Saturday 12 December 2009

Kelas Sabtu

I missed the first session ( tertinggal bas, he,he,he) The second one was enlightening too, for sure seperti biasa.

We had a brief muqaddimah tentang 'Suci'.
Ada 3 bahagian : Suci dari sudut pegangan yakni dari kekufuran, syirik dan yang sewaktu dengannya. Kena le belajar aqidah untuk membetulkan dan menyucikan pegangan.

Bahagian yang ke 2: Suci Hati. Tiada sifat-sifat mazmumah. Hasad, dengki, riak, ujub, ego, penting diri dan banyak lagi sifat negatif lain. Nak perbaiki diri dan menyuci hati kenalah dalami ilmu tasauf. Banyak zikir dan amalan boleh diamalkan.
Peringatan: Perasaan hasad amat buruk sekali kerana ia akan memakan kebaikan-kebaikan dan amalan yang kita buat seperti mana api yang memakan kayu.

Yang ke 3 : Inilah bahagian yang orang paling suka ambil berat dan banyak habiskan masa untuk mempelajarinya dari muda sampai ke tua. Ia itu Suci Jasad; suci dari hadas - kekotoran yang tak nampak dan suci dari najis ; yang boleh dilihat. Bertahun mempelajari dan bertekak serta membahas najis serta hukum. Bersoal-jawab apa hukum sembahyang pakai songkok dan bermacam lagi. Alahai......

Ramai yang tidak ambil pusing sangat mengenai penyucian pegangan dan hati ini. Maka sebab itulah masih ada lagi fahaman jahiliah wujud di kalangan kita. Malah nampaknya sekarang sudah mula nak bersarang semula di kalangan masyarakat.

Tengok rancangan TV sekarang, penuh rancangan tahyul dan syirik. Apa ke jadahnya? Balik-balik cerita hantu sana, cerita seram sini, syirik sana, tahyul sini , sampai dibincangkan di parlimen. Apa jawab orang yang bertanggungjawab? Oh, itu kehendak semasa, perlulah ikut permintaan semasa. Laaa. apa punya Ma*#?*# jawapan. Sepatutnya apa yang ditayang, dipersembahkan untuk umum ada kebaikan, 'ada hala tuju bukannya tak tentu hala.' Quoting Ustaz. Sesuatu yang membina dan memperkukuh minda ini sebaliknya mengundur ke belakang ke zaman di mana tahyul bersarang di minda masyarakat. Malang,malang.

Inilah akibat apabila soal penyucian aqidah ini tidak diambil berat.

Oh! Kami belajar pepatah Arab hari ni : " Bagaimana kamu melayan orang hari ini begitulah esok orang akan melayan kamu" Kalau kita mahu dilayan dengan baik nanti, maka hari ini kita pun perlulah melayan orang dengan baik. Mmmm... interesting.




No comments: