Monday 29 September 2008

'Idil Fitri 1429 Hijrah

Syawal Melambai dan Ramadhan mengundur diri.
Bagaimana ibadat sepanjang Ramadhan, adakah lebih baik dari yang lalu, atau sama sahaja atau lebih teruk dari Ramadhan yang lalu? Saya perlu muhasabah diri dan mengharapkan semoga Allah menerima segala ibadah yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.
Imam hafiz tarawih kami yang berasal dari Pattani ,Thailand baru saja menamatkan sessinya dengan menghabiskan 30 juzuk al-Quran sepanjang tarawih malam semalam dan akan pulang ke kampung mereka dan seterusnya menyambung pengajian mereka.
Bacaan mereka syahdu sekali , sesekali terdengar seperti bacaan imam di Masjidil Haram seperti yang di tonton di TV.
Hidayah Allah bagi mereka, dalam usia yang muda sudah hafiz, sungguh mengkagumkan. kita nak hafal Surah as-Sajadah saja pun tak tahu bila.Bersih dan terang hati mereka.Semoga mereka sentiasa dalam peliharaan Allah.

Oh, I really hate this bunyi mercun and meriam buluh. Kat kampung ni tahun ni nampaknya taklah bising sangat, berbanding tahun lalu,tapi tetap kedengaran mercun bola dan meriam buluh tu berbunyi . Boleh sakit telinga dibuatnya.Nowadays they don't use buluh anymore, they use pipe besi.Nearby ada tempat pam pasir sungai ,so they use pipe yang menyedut pasir tu. Imaginelah kuatnya.I just wonder apake seronoknya dengar bunyi meletup tu?

Well ,this Raya just stay put , no intention of going anywhere, no long distance travelling , my girl is sitting for her SPM and the homework given by the teachers are tonnes.Tak pa. No raya for her now but she has 3 months to jolly katak later.
I'll be waiting for my students to turn up, I told them nak duit raya datang rumah.

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Wednesday 24 September 2008

Raya is coming

Well, diam tak diam Ramadhan dah semakin meninggalkan kita. tinggal beberapa hari sahaja lagi .Sedih. Kena tunggu next year pula. itu pun kalau Allah izinkan dan umur masih panjang. kalau tidak seadanyalah Ramadhan tahun ini untuk di kutip seberapa banyak pahala.
I'm not looking forward to Raya really. Year in year out sama aja sambutannya. Most of the time makan and makan and makan. I would prefer Ramadhan lagi. Beside beribadat at least boleh kurangkan selera makan dan slim down.

Kat tempat kerja member sebuk mengagihkan kuih-muih yang di order. Kuih ,kerepek dll bertukar tangan , meriah kemain. Mood nak raya di kalangan sahabat nampak rancak. Member yang tolong tukar duit raya kat bank pun rancak habis menjadi banker sekejap.

Whatever it is raya tetap raya, meriah ke tak meriah ke, sambutan tetap ada tapi tidaklah melepasi batasan. I have nothing to look forward to. Orang tua pun dah tak ada. menziarah kubur satu kemestian macam biasa.

Tuesday 23 September 2008

Mood

Hari ini mood agak terganggu.Lots of things happened.
Yesterday we visited a family whose house was burnt down in a fire very recently.Couldn't say much.Imagine camana nak celebrate idilfitri ni. Sungguh besar dugaan Allah ke atas hambaNya.Nampak mereka sangat redho dan menerimanya.We went to the site. Habis semua, katanya within 10 minutes everything gone. Allahuakbar.
Mangsa rupanya my classmate dalam kelas malam di at-Taif.Semoga beliau terus sabar dan mendapat keredhaan Allah.

Kat tempat kerja sebuk fasal result ptk dah keluar. Search for mine tak keluar lagi rupanya. Help my two other friends to search for their results, lulus pun depa. Alhamdulillah.

Petang as usual I should have been at the mosque for the Tafsir surah Al-Fath.Ayat 29 yang akhir hari ni. Allah lebih mengetahui ,Final kuliah pulak I tak dapat masuk masjid.What to do.I have to wait for the week end kelas tafsir surah Yassin pulak. I hope I'll be able to attend .Insyaallah. Kelas tafsir ni bagus. You learn a lot of things. I love it.

Sunday 21 September 2008

21 Ramadhan

Alhamdulilah, finally. I will be able to write something. For a start, Ramadhan dah tinggal beberapa hari sahaja lagi,sedih rasanya. Rasa tak puas lagi dan tak berapa cukup buat ibadat. In fact, hari ni miss kelas tafsir surah Yassin kat masjid.To all who read this piece ;Salam Ramadhan and sama-samalah kita menambah ibadah dalam Ramadhan yang semakin hampir meninggalkan kita. Semoga ibadah kita di terima Allah dan jangan lupa teraweeh malam ni. Selamat berbuka puasa.
Jumpa lagi.