Thursday 24 March 2011

Apa nak jadi?

Malang sungguh kita apabila kita didedahkan dengan satu lagi kisah lucah. Bukan main gah, bergaya ala cerita spy 007 pun ada, berahsia sana- sini, kena serah telefon bimbit, pakai jubah dan macam-macam lagi semasa preview video. Akhirnya, terserlah niat busuk.

Eh, dah tak da kerja lain ke, tak habis-habis kisah porno ni yang nak diketengahkan. Tak tahu malu ke? Semalam siap buat sidang media 3T or 3 stooges? mengenai kes ni. Memang gila dan tidak punya maruah langsung. Amat bangga sekali mereka dengan penglibatan mereka dalam kes ini. Siap mintak tok guru tonton video, ada akai ka ini orang? Dia ingat orang suka ke benda ni? Orang ramai ingat lagi la kes seorang nenek dan cucu dia yang jadi mangsa salah sorang 'T' tu. Kita kenal lah awak tu siapa.

Memang 'mangkok'lah mereka ni. Mereka fikir orang lain pun 'mangkok' macam mereka dan akan mudah percaya.... alamak tolonglah.... you people are insulting our intelligence dan bukan semua orang suka benda-benda lucah ni. hanya orang-orang ***O @ *N je yang suka benda-benda ni sebab dah terhijab.Kalau ada iman , walau senipis kulit bawangpun, tentu mereka ada rasa malu. Ini mereka tak tahu malu langsung apabila keluar TV @akhbar, anak-anak kecil akan baca dan tertanya-tanya. Ish,...suka sungguh buka aib orang..... tak takut ke balasan di akhirat??

Mmmmm apa la nak jadi dengan negara ku ini?? Budaya fitnah mefitnah ni kemain berleluasa. Jangan nanti Allah turun azab sudahl le. Yang baik dan tidak terlibat pun akan kena juga...

Semoga kita dihindari dari ftnah akhir zaman dan dipelihara Allah dari sebarang bencana.



Wednesday 16 March 2011

Takziah dan Simpati

Sesungguhnya hanya takziah dan simpati sahaja yang mampu diucapkan kepada mereka yang terlibat di dalam bencana tsunami di Jepun Jumaat lalu. Memang tidak ada kuasa yang mampu menentang kemaraanya. Mata hanya mampu melihat dan menyaksikan bagaimana ia datang dan menyapu serta meranapkan apa sahaja di laluannya. Amat menakutkan, mengerikan .........

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa terhadap sesuatu. "Sesungguhnya apabila Dia menghendaki, hanyalah berkata,' Jadilah!', maka terjadilah ia."

Hanya ada seorang manusia yang berani mengatakan bahawa kejadian ini adalah akibat pembangunan yang tidak terancang. ( Oh. I heard it on TV, memang kebodohan melebihi tahap tenuk!!)






Dalam kemusnahan ini, rakyat Jepun masih mampu mengekalkan sikap berhemah dan tinggi nilai budi bahasaya. Tiada kecurian, pecah kedai atau mereka yang mencari peluang. Sikap bersopan santun masih kekal, mereka beratur menunggu untuk diperiksa, bersabar dan tidak melatah. Contoh yang patut diteladani.

Ketakutan berpanjangan selepas reaktor nuklear pula meletup. Kesannya, mengerikan.......

Semoga Allah memberi limpah rahmat, kasih dan sayang serta hidayah kepada mereka di sana.

ps:
Kesungguhan pekerja di loji nuklear yang mengambil risiko cuba mengatasi masalah dan mengawal kebocoran memang hebat. Meletakkan kepentingan diri di belakang demi kesejahteraan manusia lain.....
Jepun yang teknolojinya begitu tinggi pun bermasalah juga apabila berhadapan dengan nuklear;

Malaysia pula....entahlah... jika diteruskan juga dengan idea loji nuklear itu......... Tolonglah fikir, bukan untuk perut sahaja tetapi untuk kesejahteraan sejagat...


Thursday 10 March 2011

Selamat Berangkat

Telah selamat berangkat 9 orang mereka semua, tadi petang dengan menaiki Etihad Airways. Transit di Dubai dan seterusnya ke Kaherah. Semoga selamat sampai ke destinasi dan selamat di sana. ( Masih juga dalam .keadaan tidak selamatdi kaherah berikutan beribu penduduk Kristian dan Islam bergaduh)

Aduuuhaiii!!


Thursday 3 March 2011

Malasnya nak menulis..

March sudah merangkak datang
meninggalkan februari yang kini
telah menjadi kenangan.

Entah mengapa
terasa terlalu amat lembab
daya fikir dan daya ransangan.

Kalut dan sebuk
di sana dan di sini,
rasa mual dan menyampah
rasa bosan dan tidak ambil kisah,
semua bersatu
menjadikan aku
hilang minat menulis.

Ahhg!!
sampai bila? yee!!