Saturday 30 May 2009

Hampir Lega!!

Yes! Hari ini I managed to get rid of 9 bundles. Off you go. Terima kasih banyak-banyak kepada kerani kaunter Pos Malaysia Kuala Kangsar bahagian kiriman yang bertugas pagi ini, smooth sailing, sangat bekerjasama dan memahami. 5 bintang untuk anda. teruskan dengan layanan yang baik itu. ( Lupa nak tanya nama ) Semoga terus cemerlang. Seronok berurusan kalau dapat petugas yang baik begitu.

Namun, masih belum lega sepenuhnya... ada lagi yang masih perlu diberesi. The forms, reports, all little tit bits here and there need to be completed before I can say, 'mission accomplished'.
Must make sure everything is done by Monday.......Then baru lega and yes!...... my holidays....

Whatever it is, to all you guys out there, happy holidays . make full use of the time. Do something which can help you release the tension. Refresh. Don't over eat kenduri...( must remind myself too. )

When the school reopens, there are more to come. The new jadual for F6.....yo..yo balik pukul 4 lor... must let go my present post.....and banyak lagi le. Bior cuti dulu... : ))

Tuesday 26 May 2009

Worn out

Beberapa hari sahaja lagi, cuti akan sampai. Kerja-kerja yang amat mendesak ini pun hampir selesai. Ah! nampak macam lega aje, tetapi kerja-kerja akhir inilah yang sangat memeningkan kepala.

Hari ini perjumpaan semula selepas hampir tiga minggu . Aduss..... ada yang masih banyak lagi belum siap? Oh.... I was not my normal self... surprise, surprise no scoldings, no harsh words .. he .. hee... hee. Just quiet and totally disregard the whole thing... wah macam tak percaya..... Sebenarnya simpan saja tu.... nanti tahulah akibatnya...

I was totally tired, exhausted habis . From midnight till early morning I was at the hospital . Huh ... keep my other half company.... pagi yang cemas bagi ku...

So nasib baikle kawan yang tak siap tu, I dah tak da energy nak marah....







Saturday 23 May 2009

Asasi Sains

Just came back from Shah Alam. My gal finally with no other choice left ( of course dapat matrix dulu which she tolak , jauh kat Perlis nu..) dah settle di Uitm. Mmmm.. What else can I say? Alhamdulillah ! for at least she still has a place ( ramai my students yang tidak dapat ke mana-mana ) I just hope that she will try her best and no play-play, 'cos from what I heard you need to get 3.9 and above ( above tu berapa yek ?) before you can be considered to do 'M.'

So, for the time being let it be as it is............ I'm still counting and hoping for.......... Oh Allah ! please listen to my prayer...

Thursday 21 May 2009

Pasca Hari Guru

Yes, finally I manage to find some space to write. Still busy lor....scripts, scripts,scripts; makan..scripts, tidur .. scripts .. mandi.... scripts, driving... scripts... di mana-mana sahaja.I have four more days to go , then raya..... cuti le teman.

Okay, nak cerita fasal sambutan hari guru yang baru berlalu. Dapatlah juga hadiah seperti orang lain, banyak le juga. Okaylah tu , kan. Saya tidak mahu komen tentang apa aktiviti yang dilangsungkan di sekolah , cuma saya pun ambil bahagian juga...

Apa yang nak diperkatakan ialah setiap tahun pengisianya serupa aja dan rasanya di mana-mana pun sama. Bagaimanakah guru-guru dihargai dan diikhtiraf sumbangannya pada hari itu ? Biasalah. Sambutan Hari Guru akan dimulakan dengan segala macam ucapan, dan yang syoknya ucapan tu akan dibacakan oleh guru juga. Okaylah mereka yang ada pangkat kat sekolah. Alah , leceh lah , alahai...tak ada rohnya.....Sapa-sapa pun boleh baca, hatta kalau kita suruh kerani tolong bacakan pun mereka boleh bacakan kat perhimpunan tu.( Hantarle wakil-wakil ke, baru le ada umph) Lepas baca, tepuk-tepuk tangan. Penghayatan kepada perutusan dan kalau ada pesanan , tak tahulah....Lepas tu syok sendiri berikrar dan menyanyi lagu 'Guru Malaysia'. Lebih syok lagi , majlis tukar-tukar hadiah antara cikgu. alahai , memang kes syok sendiri.

Cara lain yang tak skema boleh buat tak ? Dan tak payahlah keluar arahan dari ...... , " kelas seperti biasa selepas 12 tgh." Mmmmmmm....itulah nilainya ..c.....i......k.......g.....u..

