Saturday 31 January 2009

Bravo!


Gambar AP

Menonton 'Berita' malam tadi dan baca laporan di internet mengenai PM Turki Recep Erdogan yang bangun keluar dari sidang ekonomi Davos dengan confident sekali. Hebat PM Turki ni . Anak jantan betul. Saya menontonnya berulang kali melalui channel yang berlainan, macam tak puas pulak tengok aksinya itu. TV 9 buat laporan panjang sikit cukup ada translation lagi, tetapi TV3 dan lain-lain tidak begitu baik dan menyeluruh ulasannya ; ada apa-apa ke ?

Ada juga pemimpin Islam yang berani bertengkar dengan si Peres laknatullah tu di hadapan umum mengenai Gaza. Memang hebat dia dan bertindak tegas keluar kerana dia yakin dengan tindakannya. Pemimpin OIC yang lain di mana ye ?

Agak-agak berani ke PM kita buat macam itu jikalau berhadapan dengan situasi yang sama ?

Friday 30 January 2009

Cuti lagi

Sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan, hari Selasa 3 Februari ni di isytihar cuti buat Negeri Perak. Sambung lagi cuti. Seronok eh..Bolehlah mengintai-ngintai majlis di Bukit Chandan. At least boleh tunggu dekat depan Sekolah Klipod mesti ramai yang lalu tu..... Dah lama dah tak da benda-benda cam gini berlaku kat Kuale ni... Teringat zaman sekolah dulu.... seronok....


14 Februari nanti , Kuale sure penuh sesak ,traffic pastinya slow ; rakyat berhampiran pasti ramai datang ke pekan , untuk berada bersama dan melihat ketibaan all those dignitaries .Ramai yang datang and rasanya kami kena berbaris kot.....seronok apa.... Bukan semua tempat boleh mengalami benda-benda macam gini . Kalau kat Perak , pekan Kuala saje le.... itu yang bahagia dan seronok duduk kat bandar di Raja ni...

Yang kat luar tu kalau nak join sama, moh ke Kuale....

Thursday 29 January 2009

Kehilangan

Tahun ini kami kehilangan seorang lagi ahli unit besar kami. Cuti Tahun Baru Cina yang baru berlalu merakam pemergian seorang kakitangan pejabat. Beliau telah ditemui lemas di Pangkor semasa bercuti bersama keluarganya di sana.

Pastinya apabila sekolah dibuka, pejabat akan kehilangan usikan dan keletahnya.Kami juga akan terasa kehilangannya kerana beliau sentiasa sedia membantu urusan kami. Dalam usia yang muda, masih belum berkeluarga dan dengarnya sedang berunding untuk membuat satu ikatan. Namun janji Allah, tiada siapa yang menduga, beliau pergi sebelum sempat menamatkan zaman bujangnya. Apapun, kami tidak begitu terkilan kerana sebelum pemergiannya beliau tahu ada insan yang menyayangi dan menerimanya seadanya. ( Dia pernah dipermainkan sebelum ini )

Takziah buat keluarganya.

Al-Fatehah buat Allahyarham Haizal, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan dihimpunkan bersama para solehin.

Wednesday 28 January 2009

Eeman

Pagi semalam kami breakfast dengan seorang saudara 'revert' di gerai berhampiran masjid. Dah lima tahun dia revert, was a Hindu before dan sungguh yakin dia , malah nampak lebih yakin dari saudara kita yang tak perlu revert tu. Banyak yang diperkatakannya betul, terutama tentang orang Melayu yang ( sepatutnya Islam ) yang ramai melanggar perintah Allah. He kept on saying, ' Allah nampak kita walaupun kita tak nampak Allah". He frequents the masjid and performs the solat jamaah setiap waktu. Looks better than born Muslim kan.

Apapun banyak yang perlu dipenuhi sebagai seorang Muslim, dan pastinya setiap perbuatan mesti di sertai dengan nawaitu yang betul. Sangat berat dan susah sebenarnya kerana dugaan dan cabaran 'dunia' ini maha hebat. Kadang-kadang pastinya akan terselit sedikit perasaan ingin menunjuk, ingin bagi tahu pada orang bahawa aku yang terbaik, perasaan aku lebih warak, dan bermacam lagi dugaan dan hasutan syaitan yang kita tidak sedari. Honestly, I can't help to have those feelings at times but of course kena istigfar sebab kena akui iman ni hanya senipis kulit bawang sahaja ( seperti kata Ustaz T )

May Allah guide us in whatever deeds we are doing and forgive all our wrongdoings. Ameen.

Riang-riang....

Kami bercuti selama seminggu.Tq kepada yang berkenaan..... kerana alert dengan keperluan cuti ni....

Something is missing dalam perayaan Tahun Baru Cina tahun ni. My son alerted me this morning, katanya tak da riang-riang le tahun ni.. Biasanya musim CNY ni crickets mating season, bising seluruh alam and agak mengerikan apabila mereka berterbangan dan hinggap di sana-sini, masuk dalam rumah dan terbang melanggar apa saja....eee pengalaman yang menakutkan ( 18 years ago.....) Ekonomi lembab, crickets pun segan dan nak control population ke ape.... he,he,he..

Friday 23 January 2009

Bani Syu'il

Israel laknatullah dah keluar Gaza. Namun kesan dari serangan lebih dari 20 hari itu amat memilukan. Hampir saja matlamat 'ethnic cleansing' itu berjaya. Memang semua itu sudah dirancang dengan sempurna sekali, mereka menarik keluar tentera ketika hampir saat Presiden baru US mengangkat sumpah. Ciss.. ada makna tu..

Saya tidak mahu mengulas mengenai Obama kerana saya yakin US tidak akan mampu merubah peranannya sebagai pendokong negara haram Israel. Ekonominya juga dalam keadaan tenat, mahu kemana dia... Yahudi laknatullah memang sentiasa akan mengawal kepimpinan Presiden US. Period.

Sebenarnya saya lebih berminat bercerita mengenai kekejaman Israel ini. Tengahari tadi , saya terharu dan menitis air mata menonton video clip lagu "Balada seorang gadis kecil"oleh Zubir Ali mengenai kekejaman yahudi di khemah pelarian Shabra dan Shatila 16 September 1982. Secara jujur saya tidak begitu arif mengenai peristiwa ini, kerana ketika peristiwa itu berlaku saya dalam perantauan dan kami tidak akses dengan maklumat sangat ( No TV, student miskin.. duduk hostel..) Dahulu terbuta sejarah sekejap apabila ramai yang bercakap mengenai Shatila including 'my other half' who is teaching history.

Apapun, I managed to do my own research on the massacre. Consider the worst in the modern history, C20th . Mereka bunuh wanita, warga tua, kanak-kanak ,bayi, wanita yang mengandung dibelah perutnya dan bayi dicampak kedalam tong sampah, wanita dirogol, lelaki disembelih dan segala macam kekejaman. Itu 26 tahun lalu, kini bangsa itu mengulanginya lagi. Jika dulu dia menggunakan lebanese kristian untuk tolong membunuh atas tiket membalas dendam dan menghancurkan bangsa Palestin, kini alasanya untuk membalas serangan hamas pula. Tanpa sebab pun bangsa yang biadap ini akan tetap meneruskan agendanya untuk menghapuskan kaum palestin dan seterusnya menguasai bumi palestin.

Menurut kata ustaz, sesungguhnya bani israel ini adalah sejahat-jahat manusia di muka bumi ini.Sememangnya mereka mulanya berasal dari kaum yang mulia , ramai di kalangan nabi dan rasul datang dari kalangan mereka. Namun akibat kebiadapan, keangkuhan dan kesombongan mereka terhadap tuhan, mereka menjadi manusia yang paling jahat dan dilaknati oleh Allah.

Kata ustaz lagi mereka ini sememangnya sangat cerdik. Janji Allah,' jika mereka ini beriman sesungguhnya mereka ini akan menjadi lebih baik dari kamu.' Tetapi yang nyatanya, mereka sentiasa bongkak dan menyeleweng serta menutupi kebenaran untuk kepentingan keduniaan.Mereka bunuh nabi-nabi dan menjual ayat-ayat Allah.

