Tuesday 10 February 2009

Bagaimana Dalat mendapat nama.

Salah satu cerita dalam teks satera Bahasa Inggeris tingkatan satu ialah, cerita bagaimana sebuah kampung bernama Dalat di Sarawak mendapat namanya. Ceritanya menarik ada pengajaran. Kisah adik-beradik yang berebutkan kuasa selepas kematian bapanya yang tidak sempat menamakan pewaris kuasa. Namun disepakati anak yang tua mewarisi kuasa . Bagaimanapun siadik mahu merampas kuasa. Plot cerita berkembang menyusuri perkelahian adik-beradik ini sehingga 'villain' dalam cerita ini anak yang ke dua 'kowtim' dengan kampung musuh untuk menyerang kampungnya dan saudaranya sendiri.

Maka berlakulah peperangan antara saudara dan dengan musuh. Akhirnya si 'villain' mati terbunuh bersama ramai pengikutnya. Bergelimpanganlah mayat-mayat di persekitaran dan membusuk sehingga datang sekian banyak lalat menghurunginya. Oleh kerana banyaknya lalat di situ akhirnya kampung itupun dipanggil Dalat iaitu lalat dalam bahasa tempatan .

Pengajaran : Bermuafakat, hormati pendapat ramai (yang telah buat keputusan untuk pilih siapa yang jadi ketua ) , jangan melawan dan gelojoh untuk berkuasa, jangan menyalahi sistem yang ada , jangan merampas kuasa.

Selamat membaca.

No comments: