Sunday, 15 February 2009

Ketua ??

Sesebuah organisasi merupakan satu persepakatan dan usahasama di antara ketua dan pegawai bawahan .Hubungan dua hala yang baik antara ketua dan pegawai bawahan amatlah penting. Hubungan yang baik dapat mempastikan organisasi yang dipertanggungjawabkan dapat berfungsi dengan lancar dan cemerlang.

Ketua yang sering mengambil tahu kebajikan ahli organisasinya pasti mendapat tempat di hati mereka. Kejayaan sesuatu organisasi banyak bergantung kepada keupayaan ketua memimpin dan membentuk dasar yang boleh disepakati bersama. Dasar yang jelas, langkah yang realistik dan keupayaan ketua melihat dan menggunakan kekuatan (Strength) dan peluang (Opportunity ) di kalangan ahli organisasi tentunya dapat melonjak kecemerlangan organisasi yang dipimpin.

Jika terdapat seseorang ketua gagal melihat kelemahan yang ada di organisasinya, pastinya dia juga gagal untuk melihat kekuatan dan peluang yang ada. Jika seseorang ketua dapat mengambil pendekatan SWOT untuk dipraktikkan di organisasinya , dia pasti mampu memimpin dengan baik dan membawa organisasinya kenuju kecemerlangan.

Kelemahan ini sering wujud di banyak organisasi kerana ramai ketua mengambil sikap mudah. Ahli organisasi dilihat mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik , maka ketua merasakan dia tidak perlu lagi memainkan peranan dengan aktif. Kegagalan membaca mood ahli menyebabkan prestasi organisasi yang dipimpin menurun. Amatlah malang jika ianya dibiarkan berterusan .Tambahan pula jika organisasi tersebut sebelum ini memang jelas mempunyai prestasinya tersendiri.

4 comments:

DaNaSh said...

nak jadi ketua panitia pun dah gaduh sana sini....terlalu berat tanggungjawabnye

ummuaimi said...

Ye.Tanggungjawab tu le nanti yang kena jawab....

Citra Alam said...

Kalau ketua jadikan "hari ini lebih baik daripada semalam dan esok mesti lebih baik daripada hari ini " dia tentu akan membuat sesuatu langkah . Yang menurun tu sebab tiada apa-apa langkah sentuhannya .

ummuaimi said...

Yang ramai retorik aje lebih, sendiri buat motto tapi sendiri tidak hayati. Asyik-asyik suruh orang bawahan aje yang kena berubah...