Tuesday 11 November 2008

11-11-2009

Hari ini SPM bermula untuk 2009. Perang minda. Anakku dan anak-anak muridku semua " Selamat Berjuang " Semoga semua berjaya dengan cemerlang. Esok STPM bermula. Doa juga buat anak-anak yang akan berjuang mulai esok. ' Hidayanti ' ( kembar cikgu?.... bukan ....anak cikgu) All the best to you !



Hari ini juga merupakan 'Hari Bunga Popi' Kenapa? kena baca sejarah. Ramai dah lupa tarikh ini. Saya diingatkan semula apabila membaca "Tukar Tiub". Kat sini bunga popi mengingatkan kita dengan dadah, agaknya itulah sebabnya maka perayaan hari bunga popi ini sudah tidak lagi disambut di negara kita. Masa saya kecil dulu memang ada ketika dilihat ramai yang akan memakai lencana bunga popi ini di baju mereka. Kanak-kanak sekolah pun akan bangga menayangkan lencana bunga popi di dada mereka. Itu sejarah.

Apapun kita bersyukur hari ini dengan keamanan yang ada hasil perjuangan mereka yang berjuang. Semoga generasi hari ini akan terus mengekalkan keamanan yang ada dan terus mengingati perjuangan tokoh terdahulu. Jangan buta sejarah dan ditipu oleh sejarah yang telah ditokok -tambah.

Monday 10 November 2008

EXAM FEVER

Well..the fever is here to stay for a month more or less.

My daughter is sitting for her SPM bermula esok .My doa and prayers for her success definitely, all the way through dan di beri kesihatan yang baik mentally and physically, serta mampu menjawab dengan baik. All the best and keep us proud of you. Semoga mencipta rekod sekali lagi. Insyaallah.Ameen.

My dearest students of 5ST 1 yang akan mula periksa esok, my doa and prayers for all of you. Semoga semuanya lulus dengan cemerlang dan menjadi kebanggaan kami semua. Jangan zzzzzz masa menjawab ye...Good luck and all the best. Jangan lupa berdoa selepas mencuba sedaya upaya. Jaga kesihatan ye...

To all my form 6 students , all the best and do well .Semoga cemerlang.

Kepada semua yang menghadapi peperiksaan, all the best and good luck . Jangan lupa berdoa, sesungguhnya tiada kuasa selainNya yang dapat membantu.

Monday 3 November 2008

Yang saya nampak

Well, it's been quite sometime since my last posting. macam-macam dah berlaku. Di sini, di sana dan di mana-mana. Yang baik, yang buruk dan bermacam lagi.
I attended a kenduri kahwin somewhere in Teluk Intan last week with my family. Sepanjang perjalanan yang dilalui ada kampung yang masih ditenggelami air , kesian. Selepas 51 tahun merdeka, masalah perparitan masih lagi menghantui rakyat jelata. kampung-kampung tersebut memang sudah dikenalpasti kawasan rendah dan mudah di tenggelami air. Tak nampakpun parit di tepi jalan yang dilebarkan mahu pun di dalamkan. I used to see kampung sebegini di sebelah utara dalam perjalanan ke Pulau Pinang di tahun-tahun 80an dan 90an yang sentiasa tenggelam apabila berlaku hujan lebat. Tetapi selepas usaha melebarkan parit serta mendalamkannya dilaksanakan, kampung tersebut dilihat bebas banjir.
Kampung yang tenggelam ni penduduknya perlu lebih terbuka minda dan usahakan sesuatu untuk membuka mata pihak berwajib nampaknya. Kesian , ada orang dah melancong ke angkasa lepas tapi ramai lagi masih menderita setiap kali hujan lebat berlaku.
Agaknya, kalau wang yang dibelanjakan untuk menghantar seorang rakyat "terpilih" ke angkasa untuk hanya memakai baju batik dan membuat teh tarik or main bola or......... di gunakan untuk membina tembok tinggi dan mendalamkan parit dan membetulkan sistem perparitan di sepanjang jalan menuju Teluk Intan rasanya semasa musim hujan yang baru berlalu ni , kampung-kampung tersebut terselamat dari ditenggelami air.
Alahai, demikianlah nasib kampung. yang tetap maju bandar, kat Pulau Pinang pulak ( saya pergi kelmarin ) nampaknya sampai dah tak cukup tanah, habis bukit kena tarah, tak cukup bukit, laut dah kena tambak, buat rumah besar-besar nampaknya. hai, yang pasti nasib orang kampung takkan merasa memilikinya.
Kat kampung saya ni, biasaje. kalau hujan lebatpun setakat ini belum ada yang banjir teruk. Dulu ada satu atau dua rumah di masuki air kerana masalah perparitan tetapi apabila parit didalamkam masalah selesai.
Alahai.... salah siapa yek....