Wednesday 28 April 2010

Bercuti

Oh, nak ambik cuti seminggu,
bukan nak rehat badan
tapi nak pergi penatkan kepala
nak tengok sana, periksa sini,
nak tulis-tulis, nak garis-garis.

Lepas seminggu
jadual makin padat
entah le...
Semoga Allah memberikan
segala kekuatan
dapat bertahan,
laksanakan amanah,
selesaikan
mengikut jangkaan.

Insyaallah jua.


Sunday 25 April 2010

Berseronok??

Hujung minggu ini meriah sakan, sana-sini boleh nampak ramai orang berseronok dan bersuka-ria. Di Kuale le, tempat lain tak tahu le pula.

Dari muda sampai le yang dah berumur dan veteran. Waduh! Pekan Kuale yang kecik ni jadi sesak kemain. Kenapa? Untuk berseronokle. Siapakah mereka? Kaum dan bangsa ku jugak. Rata-rata orang Melayu lah yang memenuhi tempat-tempat ini.

Yang bervespa pun orang Melayu, berkereta antik pun Melayu, yang penuh di tebing sungai pun orang Melayu, yang melepak kat Dataran Putra tu Melayu, yang tak balik rumah, tidur bergelandangan pun kaum ku juga. Majoritinya mereka. Alahai......

Eh, di mana silapnya ye? Orang Melayu ni memang suka berseronok ke hape? Tengok konsert kat TV tu pun, malam-malam begini , siapakah yang penontonnya? Yang nak pergi sekolah esokpun masih ramai lagi di tapak konsert tu.

Mengapa jadi demikian ye? Siapakah yang bersalah? Budaya hedonisme ni dah semakin menjadi-jadi; tidak cukup di luar rumah, dibawa pula masuk ke dalam rumah, secara langsung pula. "Sangatlah sihat kegiatan ini ye."


Saturday 24 April 2010

Good Luck!

All the Best and Good Luck !

to those
sitting for MUET
today.

Especially.......
my dearest 7 A3 ...

May "the force" be with you all !


Monday 19 April 2010

Menjejak Akar


Alhamdulillah, berkesempatan menjejak dan mencari akar dari sebelah bapa yang masih lagi boleh dijumpai.

Peluang terbuka apabila menerima jemputan walimah anak kepada seorang saudara yang dulunya sangat rapat dan akrab. Namun , masa dan keperluan serta keadaan membuatkan kita saling lupa-melupai dan melihat keperluan untuk menyatu-padukan sanak-saudara tidak begitu penting.

Kami menghilir Sungai Perak hingga ke kualanya dan berjaya bertemu waris tua yang kini hanya tinggal empat orang sahaja lagi. Apapun bertemu dua sahaja pun agak memadai juga. Alhamdulillah, mereka masih sehat dan kelihatan bergaya.

Bertemu mereka yang dalam generasi yang sama, mengimbau cerita mengenai generasi terdahulu. Ruang perpisahan yang sejauh puluhan tahun menjadikan kami tidak mengenali pada mulanya. Begitulah masa telah memakan raut wajah dan yang pasti semuanya sudah mula mengalami perubahan 'alami. Ya, sesuatu yang tidak boleh dihalang, hatta kecanggihan sains sekalipun..

Besyukur kehadrat Allah kerana misi pertama untuk mengadakan pertemuan seterusnya bagi mengumpul saki-baki yang masih ada mendapat respons positif. Venuenya sudah ada, tinggal waktu dan ketentuan seterusnya.....

Ohhh... ada yang sudah hilang pendengaran, ada yang sudah tidak mampu berjalan, ada yang sudah melalui pembedahan itu dan ini dan macam-macam lagi........ Tanda-tanda ....... Begitulah apabila Allah mula menarik nikmat yang telah diberikan.... Maka jika kita masih lagi dianugerahi nikmat, hargailah dan bersyukurlah dengan menambah taqwa kita terhadapNya.






Tuesday 13 April 2010

Al fatihah buat Yuwan

Takziah dan alFatihah buat seorang kawan, Puan Y yang telah dijemput pergi
mendahului kita , semalam.
Meninggalkan orang yang dikasihi,
rakan dan taulan, sanak-saudara, kerjaya
dan apa sahaja di dunia ini.
Bertemu Pencipta yang lebih Mengetahui akan segala.

Begitulah kematian pasti akan datang menjemput tepat pada waktunya,
tidak ia terlewat mahupun tercepat walau satu saat pun.

Usia yang baru saja beberapa tahun melepasi separuh abad
bukan terlalu tua bagi ilmu hisab hari ini
usia yang di kira muda lagi
dalam kehidupan generasi kini.
Ramai di usia begini
baru mahu mengenal diri
baru mahu mencari hala tuju
baru saja melepasi simpang-siur jalan berduri;
Ada yang bijak memilih; Alhamdulillah,
dan jika ada yang tersilap pilih ; wa na'uzubillah.

Kawanku, semoga roh mu tenang di sana,
bersama mereka yang diredhaiNya.

Saturday 10 April 2010

Double standard,Triple standard??

Biasa kita dengar berbagai istilah yang mengasingkan kasta manusia seperti 'double standard', 'antara dua darjat' atau pun 'enggang sama enggang,pipit sama pipit'.