Ada sejarah mereka ini untuk kita direnungi dan ketahui.Bagaimana mereka berusaha untuk menguasai dunia dan pendapat mereka mengatakan mereka bangsa terbaik dan yang bukan yahudi digelar 'goyim' akan melaksanakan apa sahaja yang mereka perintahkan. Boleh baca disini ; sejarah bani israel.

Bukti betapa yahudi laknatullah ini kejam dan apa yang telah dilakukannya di gaza boleh dilihat disini:betapa kejamnya yahudi itu.

Kelas tafsir kami juga sekarang sedang membincangkan Surah al Baqarah dan berbetulan mengenai Bani Israel ini, jadi perasan marah dan benci itu memang teramatlah sangat.

Wednesday 21 January 2009

Macamana ni...?

Bagaimana kita menghakimi orang lain sedangkan kita sendiri tidak melakukan apa yang kita sepatutnya lakukan dan tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Eh,... ini bahaya ni, Kita nampak kuman di seberang tapi gajah depan mata kabur pulak. Macamana kita menilai apa yang orang lain lakukan sedangkan pada hakikatnya, kita tidak sedarpun apa yang orang lain sudah buat. Kita masih lagi pasang angan-angan untuk mendapat sesuatu yang terbaik tetapi di atas usaha orang lain yang kita sendiri tidak hargai. Cisss!

Eh, ini sudah melampau. Tambah lagi kita dengan sewenangnya menghukum orang lain " eat salary blind '? Apa kita pun tidak buat macam itu ke? Kena muhasabah diri. Kalau orang lain makan buta, kita makan celik ye?

Tolong le ..... janganle ketam cuba hendak mengajar anaknya berjalan lurus............


Dedicated to......................

Tuesday 20 January 2009

Leadership Part 2

" Effective leadership is putting first thing first. Effective management is discipline , carrying it out. " - Stephen Covey
" A leader is a dealer in hope. " - Napoleopn Bonarparte
" In simple terms, a leader is one who knows where he wants to go, and gets up , and goes - " - John Erksine, The Complete Life.
and,.....A real leader faces the music even though he does not like the tune...

Monday 19 January 2009

Leadership Qualities

From Holden Leadership Center ( Oregon University)


Characteristics of A LEADER :


i. Proactive vs Reactive

ii. Flexible / Adaptable

iii. A Good Communicator

iv. Respectful

v. Quiet Confidence

vi. Enthusiastic

vii. Open-minded

viii. Resourceful

ix. Rewarding

x. Well Educated

xi. Open to Change

xii. Evaluative

xiii. Organised

xiv. Consistent

xv. Delegator

xvi. Initiative

Sunday 18 January 2009

Alahai!

Tertonton pembukaan Anugerah Juara Lagu kat TV3 tadi sewaktu mula. Ada nyanyian, tarian terlompat sana -sini, terjerit sana dan terkinja di sini. Dan ramailah yang bergembira dan bertepuk tangan sakan.


Next, pengacara keluar ajak penonton ramai-ramai baca alFatihah untuk mereka yang syahid di Palestin sambil menonton video kekejaman yahudi laknatullah. Maka ramailah yang simpati dan terusik jiwanya sebentar, datang kemanusiaannya dan terkedu buat seketika.


Yet, itu sebentar cuma, the rest of the event penuh dengan hiburan, nyanyian, terjerit, menari ke sana-sini, hedonism maha hebat. A complete contrast with what actually there in Gaza. So, ...... nampak macam concern sangat tapi .......... Rhetoric!

I love trees

Hujung minggu yang agak membosankan. Selain ke hulu dan ke hilir ,ferrying the kids, tiada banyak yang dapat membantu menggerak minda.



The Dancing Tree..... Cute kan ?

I surfed the net looking for images. Mmmmm I l0ve trees, wonderful creation definitely. Just look at them. Ada macam-macam jenis, bentuk. daunnya, buahnya, warnanya dan berbagai lagi. Imagine the world without trees...... Oxygen ?



Setiap kali melakukan perjalanan jauh pastinya akan menikmati keindahan pokok-pokok di sepanjang perjalanan dan hati bertasbih memuji kebesaran Ilahi yang menjadikan pelbagai jenis rupa bentuk pohon yang sememangnya cantik. Setiap satu punya keunikan dan kecantikan tersendiri, walaupun hanya rumput atau pohon yang menjalar.



Allah jadikan pokok berwarna hijau, kenapa ye ? Pastinya ada hikmah di sebaliknya. Chlorophyll pun hijau ye.( Kalau tidak pokok jadi warna lain pulak) Imagine chlorophyll warna coklat or merah , eeee suram dan menyakitkan mata kot ? Dan warna itulah yang menutupi muka bumi ni....... eeee.

Dan sesungguhnya hijau itu memberikan ketenangan. Sebab itu ada 'green room ' bagi mereka yang nak keluar 'on air'. Dan dalam Surah Ar Rahman hijau disebut dan merupakan satu warna di syurga. Namun ada ramai diluar sana yang amat sensitif, phobia ,pathetic dengan warna hijau. Sampai anything green must be repainted. Alamak gila la...Kena spray the trees lah nampaknya.
Mereka ni lah agak nya orang yang suka melanggar sunatullah. Kalau hijau tu tidak bagus, masakan Allah jadikan pokok-pokok di bumi ni berwarna hijau .............. nanti ada yang kata langit warna biru tu...... Betul... tapi reflectionnya di laut bewarna hijau juga.....

The conclusion is ,..........

Thursday 15 January 2009

As samawat



Subhanallah! Di luar sana langit sungguh terang, cerah dan indah sekali. Allahuakbar,

Yang kita nampak dengan mata kasar hanyalah bintang-bintang yang biasa kelihatan. Yang 'alim dengan ilmu falak pasti kenal semua buruj itu dan tahu nama bintang dan planet yang boleh dilihat . Malang bagi saya masih lagi teraba-raba dan yang saya pasti hanyalah si 'Orion'.

Tadi saya berkesempatan mengenali dan melihat '7 sisters' dan memang mengasyikkan melihat kerlipan bintang-bintang ini di angkasa. Menggunakan alat kita akan dapat lihat sebenarnya ada banyak lagi yang ada di langit sana yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar.

Sememangnya keajaiban alam 'samawwat' tidak terjangkau oleh daya akli manusia. Apa yang tidak jelas dengan mata kasar akan menjadi lebih jelas lagi dengan bantuan alat canggih terkini, samada telescope, refractor mahupun dari balai cerapan angkasa . Yang pasti apa yang kita nampak itu baru lapisan langit yang pertama. Berbillion,trillion cakerawala yang berganda-ganda besar saiz nya dari matahari ada di luar sana. Bumi ini umpama debu kot saiznya dan bagaimana pula dengan kita?

Kalau dalam lapisan pertama sudah begitu, bagaimana lapisan ke dua, ketiga dan seterusnya... Maha Besar Allah Yang Maha Mengetahui betapa luasnya alam ini.

Kemudian cuba kita fikir pula perjalanan Rasulullah saw di satu malam di Bulan Rejab melepasi ketujuh lapisan langit tersebut.

Aduhai, amat lemah iman ini , tidak terjangkau oleh daya aqal yang ada. Namun seperti Saidina Abu Bakar as-siddiq beliau terus sahaja membenarkan peristiwa isra' dan mi'raj itu tanpa soal apabila ditanya oleh orang yang cuba mempertikaikan kebenaran perjalanan itu. ( Beliau mendapat gelaran as-siddiq kerana peristiwa ini) Kita perlu meyakininya. Sememangnya dengan aqal ia seperti mustahil tetapi Allah Maha Berkuasa.

Subhanallah Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.

Wednesday 14 January 2009

JOM!!



Feel free to copy this banner



There's not much we can do.... the least ....... boycott these products.........

No more Nescafe tarik or Milo tarik... cukup dengan Kopi radix or Che Nah or other local brands yang halal pastinya.

Saturday 10 January 2009

Al-Baqarah ayat 35-36

Allah telah memerintahkan Adam dan 'zaujun'nya ( isteri), Hawa tinggal di syurga dan makanlah dari apa yang ada di syurga sepuas-puasnya kecuali akan sebatang pokok. ( Pokok quldi yang dijadikan oleh iblis dengan tujuan untuk menyesatkan mereka berdua.)

Seperti yang kita ketahui, Hawa telah terjebak oleh hasutan iblis dan termakan buah tersebut. Adam telah memarahi Hawa kerana melanggar perintah Allah, dan diminta memohon ampun. Kata Pak Ustaz, Hawa kemudian telah berjaya memujuk Adam untuk memakan buah tersebut.(kemampuan wanita memujuk dan betapa sayangnya Adam kepada Hawa, berkorban walaupun tahu akan kemurkaan Allah menanti)

Lalu ketiga-tiganya (Adam, Hawa dan iblis ) di perintahkan turun ke bumi. Adam di Sri Lanka, Hawa di Jeddah dan iblis ke dalam laut.... Bermuda............. ( Orang tua-tua kata dalam air ada hantu/ syaitan, orang buang hantu hanyut ke laut.... semua tu sama species nya )

Akhirnya selepas 40 tahun , (ada yang kata 100 tahun ) dalam keadaan menangis dan memanggil-manggil nama Adam..... Hawa....... mereka ditemukan semula di Jabbal Rahmah. Makkah.

Yang perlu diingat, semasa keduanya diperintah turun ke bumi Allah telahpun menerima taubat keduanya seperti diterangkan dalam ayat 37 seterusnya. Mudah di faham dan di terima.

Ini sangat berbeza dengan pendapat kristian yang mengatakan Adam turun dalam keadaan menanggung dosa. Sehingga perlu ditebus dengan menyalibkan 'jesus', anak tuhan? What a complicated belief.

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Tahu akan segala ciptaan Nya dan rahsia kejadian dan peristiwa. Wallahualam.

Bersiul anyone?

Diceritakan bahawa, apabila Allah memerintahkan Iblis turun dari syurga selepas berjaya memperdaya kedua-dua Adam dan isterinya Hawa , dia telah turun dalam keadaan bersiul-siul. Betapa kurang ajar, bongkak dan tidak langsung menghormati Allah, Tuhan Rabbul Jalil. Tidak langsung berasa sedih dan berdukacita apabila di halau keluar dari syurga tetapi sebaliknya dengan gembira dan bongkak turun sambil bersiul-siul.

Kata Pak Ustaz, kalau kita bersiul-siulan kita juga seolah-olah menuruti perangai syaitan . I've been telling my kids not to do such things but it's difficult really to control. However, I'm trying my best .

Thursday 8 January 2009

Allahuakbar



Can you see the letters Aliff lam lam ha on the date?






Subhanallah ! My PK offered us Kurma Nabi ( He just got back from performing hajj for the second time) He told us to look carefully at the kurma because a few others ealier on had theirs with the kalimah of Allah. So I was lucky to be able to grab one with the kalimah and was very happy indeed.I brought it home for my kids to see and of course took some pictures of it. I like all this bizarre things.....Allahu akbar!

A Storm in a teacup

I was furious the other day and even worse, I managed to fan the fire to others.( Bad of me ,eh)Kind of firestone le.

And the day went on rather hot ( haiya surelah because almost everybody was on fire - exaggerating a bit ) Then, finally we came to a solution, and everybody must re-do everything all over again except this time we 'tick' the first one.

Yes, finally we managed to stop the storm...... from getting out of control ..hee...hee.hee..

Once in a while we need this kind of storm to put things back to the right place.

Monday 5 January 2009

Sedar-sedarkan


SELAMATKAN IJN SELAMATKAN IJN

Hari ni saya mahu bersama untuk kempen menyelamatkan IJN. Memang bahaya langkah ni ? (Ye Ke ? )

Saya melihat 5 atau 10 tahun akan datang,bagaimana kalau institusi ini tetap diswastakan , bagaimana nanti anak cucu, saudara -mara saya yang tidak ada kemampuan mahu mendapatkan rawatan. Bagaimana nanti keluarga ipar duai, sebelah sini dan sana yang datang dari ceruk kampung , yang tidak punya kewangan yang kukuh,mahu mendapatkan khidmat rawatan. Mampukah mereka. Akan di layankah? Bila dah jadi milik konglomorat, korporat ( Keparat) alamat tinggal angan-anganlah. Saya cukup bimbang nasib warga emas, yang tidak emas , yang tidak punya harta yang tidak punya kabel besar, bakal bermimpi sahajalah.

Eh, saya bukan berfikiran negatif tetapi realitinya berlaku sekarang. Pergi sahaja ke rumah sakit biasa untuk mendapatkan rawatan. Bandingkan layanan yang kita dapat apabila diketahui kita ini adalah ' so and so' , ada kerja, gaji besar, kumpulan A. Kemudian tengok pula layanan mereka kepada pakcik makcik kampung, yang pakai selipar jepun, bawa beg plastik bising ,berpakaian lusuh datang sorang-sorang , dibiar menunggu berjam-jam , cakap pun kasar. Dah banyak kali dah berlaku, dan rasanya ada di mana-mana.

Hah, itu yang milik public, bagaimana nanti kalau IJN tu diserahmilik ke pihak yang pastinya sentiasa mencari laba...Peringkat awal katalah kita akan beri peluang, layanan sama, tidak akan kenakan bayaran melampau dll tetapi apabila sudah pindah milik , jika mahu dapatkan rawatan mesti ada sejumlah berikut.........Kasihannya , apalah malang nasib kita ye.....

Doaku semoga hak rakyat tetap menjadi milik rakyat. Aduhai, orang kat atas tu ..pandang-pandanglah ke bumi oi. Jangan ingat kita kat atas nampak orang kat bawah kecil, kita rasa besar sangat. Boleh buat apa saja. Sedo le sikit orang kat bawah pun nampak awak kecik juga. Hanya Allah sahaja yang Maha Besar. Kalau niat anda jahat , semoga Allah balas kejahatan kamu di dunia lagi.

Sunday 4 January 2009

New Term Begins

We'll start with assembly (as usual ) tomorrow. Hope it will not rain, otherwise must work out plan B. I wonder if there is any ? Some people like to work alone ( no round table talk...) some prefer brainstorming.... and I can see that among "my s0 and so " in my working environment.

This particular figure prefers discussion and forever ready to listen for better ideas, whereas the other one prefers to keep everything quiet and and will only let everything out on the day itself. The other one doesn't have much to say perhaps doesn't have much to tell and share. And the other one living in his/her own cacoon.

For the past few weeks the one who prefers discussion was not around. Haiyah... so difficult lor... We were left with the difficult ones.... Whatever, we managed ,but the last Friday event proved that I am always right about the one who prefers to keep everything quiet. Many bluunders lah....

Whatever it is, now the one who prefers discussion is back, I hope everything will be back to normal. I'm looking forward to a new beginning.......and my hope the 'so and so' will change for the better. God Will.

Saturday 3 January 2009

Tali Pinggang

Tahun baru 2009 nampaknya dimulakan dengan banyak juga cerita negatif di sini mahupun di luar sana.

Sehari dua ni dipenuhi dengan kemalangan ngeri yang meragut nyawa. Macam-macam teori keluar dan yang paling laris ialah mereka yang maut tidak memakai tali pinggang ( kemalangan di Kelantan). Saya tertarik dengan pendapat penulis email dalam Berita TV3. Ibu segala masalah ialah sikap pemandu yang selalu overspeed. Pemandu Formula 1 -Senna yang memandu kereta yang dilengkapi alat canggih pun maut dalam kemalangan katanya.

Tapi dengar pula pendapat 'orang-orang besar' yang tidak pernah mahu memahami masalah sebenar. Katanya 'kita dah buat kajian dan hasilnya terbukti....' Masalahnya macamana nak percaya dengan kajian tu sebab tidak pernah telus; siapa yang buat kajian, berapa statistiknya, berapa ramai responden,siapa mereka , berapa lama kajian dibuat dll. Hasil kajian tidak pernah diumumkan kepada masyarakat, tidak pernah dibentangkan, tiba-tiba keluar arahan , wajib pakai sebab sudah dibuat kajian. Apa ni... kajian apa ? Sampai bila kita ni mahu dibodohkan? ( Geram ,sebab jadi satu masalah bagi kami yang anak ramai untuk bawa semua anak naik kereta yang hanya ada 2 seat belts sahaja kat belakang.)

Kemalangan yang meragut 4 nyawa dekat MMR2 tu apa cerita pulak? Laporan kata laju,sama macam yang berlaku dekat Gua Musang tu....Bagaimana nak justify ni?

Friday 2 January 2009

Mencari

I'm still searching ,mencari-cari, the best template that suit my taste.So, things will keep on changing. For the time being I think I'll stick to this. Mmmm.

Well, we learn a lot today from Ustaz Adam. Alhamdulilah my understanding of Arabic grammar is getting better, the least to say. There are reasons why Allah revealed al Quran in Arabic, why Allah keep repeating the same words over and over again in Quran. Human nature, selalu lupa,walaupun diulang berkali-kali. ( It happens in our class, week in, week out, same questions & notes )yet lupa juga.

According to our Ustaz, everyone of us has this one particular chip meant for bahasa al quran yakni Arab in our brain. If we don't use it ( at least to memorise a few phrases, words ) then it will remain empty. His advice, the least to do , 'dah susah sangat , ingat sikit-sikit eg. 'wau'- dan, 'fa' -maka,'ila' -kepada ,memorise all the harfun dulu, one word a week pun tak apa. ( Dapat pahala) Dah tua-tua ni , pick up slow. There are more senior students in the class , yang dah exceed 55 ramai.

He briefly told us about Nabi Adam as. How malaikat mengambil tanah dari bumi tetapi tidak diizinkan oleh bumi sehinggalah akhirnya malaikat Izrail yang berjaya mengumpul pelbagai tanah-taneh dari bumi, putih,hitam, masam,merah dll.untuk dijadikan Nabi Adam. Thus, Izrail has been given the right to cabut roh manusia.

Setelah ditiupkan roh kepadanya, Nabi Adam as terus bersin dan mengucapkan 'alhamdulillah'
Mmmm... ucaplah 'alhamdulillah' apabila bersin.

Ada banyak lagi.....

mini album 2008


Dalam perut lembu yang dikorbankan 'Idil Adha yang lalu . Allahu Akbar ! ( dari blog Cina Islam)

Apa yang pelik tentang buah pisang tu ? Ada kat belakang rumah sekarang ni. Belum masak lagi.
Formula 1Workshop
GK Sains & VK in serious discussion dalam School Gallery
Projek Puzzle 80% siap now jadi abandoned project pulak.

English Camp Group Work

Allahu Ghafoor Allahu Raheem -Nasyeed Group

Banyak yang mahu dirakamkan, yet I must admit there's always setback and here are a few that I can share.


2009

Saya mengakhiri 2008 dengan lawatan ke hospital dan membuka lembaran 2009 dengan satu lagi lawatan ke hospital juga. Di hujung 2008 ke Hospital Sungai petani dan 2009 ke Hospital Pulau Pinang.

Ke dua-dua lawatan banyak menyedarkan diri dengan segala nikmat kesihatan yang dianugerah Allah. Sebenarnya bila-bila masa sahaja nikmat yang ada ini boleh diambil semula.

Buat kedua-dua saudaraku yang sakit didoakan semoga sembuh seperti semula walaupun tidak mungkin akan sempurna seperti sebelumnya. Semuga redho dengan ujian dari Allah dan mendapat keampunanNya.

Lobby Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani yang macam lobby hotel ...canteek
Saya juga berkesempatan melawat Road Walk di belakang Stadium. Macam-macam ada....
Beli sepasang teropong murah ..nak mengintai burung-burung yang banyak kat belakang rumah.
Namun pencarian untuk CD Robinson Crusoe gagal lagi.
.