sangat berguna dari Ustaz, " Jangan terlalu ghairah dengan benda yang akan ditinggalkan tetapi perlu ingat dan berusaha memperbanyakkan benda yang mahu dibawa pergi"

Ramai kita berlumba-lumba memperbanyakkan dan mempertingkatkan serta berusaha untuk benda-benda yang akan ditinggalkan ( Baguslah jika ia dapat membantu untuk urusan hari kemudian) Manakala sering lupa mengenai bekalan yang hendak dibawa pergi.

Kerana itu kita lihat ramai menghabiskan masa mencari harta, kekayaan, pangkat dan sebagainya melebihi urusan menyediakan bekalan untuk dibawa pulang nanti ( termasuklah juga yours truly, Hhmmm......)

Maka, sempena Tahun Hijriah yang baru bermula ini dan Masihi yang akan sampai tak lama lagi mari kita bersama melipat-gandakan usaha untuk menyediakan bekalan untuk dibawa pergi manakala kalau sudah cukup benda yang hendak ditinggalkan, " Bersyukurlah" dan berpada kerana dibimbangi akan menjadi masalah pula nanti.



Wednesday 23 December 2009

GST ohh GST

Lagi tentang GST. Ada arahan kata jangan bising-bising, nanti rakyat keliru. Aduuuh!!! sudah keliru lah pulak. Keliru ke? Fasal apa pulak nak keliru. Kita kan semuanya pergi sekolah. Lain le zaman cerita P.Ramle, Panglima Bujang Lapok, kena masuk Sekolah Dewasa ( Hai teringat lah pulak arwah nenek ku yang juga belajar mengeja dulu...) Kita sekarang semua dah pakai 'tenet'. mana boleh keliru lagi.

Apa pun bukan itu isunya. This morning we went to the nearest store cari bahan-bahan dapur lah.... One of the 'tokehs' bising-bising dengan kenaikan harga barang, itu naik, ini naik dan nanti nak naik lagi 4% le, lagi susahle..... macam-macam lagi le bebelnya. I didn't say much. Cuma mengiyakan je lah. ( Ye lah kan .... bila harga barang naik mestile susah )

Imagine if 'penjual' pun bising, what do you expect from the 'pembeli'.......
( Yang tak mampu berfikir je kot yang akan kata "ok...... biasa lah tu..." )




Monday 21 December 2009

Cepatnya masa berlalu......

Tinggal 2 minggu saja lagi cuti pun akan berakhir. Alahai, cepatnya masa beredar . Sedar tak sedar dah nak masuk 2010. Sekolah pun akan bermula dan rutin harian pun akan berjalan seperti dulu. Oh, ye ke pon? Don't think so.Rutin 2010 tak mungkin sama dengan 2009.

2010 ada yang akan masuk PLKN, ada yang nak masuk asrama, ada yang nak ambil exam besor, ada yang nak masuk IPTA. Waduuh!! ada macam-macam benda yang kena fikir. Yang pasti ongkosnya perlu disediakan. Dengan soksek-soksek tentang kenaikan harga barang yang menunggu pengguna di tahun 2010 nanti, perbelanjaan awal tahun perlu sangat berhati-hati.

Dengan GST yang menunggu macam harimau lapor, entah le bagaimanalah agaknya mereka yang tiada pendapatan tetap mengharungi kerenah *%*#@*& % ini. Nak majulah katakan. Kalau tidak sebarislah dengan Myanmar dan Brunei. Kata deme.( Mundur le tu) keh,keh,keh.


Apa-apapun Alhamdulillah dengan kurniaanNya apa yang ada ini.




Sunday 20 December 2009

Aduuuhaiii!!! Enjin pun boleh hilang???

Antum semua tak terkejut ke ? Siapa kah yang boleh dipercayai sekarang ini?

Aduuhaiiii. Enjin jet pun boleh hilang. Bukan muat bubuh dalam beg pon! Nak bubuh dalam kocek lagi le tak muat. Macamana depa bawa enjin ni keluor ye? Minta tips dari David Copperfield ke hapa?

Enjin jet pejuang F5E yang bernilai kira-kira RM 50 juta ( aduhai... banyak tu ,weh! ) hilang dari gudang Material Udara 1 Pengkalan Udara TUDM, KL. Camana ni. Dah dijual ke luar negara nun.... baru nak sedor and buat bising atau acah-acah je tu?.
Memang tidak amanah langsung.

