Friday 7 May 2010

5 hari di Pearl

5 hari yang padat dah pun berlalu
pagi ke malam dan malam ke pagi
jenuhnya ,alahai ...
akhirnya Ahad pun sampai.

Setiap pagi yang kelam-kabut
berebut bersesak mencari pengalas perut;
Aduhai ramainya mereka
dari 'Tanah Besar', gamaknya,
dari seberang Selat Melaka
pun ramai juga ,
berebut tempat dan
juadah nak dimakan
untuk breakfast, lunch dan juga dinner.

Yang indahnya,
koleksi kristalku makin bertambah,
jumpa sifu baru yang ilmu kristalnya
wow! superb, boleh layaaan...

"Pearl" di Jalan Klang Lama
tidak lagi seindah dulu,
sewaktu 'Bestari' mula membuka langkah,
meriah dan penuh kehidupan;
kini,
lesu, kosong sana dan kosong sini,
nadinya perlahan sekali.

Kami tak mahu ke situ lagi,
" Summit" semula ye........ selepas ini.




No comments: