Monday 19 April 2010

Menjejak Akar


Alhamdulillah, berkesempatan menjejak dan mencari akar dari sebelah bapa yang masih lagi boleh dijumpai.

Peluang terbuka apabila menerima jemputan walimah anak kepada seorang saudara yang dulunya sangat rapat dan akrab. Namun , masa dan keperluan serta keadaan membuatkan kita saling lupa-melupai dan melihat keperluan untuk menyatu-padukan sanak-saudara tidak begitu penting.

Kami menghilir Sungai Perak hingga ke kualanya dan berjaya bertemu waris tua yang kini hanya tinggal empat orang sahaja lagi. Apapun bertemu dua sahaja pun agak memadai juga. Alhamdulillah, mereka masih sehat dan kelihatan bergaya.

Bertemu mereka yang dalam generasi yang sama, mengimbau cerita mengenai generasi terdahulu. Ruang perpisahan yang sejauh puluhan tahun menjadikan kami tidak mengenali pada mulanya. Begitulah masa telah memakan raut wajah dan yang pasti semuanya sudah mula mengalami perubahan 'alami. Ya, sesuatu yang tidak boleh dihalang, hatta kecanggihan sains sekalipun..

Besyukur kehadrat Allah kerana misi pertama untuk mengadakan pertemuan seterusnya bagi mengumpul saki-baki yang masih ada mendapat respons positif. Venuenya sudah ada, tinggal waktu dan ketentuan seterusnya.....

Ohhh... ada yang sudah hilang pendengaran, ada yang sudah tidak mampu berjalan, ada yang sudah melalui pembedahan itu dan ini dan macam-macam lagi........ Tanda-tanda ....... Begitulah apabila Allah mula menarik nikmat yang telah diberikan.... Maka jika kita masih lagi dianugerahi nikmat, hargailah dan bersyukurlah dengan menambah taqwa kita terhadapNya.






No comments: