Monday 31 May 2010

Zionis Biadap


Israeli naval forces stormed a Gaza-bound aid flotilla in international waters before dawn on Monday, killing up to 19 pro-Palestinian activists, most of them reportedly Turkish nationals.

Dari "The Age.com"

( Yang pakai baju hitam tu komando mereka yang turun dari helikopter menyerang kapal misi bantuan ini.)

Begitu biadap dan angkuh, sehinggakan bantuan kemanusiaan pun diserang dan dibunuh. Begitulah apabila mereka lupa bahawa ada kuasa yang lebih besar dari mereka.

Semoga misi kemanusiaan ini dilindungi Allah dan doa kita agar rakyat Malaysia yang bersama misi ini selamat dari segala mara bahaya angkara yahudi ini..... walaupun kita tahu ada yang terputus hubungan.

Semoga semuanya selamat dan berjaya dalam misi mereka menuju GAZA.

Allahuakbar!!!

Thursday 27 May 2010

Oh Mei 2010!!

Alhamdulillah, akhirnya reportku siap juga, selepas terkial-kial dengan data di sana dan di sini.
Dugaan yang datang secara tidak dijangka, aduhai.... semuanya menyebabkan bekerja di belakang waktu.
Ohhh! selalunya aku tidak begini. pastinya urusan sendiri sudah lama diberesi. Apa pun , syukur kerana setakat ini dapat berjalan lancar juga.

Malang menimpa ! Ada pula yang terkena jangkitan tangan dan mulut secara tidak di duga di hujung-hujung waktu. ( Wajib pakai mask datang meeting) Nasib mempunyai teamwork yang bagus sekali yang tanpa berkira membantu untuk menyelesaikan apa yang sepatutnya sudah selesai. Terima kasih kawan-kawan...... Oh! Mei 2010. Tidak pernah ku alami sebegini sepanjang tugas yang pernah ku lalui.

2010 ni meemmannggg agaknya menjanjikan benda-benda yang pelik kot???



Masih ada lagi 3/4 yang belum diberesi lagi.... Hadooiiii!!



Tuesday 18 May 2010

Semalam ku bermimpi

Semalam ku bermimpi
berada di tengah padang yang luas
membaca KalamNya
"Hati" al Quran,
meneliti maknanya
cuba memahami.....

Tiba-tiba...
dari kejauhan terdengar
suara melarang,
siapa ?, mengapa ?
dari mana?
Bagaimana ?

Bukankah,
KalamNya itu,
tiada tandingan
walau di bawa seluruh isi alam
tidakkan mampu menyainginya.
Ilmunya, rahsianya,
segalanya
tersembunyi disitu.

Oh! suara itu
Aku bemimpi lagi ????


Saturday 15 May 2010

SELAMAT HARI GURU



Selamat Hari Guru
untuk Semua Guru
di luar sana.


Bahagialah kerana termasuk dalam
golongan orang yang pertama.





Ustaz Ashaari dan al Arqam ... al- Fatihah

Agak terlambat mengetahui berita pemergian Ustaz Ashaari, sehari terlewat, gara-gara terlalu sebuk dengan pen merah dan pen hijau. Al- Fatihah baginya.

Banyak yang ingin ditulis mengenai Ustaz ni, tapi rasanya cukup jika yours truly katakan bahawa beliau memang seorang yang hebat. Pengaruhnya luas dan wibawanya juga tidak boleh disangkal.

Kami mengenalinya di awal 80an ketika al arqam melebarkan sayapnya ke selatan hemispera. Kunjungannya hampir setiap tahun, mendekati dan memberi ilmu serta bimbingan tidak mungkin boleh dilupakan. Kumpulan mereka mendekati kami, memberi kesedaran dan bimbingan apabila tiada yang peduli perkembangan rohani yang dialami oleh jiwa-jiwa muda ketika itu.

Kami ada tamrin, ada usrah , ada qiamulail dan ada macam-macam. Belajar makan sepinggan ( Bagus sekali amalan ini ), pelbagai doa dan zikir harian. Ramai berubah personaliti, berubah perangai. Alhamdulillah.

Kunjungan rombongan ustaz dan keluarga ke tempat kami memang kami alu-alukan. Mereka pastinya melakukan aqiqah dan kami mendapat bekalan daging halal tentunya. Majalah, tape nasyid kumpulan Nada Murni, tazkirah menjadi antara bahan bekalan.

Oh... banyak yang ingin ditulis.

Memang peranan al arqam besar dalam menyedarkan banyak jiwa yang lagho ketika itu.....

Terima kasih ustaz.
Semoga roh mu tenang di sana, bersama mereka yang diberi keredhaan olehNya.
Al-Fatihah...


Friday 7 May 2010

5 hari di Pearl

5 hari yang padat dah pun berlalu
pagi ke malam dan malam ke pagi
jenuhnya ,alahai ...
akhirnya Ahad pun sampai.

Setiap pagi yang kelam-kabut
berebut bersesak mencari pengalas perut;
Aduhai ramainya mereka
dari 'Tanah Besar', gamaknya,
dari seberang Selat Melaka
pun ramai juga ,
berebut tempat dan
juadah nak dimakan
untuk breakfast, lunch dan juga dinner.

Yang indahnya,
koleksi kristalku makin bertambah,
jumpa sifu baru yang ilmu kristalnya
wow! superb, boleh layaaan...

"Pearl" di Jalan Klang Lama
tidak lagi seindah dulu,
sewaktu 'Bestari' mula membuka langkah,
meriah dan penuh kehidupan;
kini,
lesu, kosong sana dan kosong sini,
nadinya perlahan sekali.

Kami tak mahu ke situ lagi,
" Summit" semula ye........ selepas ini.