Friday 25 June 2010

"Justice"..... for Naim

Dia ke pusat yang penuh disiplin, pusat yang membentuk jati diri, institusi yang penuh kepatuhan, membentuk ketokohan, membina generasi pertahanan negara. Pergi dengan harapan yang tinggi untuk membaiki kehidupan keluarga. Memang, dia sandaran keluarganya.

Namun, kini cita-citanya lebur. Dia telah pergi untuk selama-lamanya bersama cita-cita yang tidak kesampaian. Seorang yang punya banyak potensi, punya kemampuan, ada fizikal dan mental yang mantap, ada semua keupayaan untuk menjadi seorang tokoh masa depan. Seorang yang baik, sopan, menghormati guru dan orang dewasa. Semua selesa bersamanya.

Malangnya , ada yang kurang senang, yang cemburu dengan kemampuan dan kebolehannya??? Mengapa perlu dia diseksa sebegitu? Mengapa perlu dia dibuli? Mengapa bertindak begitu?Bukankah ada cara bertamadun yang boleh digunakan untuk melahirkan rasa tidak puas hati (jika ada).

Sungguh malang bagi mereka yang melakukan kekejaman itu. Bertindak seolah-olah tidak punya tamadun. Nafsu hanya membawa kepada kemusnahan. Sungguh malang , mereka tidak menggunakan 'akal dan fikiran. Mereka gagal menghayati apa yang dipelajari di situ.

"Keadilan bagi Naim", yang bersalah perlu menerima apa yang sepatutnya. Mereka telah menafikan haknya, hak untuk melahirkan potensi sebenar dirinya. Hak ibubapa dan keluarganya. Oh!! nyawa memang tidak boleh dijual-beli.


Al Fatihah,
Doa kami semoga rohnya tenang di sisiNya dan dicucuri rahmat.

Takziah untuk keluarganya.



Wednesday 23 June 2010

Kosong semula.

Mmm..... rumah kosong semula, bilangan kucing telah mengatasi bilangan tuannya. Kami ada 10 ekor kucing ( dulu 11 tetapi Jay telah pergi dulu apabila dilanggar lari di depan rumah)

Mujurlah mereka ramai, kalau tidak tentunya sunyi. 5 ekor anak kucing ini memang menghiburkan, but at the same time meletihkan juga, banyak extra work yang kena buat...... Faham-faham jelah dengan kucing ni.

Begitulah proses biasa yang dihadapi dalam keluarga. One by one anak-anak yang telah melepasi SPM keluar meneruskan pelajaran, dan proses ini akan berterusan. ( Even anak-anak kucing ini pun akan membesar dan mula mencari 'kawan' di luar ) Alahai..... proses 'alami.



Friday 18 June 2010

Apology

As agreed,
herewith I render my apology over my postings back in October last year (2 Oct) to the soul(s) that might have been hurt over the posting(s), who might have had bad days and some sleepless nights and might also have reputation tarnished.

It had never occured to me to blemish anyone's reputation from that postings. It was just a piece of my literary work.

Please accept the poem written by Elaxander Pope below as my words of apology.

I view my crime, but kindle at the view,
Repent old pleasures, and solicit new;
Now turn'd to heav'n, I weep my past offence,
Now think of thee, and curse my innocence.
Of all affliction taught a lover yet,
'Tis sure the hardest science to forget!
How shall I lose the sin, yet keep the sense,
And love th' offender, yet detest th' offence?
How the dear object from the crime remove,
Or how distinguish penitence from love?
Unequal task! a passion to resign,
For hearts so touch'd, so pierc'd, so lost as mine.
Ere such a soul regains its peaceful state,
How often must it love, how often hate!
How often hope, despair, resent, regret,
Conceal, disdain,—do all things but forget.



And while self-love each jealous writer rules,
Contending wits become the sport of fools:
But still the worst with most regret commend,
For each ill author is as bad a friend.
To what base ends, and by what abject ways,
Are mortals urg'd through sacred lust of praise!
Ah ne'er so dire a thirst of glory boast,
Nor in the critic let the man be lost!
Good nature and good sense must ever join;
To err is human; to forgive, divine.


Wednesday 16 June 2010

Sympathy, Empathy, Apathy

Ada kebakaran rumah semalam, asap hitam memenuhi udara. Tak jauh dari Jambatan Sayong tu. Yours truly was on the way to town but terpaksa berpatah balik guna 2 jambatan untuk ke pekan KK.

Ok, perjalanan terganggu, kereta onlookers bersidai sepanjang kiri dan kanan jalan. Oh, di atas Jambatan Sayong tu pun banyak juga kereta rupanya . Eh, kenapa mereka beria-ria berhenti dan menonton peristiwa tu, untuk apa? Adakah kerana bersimpati, atau empati atau hanya untuk ambil gambar, atau apa? Was I so apathetic just because I did not stop and join the other onlookers.

Dalam suasana itu, apakah yang terbaik? Berhenti dan menjadi penonton ditepi jalan, berkongsi simpati dengan orang lain di situ dan bercerita dan mengagak apa punca kebakaran. Adakah dengan meneruskan perjalanan kita dianggap sebagai seorang yang tidak ada perasaan?

Sebagai penonton tepi jalan ,apakah yang boleh dibuat? Melihat api membaham rumah dan apabila semua telah selesai beredar bersama anggota bomba dan pulang membawa fresh news dan bangga menjadi saksi kejadian. Adakah itu simpati?

Dan cukupkah hanya dengan empati??