Inilah akibatnya apabila aqidah tidak diperbetulkan. Bertuhan kepada dunia dan tidak takut akan soal- jawab di Hari Kemudian. Benarlah .........

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda : Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran. Dia bertanya: Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu Ya Rasulullah?. Baginda menjawab: Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran."


Eh, sapa yang jaga "post" ni dulu hah? Hujung tahun 2007 dulu tuuuu?

Memangle harapkan pagar. pagar makan padi.




Friday 18 December 2009

Salam Tahun Baru



SALAM MA'AL HIJRAH 1431


Semoga bertambah ketakwaan kita

dan sentiasa dalam keredhaanNya.





Tuesday 15 December 2009

Hidayah Milik Allah


Peguam Michael Jackson is a Muslim now.

An American millionaire, Mark Shaffer declared his Islam in Saudi Arabia on Saturday, 17th October 2009. Mark was at that time on a holiday in Saudi Arabia to visit some famous cities like Riyadh, Abha and Jeddah for 10 days.

Mark is a well-known millionaire and also a practiced lawyer in Los Angeles, specializing in cases of civil laws. The last big case he handled was the case of the famous American pop singer, Michael Jackson, a week before he passed away.

A tourist guide who accompanied Mark for 10 days in Saudi Arabia, Dhawi Ben Nashir told: Since he set foot for the first time in Saudi Arabia, Mark already started to ask question about Islam and Solat. As soon as he arrived in Saudi, Mark stayed in Riyadh for two days. While in Riyadh, Mark was very interested in Islam. After moving to Najran, we went to Abha and Al-Ula. There, his fascination on Islam grew more obvious, especially the time when we ventured out into the desert.

Mark was amazed to see three Saudi youths who were in our group in Al-Ula, performing solat in the expanse of the very wide desert. A very fantastic panorama indeed.

After two days in Al-Ula, we went to Al-Juf. As soon as we arrived in Al-Juf, Mark asked if I could get him some books on Islam. I then obtained some books on Islam for him. Mark read all those books. The next morning, he asked me to teach him how to perform solat. I then taught him how to pray and take wudhu (ablution). Then, he joined me and performed solat beside me.

After solat, Mark told me that he felt peace in his soul. On Thursday afternoon, we left Al-Ula heading for Jeddah. He looked very serious throughout the journey reading those books about Islam. On Friday morning, we visited the old town of Jeddah. Before the time for the Friday prayer approached, we went back to the hotel and I excused myself to go for the Friday prayer. Then, Mark told me: I would like to join you for the Friday prayer so that I can witness myself how the Friday prayer is like. So I answered: welcome…

We then went to a masjid which was not far from the hotel where we stayed in Jeddah. Since we were quite late, I and many other jamaah had to pray outside, as the number of jamaah was overflowing. I could see Mark observing the jamaah, especially after the Friday prayer was completed, when everybody was shaking hands and embracing each other with radiant and happy faces. Mark was very impressed with what he saw.


When we return to the hotel, Mark suddenly told me that he wanted to become a Muslim. So I said to him: Please have a shower first. After Mark took the shower, I guided him in saying the kalimah of shahadah (declaration of faith) and then he prayed two rakaah. Later on, Mark expressed his desire to visit the Masjidil Haram in Makkah and perform solat there before leaving Saudi Arabia.


In order to fulfill his wish, we went to the Da’wah and Irshad office in the area of Al-Hamro’, Jeddah, to obtain a formal proof of his conversion to Islam, so that he would be allowed to enter the city of Makkah and Masjidil Haram. Then, Mark was given a temporary certificate of his conversion to Islam. As a number of group members who participated in Mark’s visit to Saudi Arabia had to go back to America on Saturday afternoon, Al-Hamdulillah, Ustadz Muhammad Turkistani was willing to send Mark to the Holy Land of Makkah that same morning.

Regarding Mark’s visit to Masjidil Haram, Ustadz Muhammad Turkistani narrated: After Mark obtained his temporary certificate, we straight away departed heading for the noble Masjidil Haram. When he witnessed the Masjidil Haram, he face looked radiant and it emanated an extraordinary happiness. When we entered the Masjidil Haram and witnessed the Ka’bah for ourselves, his happiness increased. By Allah, I could not express that scene with words. After performing the tawaf around the noble Ka’bah, we performed the sunnah solat and went out of Masjidil Haram. I could see Mark very reluctantly wanting to leave Masjidil Haram.

After Mark declared his Islamic faith, he had the chance to express his happiness in Al-Riyadh Newspaper saying: I could not express my feeling at this time but I am being reborn and my life has just started… then he added: I am very happy. This happiness that I am feeling could not be expressed in words especially when I visited the Masjidil Haram and noble Ka’bah.
Regarding his next step after his conversion to Islam, Mark explained: I will learn more about Islam, I will delve deeper into this religion of Allah (Islam) and come back to Saudi Arabia to perform the Hajj.

As to what impelled him into converting to Islam, Mark explained: I have already had information about Islam, but it was very limited. When I visited Saudi Arabia and personally witnessed the Muslims there, and saw how they performed the solat, I felt a very strong drive to know more about Islam. When I read true information about Islam, I became confident that Islam is a religion of haq (truth).

Sunday morning, 18th October 2009, Mark left the Airport of King Abdul Aziz Jeddah heading for America. When filling in the immigration form before leaving Jeddah, Mark wrote ISLAM as his religion.

p/s Tengok betapa gembira dan bangganya Mark menunjukkan sijilnya. Dan lihat pula pakaian yang dipakainya.Nampak bangga dia memakai pakaian seorang Muslim. Adakah dia telah bertukar menjadi seorang Arab dengan memakai jubah dan ketayap? Oh... ramai orang keliru dengan pakaian orang Muslim dengan pakaian Arab. Apakah Nabi Muhammad saw mengajar dan membawa budaya Arab? Ya..Ramai yang masih keliru dan kurang faham... kesian...



Monday 14 December 2009

Morning Has broken

Morning has broken, like the first morning
Black bird has spoken, like the first bird
Praise for the singing, praise for the morning
Praise for the springing fresh from the word

Sweet the rain's new fall, sunlight from heaven
Like the first dewfall, on the first grass
Praise for the sweetness of the wet garden
Sprung in completeness where his feet pass

Mine is the sunlight, mine is the morning
Born of the one light, Eden saw play
Praise with elation, praise every morning
God's recreation of the new day

Morning has broken , like the first morning
Black bird has spoken, like the first bird
Praise for the singing, praise for the morning
Praise for the springing fresh from the word





by Cat Stevens



Sunday 13 December 2009

Baru nak Cuti

Alhamdulillah lega!
Selesai segala.
Terima kasih kepada semua yang membantu.
Dah boleh bersenang-lenang
dah boleh buka buku,
baca apa yang patut dan pelajari sesuatu yang baru.

Oh! ke mana ye nak bercuti ni?
Menghilang sengal sendi dan jari -jemari
Nak cari udara segar?
Ada ke lagi pun?
Nak tengok gunung -ganang menghijau ke?
Nak tengok laut yang biru ?
Mmmmm ke mana ye?




Saturday 12 December 2009

Kelas Sabtu

I missed the first session ( tertinggal bas, he,he,he) The second one was enlightening too, for sure seperti biasa.

We had a brief muqaddimah tentang 'Suci'.
Ada 3 bahagian : Suci dari sudut pegangan yakni dari kekufuran, syirik dan yang sewaktu dengannya. Kena le belajar aqidah untuk membetulkan dan menyucikan pegangan.

Bahagian yang ke 2: Suci Hati. Tiada sifat-sifat mazmumah. Hasad, dengki, riak, ujub, ego, penting diri dan banyak lagi sifat negatif lain. Nak perbaiki diri dan menyuci hati kenalah dalami ilmu tasauf. Banyak zikir dan amalan boleh diamalkan.
Peringatan: Perasaan hasad amat buruk sekali kerana ia akan memakan kebaikan-kebaikan dan amalan yang kita buat seperti mana api yang memakan kayu.

Yang ke 3 : Inilah bahagian yang orang paling suka ambil berat dan banyak habiskan masa untuk mempelajarinya dari muda sampai ke tua. Ia itu Suci Jasad; suci dari hadas - kekotoran yang tak nampak dan suci dari najis ; yang boleh dilihat. Bertahun mempelajari dan bertekak serta membahas najis serta hukum. Bersoal-jawab apa hukum sembahyang pakai songkok dan bermacam lagi. Alahai......

Ramai yang tidak ambil pusing sangat mengenai penyucian pegangan dan hati ini. Maka sebab itulah masih ada lagi fahaman jahiliah wujud di kalangan kita. Malah nampaknya sekarang sudah mula nak bersarang semula di kalangan masyarakat.

