Saturday 5 June 2010

Cuti sekolah dan musim kenduri nikah kahwin

Cuti dah pun bermula, hah! musim nikah kahwin lah pulak. Berkeping-keping kad jemputan. Di sana ada jemputan, di sini pun ada juga.Tarikh pun sama. kena fikir yang mana perlu di dahulukan dan sebolehnya menghadiri kesemuanya.

Musim naik darahlah juga, di sana dan sini makan lauk kenduri, kalau tidak berhati-hati boleh mendatangkan kesan tidak elok. Mmmm kena bijaksana dalam menguruskan segalanya.

Lauk-pauk kenduri memanglah selalunya nampak sedap, meliurkan, rendang di sini, kari di sana, ada pula rendang tok, tambah lagi kurma dan bermacam lagi lah. Kalau tidak berhati-hati boleh menyebabkan terganggu kesihatan.

Teringat membaca satu artikel mengambil hasil tenusu membantu menyemarakkan sel-sel kanser kerana sel-sel ini akan bertambah aktif apabila pengidap mengambil makanan jenis ini. Selain daging, gula serta susu juga akan membantu menggiatkan populasi sel ini. Elok elakkan pengambilan makanan ini.

Pisang juga katanya tidak baik untuk kesihatan.( Honestly, I don't like pisang ) Pesakit kencing manis, dengan sebiji pisang emas boleh membawa mudarat. Ada cerita mengenai pisang ini. ( Kata Dr Mohamed Yusof ia asalnya buah-buahan syurga tetapi menjadi makanan iblis , apabila iblis dilaknat keluar dari syurga , pokok pisang juga turut turun bersama.)

Terbaca juga mengenai mengamalkan makan biji anggur ( grape seed oil) boleh membantu memintas perkembangan sel-sel kanser ini.( Anggur ialah buah-buahan syurga kan) Kita pula semakin seronok mencari anggur yang tiada biji, mudah dan sedap untuk dimakan. Begitulah rahsia setiap kejadian Allah. Tidak sia-sia setiap apa yang dijadikan.

Cumanya kita semakin seronok mencari apa yang lebih mudah untuk dimakan dan yang telah diklon, yang lebih enak untuk dimakan. Yang sudah diubah-suai kejadiannya. Maka tidak hairanlah perangai, gelagat, pemikiran, tindakan manusia juga banyak yang berlawanan dengan sunatullah itu sendiri.



1 comment:

aby said...

salam ziarah dari saye ..

simple and menarik topik ni ..

kedua dua occasion yg demand menyelok poket ..
cuti sekolah meaning .. bawak anak2 berjalan ..
n kenduri .. yg pasti salam mesti berhulur ...
semlm lg tk mule atten majlis perkahwinan ...