Apapun takziah untuk penghuni rumah tersebut ( my fren??) semoga sabar menghadapi ujian Allah, semuanya pinjaman. Mungkin telah dijanjikan dengan sesuatu yang lebih baik lagi oleh Allah.


Saturday 12 June 2010

World Cup 2010

" Jabulani"
bola yang dikejar dan digunakan musim 2010 ini.


" World Cup"
32 negara merebut piala ini,
hmmmm........ siapa dapat ye, kali ini??

"Jobulani"
nama bola kali ini.


Musim 2010 dah pun bermula, banyak gaya hidup orang berubah untuk sebulan ini. Yang tidak gila bola pun akan terikut-ikut jadi gila bola. Begitulah hebatnya pengaruh bola. Apapun ianya sukan yang sehat, perlukan kemahiran, taktikal, keupayaan minda, kekuatan fizikal , kesepaduan , kerjasama, kebijaksanaan , apa sahaja untuk menang. Akhirnya; the fittest will survive.


ps. Malangnya ada pula yang jelas "haram" telah menjadi "halal" akibat "Piala Dunia" ini.
Alahai, kesiannya mereka ini......

"YaAllah! Jauhilah kami dari apa segala bencana di sebabkan oleh kejahilan mereka ini."


Saturday 5 June 2010

Cuti sekolah dan musim kenduri nikah kahwin

Cuti dah pun bermula, hah! musim nikah kahwin lah pulak. Berkeping-keping kad jemputan. Di sana ada jemputan, di sini pun ada juga.Tarikh pun sama. kena fikir yang mana perlu di dahulukan dan sebolehnya menghadiri kesemuanya.

Musim naik darahlah juga, di sana dan sini makan lauk kenduri, kalau tidak berhati-hati boleh mendatangkan kesan tidak elok. Mmmm kena bijaksana dalam menguruskan segalanya.

Lauk-pauk kenduri memanglah selalunya nampak sedap, meliurkan, rendang di sini, kari di sana, ada pula rendang tok, tambah lagi kurma dan bermacam lagi lah. Kalau tidak berhati-hati boleh menyebabkan terganggu kesihatan.

Teringat membaca satu artikel mengambil hasil tenusu membantu menyemarakkan sel-sel kanser kerana sel-sel ini akan bertambah aktif apabila pengidap mengambil makanan jenis ini. Selain daging, gula serta susu juga akan membantu menggiatkan populasi sel ini. Elok elakkan pengambilan makanan ini.

Pisang juga katanya tidak baik untuk kesihatan.( Honestly, I don't like pisang ) Pesakit kencing manis, dengan sebiji pisang emas boleh membawa mudarat. Ada cerita mengenai pisang ini. ( Kata Dr Mohamed Yusof ia asalnya buah-buahan syurga tetapi menjadi makanan iblis , apabila iblis dilaknat keluar dari syurga , pokok pisang juga turut turun bersama.)

Terbaca juga mengenai mengamalkan makan biji anggur ( grape seed oil) boleh membantu memintas perkembangan sel-sel kanser ini.( Anggur ialah buah-buahan syurga kan) Kita pula semakin seronok mencari anggur yang tiada biji, mudah dan sedap untuk dimakan. Begitulah rahsia setiap kejadian Allah. Tidak sia-sia setiap apa yang dijadikan.

Cumanya kita semakin seronok mencari apa yang lebih mudah untuk dimakan dan yang telah diklon, yang lebih enak untuk dimakan. Yang sudah diubah-suai kejadiannya. Maka tidak hairanlah perangai, gelagat, pemikiran, tindakan manusia juga banyak yang berlawanan dengan sunatullah itu sendiri.



Friday 4 June 2010

Pink??


Hari ini menarik sekali, berjumpa mereka yang pakar mengenai warna. Bukan warna sebarang warna ye. Mereka yang arif mengenai 'colour vibration therapy'

Tak sangkalah pulak ,rupa-rupanya warna ku ialah 'pink', ingat kot hijau ke. Very interesting indeed! After further reading, yeah! perhaps it's true. I thought I'm green perhaps because that is the colour that I need to balance the aura , or perhaps I lack that colour. Apa-apa je lah. Yang pasti I like purple. ( combination of green and pink kan...)

Waaa.. banyak sebenarnya yang kita boleh pelajari mengenai colour vibration therapy ini. Di samping mengenal warna diri, kekuatan dan kelemahan diri boleh juga mencari pelbagai maklumat lain. Ada cerita berkaitan dengan jin, iblis, rupa dan alam mereka,bermuda triangle, kelemahan diri dan ruang-ruang kosong dalam diri yang membawa gangguan dan bermacam lagi yang ada kaitan dengan terapi ini.

Subhanallah, memang luas ilmu Allah ini






Wednesday 2 June 2010

Ada aku kesah..??

Terhegeh-hegeh bertanya itu dan ini, dan aku pun bukan beria sangat nak bagi respons, jawab aje lah. Dah 'indifferent.' Nyampah habis dah. Malas nak fikir. Rasa nak tolong ,tolong je sikit, jangan sampai buat tak tahu pulak. Apa pun aku dah tak nak ambik 'pot'. Cakap le apa pon, ada aku kesah?

Alah, ramai yang hipokrit, tunjuk baik le. Pijak semut pun tak mati. Tapi siap jaja nama aku tapi sampai balik cerita tu kat aku. Hah! Kalau tanya sure tak ngaku punya , rekod baik la konon. Ada aku kesah?

Ada banyak lagi yang akan menyusul...... ada aku kesah.