Tengok rancangan TV sekarang, penuh rancangan tahyul dan syirik. Apa ke jadahnya? Balik-balik cerita hantu sana, cerita seram sini, syirik sana, tahyul sini , sampai dibincangkan di parlimen. Apa jawab orang yang bertanggungjawab? Oh, itu kehendak semasa, perlulah ikut permintaan semasa. Laaa. apa punya Ma*#?*# jawapan. Sepatutnya apa yang ditayang, dipersembahkan untuk umum ada kebaikan, 'ada hala tuju bukannya tak tentu hala.' Quoting Ustaz. Sesuatu yang membina dan memperkukuh minda ini sebaliknya mengundur ke belakang ke zaman di mana tahyul bersarang di minda masyarakat. Malang,malang.

Inilah akibat apabila soal penyucian aqidah ini tidak diambil berat.

Oh! Kami belajar pepatah Arab hari ni : " Bagaimana kamu melayan orang hari ini begitulah esok orang akan melayan kamu" Kalau kita mahu dilayan dengan baik nanti, maka hari ini kita pun perlulah melayan orang dengan baik. Mmmm... interesting.




Wednesday 9 December 2009

Hampir Lega

Alhamdulillah, sepertiga tugas sudah hampir selesai. Aduh, seharian daku cuba menghabiskan tugasan akhir yang tersangat lah perlu berhati-hati. Fooh! ada kelegaan, namun selagi semuanya belum beres, masih terasa senget bahu.

Apapun my visits to pejabat pos akan bermula, he,he,he. Harap-harap the process will be as smooth as the one I had in May.

Oh, I can't wait to ennnjoyyy my holidays ...............






Thursday 3 December 2009

Ujian Lagi

Allahuakbar!!

Non est vivere sed valere vita est - Life is more than just being alive!

Aduhai! Ujian melanda ku lagi. In the midst of everything , when I need the car most, when my other half is not here (for days ) , when I have to do all by myself ......... daku diuji dengan ini. Pasrah dan redho Ya Allah!

Oh! I wasn't my normal self. I was calm, alright. Tak melenting pun.. Alhamdulillah. Berkat apa yang ku buat akhir-akhir ni kot.

Alahai lori kau datang dengan tiba-tiba menghentam ku dari belakang. Brake tak makan le pulak. Nasib le ada tayar spare kat belakang tu , kalau tidak mahu rapat kot. Janji Allah tu tiada siapa yang dapat menduga. Kalaulah sebelumnya berhenti saja di destinasi sebelumnya, mungkinkah tiada apa yang berlaku? Oh! sudah ditakdirkan.

Alhamdulillah no injuries but kereta ku perlu dibaiki le . Alahai. Nasib le masih lagi boleh digunakan buat sementara waktu.

Macam-macam ujian ni.




Wednesday 2 December 2009

Dah Disember Dah!!

Aduhai!! it's already December. Mak oii!! Begitu cepat masa berlalu. Soon 2010 pulak. Before that 1430Hijrah akan berlalu terlebih dahulu dan akan bermulalah tahun Hijrah yang baru pula.

Oh, ini bermakna daku akan menambah satu lagi angka kepada angka yang sedia ada di Bulan Muharam nanti. Ini bermakna semakin dekat kepada ....................... Oh insafilah, ye..

Ramai kita yang sensitif dengan kalendar Masihi tetapi lupa serta tidak ambil pusing tarikh-tarikh di kalendar Hijriah. Nak buat macamana dah memang itu yang didedahkan sejak dari kecil lagi. Inilah juga amalan sekular yang diterapkan bermula dari kanak-kanak dan sekolah rendah lagi. Nak buek camano ,ek?

Oh, cakap fasal fahaman sekular ni, Mmmm..... ramai yang menganuti fahaman ni tanpa di sedari. Aduh! Kesian. Daku memang selalu kesian dengan mereka yang menganuti fahaman ini. Kurang faham. Dah tak faham tak nak belajar pulak.Maka terus meneruslah sesat jalan..... Dan kerana fahaman inilah juga daku cuba dikaitkan dengan golongan ...............
Kesian mereka ini ...... diri tengah sesat jalan tidak sedar dan tidak mahu mencari jalan pulang dan kita pulak yang salah.

* Saja-saje je.........