Hari ini rasanya 'double standard' atau 'antara dua darjat' itu sudah melepasi waktunya, kerana manusia sudah tidak lagi terhad dengan dua golongan sahaja. Kini telah wujud banyak kasta baru yang berjenama baru. Manusia tidak lagi dilihat atau dikelompokkan mengikut kasta tradisi bawaan keturunan seperti yang telah difilemkan oleh P.Ramlee.

Hari ini telah berlaku 'triple standard' atau mungkin lebih dari itu. Oh!! kita menyaksikan dan mengalaminya sendiri. Ia ada di mana-mana. Perhatikan. Ia berlaku dalam apa saja suasana. Dalam majlis kecil mahu pun majlis besar, majlis sosial, majlis rasmi, ada majlis, tiada majlis, di mana sahaja, bila-bila masa.

Kasta yang paling atas pastinya akan mendapat layanan yang lebih baik dari kasta yang di bawahnya, dan proses ini berterusan sehinggalah ke tahap paling bawah yang akan mendapat seminima mungkin.

Inilah realiti manusia pada hari ini yang dengan relanya mewujudkan kasta itu sedangkan apakah dasar kepada wujudnya kasta itu? Perlukah kasta itu wujud? Kenapa ia perlu wujud? Adakah ia sesuatu yang wajib? Apakah jika kasta itu tiada masyarakat akan menjadi huru-hara, hilang kewibawaan atau mereka akan menjadi seperti manusia di zaman jahiliah?
Ooooooo....???

Yang mengamalkanya pula?? Bagaimana mahu menjawabnya nanti??


*Mungkin mereka lalai atau pun lupa bahawa yang di menentukan kelas manusia ialah amalan dan taqwanya. Itu sahaja.




Pertemuan tadi

Seronok hari ini kerana dapat bertemu sahabat yang dah lama tak jumpa. Opportunity missed is an opportunity lost. Mmmmm... berbual cerita lama dan baru. Bertanya khabar dan keadaan masing-masing.

Oh yesss!! She still looks the same. Much fresh and maintain. Apa rahsia anda ye?
Alhamdulillah, sebenarnya ,syukur kepada Allah kerana telah mengizinkan pertemuan kami semua tadi. Semuanya atas kehendakNya juga.

Tak puas nak refresh cerita lama dan kongsi cerita baru. Sahabat yours truly yang sama-sama balik petang almost tiap hari. Sahabat untuk berkongsi rahsia..ooppss...Oh! kami ke Cameron Highlands bersama, then the trip ke Lumut...., mengejar keretapi senandung petang selepas pulang menghadiri seminar di UKM eh.. ada banyak lagi, pesta buku, kem Puteri Islam dan macam-macam lagi... Those were the days...... yang tidak mungkin akan berulang. Much treasured pasts..

Semoga sahabat ku terus sihat dan selalu ceria dengan kerja dan istiqamah dalam ibadahnya.


Tuesday 6 April 2010

Usrah

Alhamdulillah, dah lama dah tak buat aktiviti ni. Hari ni kami berjaya melaksanakannya lagi walaupun seketika.

Menanti waktu prep yang terluang , seorang sahabat memulakan topik untuk peringatan mengenai hari qiamat. Waduh, berat topik ni kan...

Apapun kami sama-sama saling ingat -mengingati akan kelemahan diri dan berusaha membaiki dan mempertingkatkan amalan. Ingat-memgingati mengenai kejadian pada hari di mana manusia akan jadi nafsu-nafsi. Sehingga anak dalam kandungan pun tidak akan difikirkan lagi. Mengingati kuliah Pak Ustaz yang menerangkan manusia akan bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri. Aduhai!

Bersediakah kita? Teringat Pak Ustaz berkata dalam kuliahnya, "ada antara kita pada malam ini yang berkemungkinan sempat menyaksikan @ mengalami kiamat itu" Oh! tidak lama lagi itu...

Allahuakbar!! Maha Suci Zat Yang menjadi sekalian alam, lindungilah kami sekalian dari fitnah dunia dan akhirat dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bertaqwa. Semoga kami istiqamah dalam ibadat dan perjuangan kami mencari keredhaanMU. Ameen.




Sunday 4 April 2010

Minggu lalu.....

Satu minggu telah berlalu dan banyak yang telah berlaku sepanjang waktu itu. Hari ini sudah Ahad kembali.

Minggu yang padat dan agak meletihkan serta menguji keutamaan. We had our trial.We also had our first prep classes. Came the meeting which ended at four. Rushed for Zohor yang berada di hujung waktunya ( tak lepas sempadan langit pertama ke hapa?kena baling semula oleh malaikat ke bawah......) Then the speaking test which tested our patience ,really...aduhaaii...

We closed the week with a camp for F6. Abracadabra!! Zuup!!! It materialised. Yup! My turn was from 10 pm to 7 am. Had to decide, pilih yang mana utama , the camp and my other half yang not feeling well ( already a week with fever) Alhamdulillah , had to run from one place to another , together with the students for 'recall' slot as well as for qiamullail. Brave the midnight rain and later the early morning fog.

Weekend ; hospital. My other half need to rest kata tuan doktor. Ok. Menurut perintah.

Oh, pantas sungguh masa berlalu. Dah pun bulan April dan tidak berapa lama lagi peperiksaan yang di nanti pun akan sampai buat mereka yang mengambil slot pertengahan tahun. Oh , yeah... macam tak sempat dan cukup je ........ entah le...