Friday 15 May 2009

"SELAMAT HARI GURU"

Kepada semua Guru di luar sana,

Sahabat, teman, kenalan yang mengenali dan tidak mengenali " Selamat menyambut Hari Guru 2009"

Selamat mendidik anak bangsa, menjana mereka menjadi warga negara yang beriman, berakal, berakhlak, berwawasan dan punya jati diri.

Mari kita sama-sama terus berusaha mendidik selagi kita mampu.
Semoga Allah merahmati dan memberkati segala usaha kita.

Untuk semua bekas guruku, jasa mu semua dikenang.
Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua atas jasa mendidik dan memberi tunjuk ajar.

Tuesday 12 May 2009

Sarkis @ Circus

Masa saya kecil-kecil dulu saya suka tengok sarkis. Zaman tu ada ahli rombongan sarkis akan lalu depan rumah saya dengan kumpulan gajah-gajahnya. Mmmm takut ada, seronok pun ada. Ada seorang jiran berlari-lari cuba memberi gajah yang lalu tu, batang-batang tebu. Dengan bangganya dia berlari-lari cuba memberikan tebu kepada sekawan gajah itu, tetapi terpaksa pulang hampa dengan tebunya,apabila dijergah oleh bapa saya yang mengatakan ,'nak cari nahas ke ? di pijak gajah tu nanti baru tahu' ( Zaman dulu kumpulan sarkis dari India ni berjalan kaki membawa gajahnya melalui jalan-jalan utama ke tempat mereka mengadakan persembahan)

Persembahan sarkis ni memang menyeronokkan. Saya rasa semua orang suka, kanak-kanak tentunya, sebab ada badut, ada swing, ada lompat-lompat, ada harimau, ada gajah, ada monkeys dan macam-macam lagi.

Sarkis di TV pun seronok juga untuk ditonton. Teringat pulak dialog lucu dalam filem 'Pendekar Bujang Lapok' Sudin cuba mengeja papan tanda kelas dewasa di Kampung Pinang Sebatang , kata beliau dengan konfiden sekali "alif mim ..... ( isi sendiri)....... alif tendang wau..... sarkas"......lawak betul...........

Eh..sekarang ni sarkis mahal sekali untuk ditonton, hanya yang kaya kot mampu untuk melihat aksi sarkis dari India tu. Orang macam saya ni nak bawa satu keluarga menonton kena fikir banyak kali. Tonton yang dalam TV cukuplah.

Macamana pun "sarkis" yang paling murah untuk ditonton sedang berlangsung sekarang dan tidak perlu apa-apa bayaran.Tempatnya.......takkan tak tahu.......Pemain-pemain nya........tidak payah sebut, dunia pun tahu. Kita tunggu sahajalah kesudahannya......

Sarkis or sarkas......Sudin....Sudin , bijak kau.

Thursday 7 May 2009

7 Mei 2009

Dulu-dulu semua agak takut, ngeri, cemas, bimbang dan pelbagai perasaan datang menghantui apabila tarikh 13 Mei hampir menjelang. Pelabagi tanda-tanya, teka -teki bermain di kepala mereka yang pernah mengalami 13 Mei 1969. Apabila tarikh yang sama menjelang di tahun-tahun berikutnya, perasaan ini akan timbul, ianya seolah-olah fobia yang perlu dilalui .( Termasuklah yours truly ). Namun, alhamdulillah,masa telah merakamkan bahawa tiada apa yang tidak di ingini berlaku, semuanya baik-baik belaka. tetapi apapun bagi mereka yang telah melalui tanggal itu , ianya adalah mimpi ngeri yang tidak mungkin dapat dilupakan.

Hari ini, 7 Mei mungkin tidak sengeri 13 Mei, tetapi nampaknya, peristiwa hitam telah berlaku juga . Ia berlaku awal seminggu dari tarikh tragis 13 Mei itu. Jika 13 mei menghantui rakyat Malaysia, maka 7 Mei menghantui rakyat Perak pula... kesian kita orang Perak. Malu pun ada....

Malas nak komen tentang apa yang berlaku hari ini, tetapi bagi kita yang waras, ianya sepatutnya bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang waras. Macamana ni? Semuanya dah jadi double. Waras ke mereka ni? Tidak adakah orang yang waras di situ hari ini ?Period.

Monday 4 May 2009

Bon Voyage

Hari ini seorang sahabat yang juga dah macam adik berlepas ke US menyambung pengajian. Tahniah! Semoga selamat sekeluarga di sana dan sukses dan sentiasa dalam peliharaan Allah. Jaga diri ya.

I will miss you. "Speaking " won't be the same without you, and I am no longer in....what a coincidence. So, this year tak ada lah makan laksa kuale and tapau balik ye ..

If you happen to read this, my doa' May Allah bless you Nora and your family.