Friday 13 February 2009

Bandingkan.

Banyak yang kami pelajari hari ni dalam Kelas Bahasa Arab. Hari ini kami menterjemah ayat 50 hingga sebahagian dari ayat 54 Surah al Baqarah ( ayat ni panjang dan kami kesuntukan masa )Pak Ustaz bagaimanapun memulakan tafsiran dari ayat 49 yang kami terjemahkan minggu lepas tetapi tidak sempat diterangkan .

Tentunya ayat ini menceritakan mengenai Bani Israil serta Firaun. Bani Israil ini telah dikenakan seksaan yang amat jahat oleh Firaun ia itu mereka diarahkan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiar hidup anak perempuan. Kata Pak Ustaz, di zaman Firaun hanya anak lelaki sahaja dibunuh, tetapi hari ini Yahudi laknatullah di negara haram Israel lebih kejam dari Firaun , bukan sahaja anak lelaki, tetapi semua anak kecil lelaki dan perempuan , malah ibunya juga dibunuh.( Target : total cleansing )

Pak Ustaz juga minta kami bandingkan 2 wanita yang ceritanya ada di dalam al-Quran. Asiah isteri Firaun yang beriman dengan Allah dengan isteri Nabi Nuh. Asiah yang beriman meminta Nabi Musa ( anak angkatnya) keluar dari istana Firaun dan menyelamatkan diri dan dia tinggal bersama dengan firaun , suami nya yang tidak beriman. ( setianya kepada suami ) Manakala seorang lagi ialah isteri Nabi Nuh. Walaupun jenuh dipanggil dan diajak bersama oleh Nabi Nuh naik bahteranya semasa banjir besar, beliau lebih rela mengikuti anaknya dan kekal kufur , tidak mengikuti suaminya yang beriman (dan akhirnya tenggelam).

Kata Pak Ustaz begitulah bezanya darjat kedua wanita itu disisi Allah. Asiah berdoa kepada Allah minta didirikan pondok disyurga, Allah menyatakan sebuah mahligai telah disediakan buatnya.

Hari ini pun ramai isteri yang mengikut langkah isteri Nabi Nuh ni - mengikuti anak-anak dan suami ditinggalkan sendirian , bagaimana ye? ( Doaku supaya dapat menjejaki Asiah ...)

Nanti, nak cerita pula bagaimana saat-saat akhir nyawa Firaun sebelum tenggelam di laut Merah. Tunggu....

No comments: