Sunday 18 November 2012

Kita bersama Gaza










Hari ke 5, serangan berterusan Israel ke atas bumi Palestin. Sangat biadap.Apa kah yang mampu kita buat dari sini? Saudara Islam kita di sana berterusan diserang dari segala arah, tindakan tidak bermaruah oleh regim zionist. Bagaimana kita di sini melihatnya? 

 Oh, semalam  dan hari juga ramai yang sangat bergembira dalam cahaya gemerlapan, lip-lap di sana sini, dedah situ, dedah sini atas nama seni ( entah ke hapa faedahnye pon?)bertepuk riang sakan menghabisi malam dengan bersuka-ria. Seketika mereka cuba membawa kesedaran tentang suasana di Gaza ( ikhlas ke pon?). Begitulah mereka hidup di dalam dunia mereka. Apa kisahkan sangat mereka di Gaza tu,yang penting kita kena popular , ye tak ? Nanti tak boleh cari makan pulak. Sungguh sangat tidak sensitif dengan kesedihan dan penderitaan mereka di sana.
 
 Saudara kita di sana diserang,ramai yang syahid pastinya. Anak-anak kecil juga dibedil ( supaya tiada kesinambungan perjuangan? ) Oh, apa kah yang mampu kita saudara seagama di sini lakukan? Terus bersuka ria bagai ( bagai artis2 itu ) macam tiada apa yang berlaku di luar sana. 

Sedih,sayu, simpati. Itulah yang termampu dikatakan. Hanya doa , Ya Allah! Berikan mereka, pejuang-pejuang Mu semangat untuk terus bangun berjuang,berikan mereka kemenangan dan hancurkan musuh Islam yang nyata itu sebagaimana telah Engkau lakukan terhadap tentera Abrahah. 

 Mari kita sama-sama boikot apa yang patut kita boikot. Say NO to McD dan banyak lagi produk lain yang menyokong zionist. Tengok bagaimana mereka mahu membeli jiwa kita dengan pemberian percuma muffin untuk sarapan esok.... adohai, kita lihat siapa yang terjual jiwanya...esok....





.

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH 

 Moga Tahun ini kita menjadi lebih baik lagi

bertambah iman, dimurahkan rezeki,

istiqamah dalam ibadah

dan sentiasa dalam peliharaan ALLAH.


Salawat dan salam bagi mu Ya Rasulullah saw.

 





Saturday 10 November 2012

10.11.12

Cantik kan tarikh ni.
Tak da apa sangat nak tulis. Saja nak rakam tarikh cantik ni.

Apa-apa pun wishing my boys and gals all.

" Good Luck and do your best for MUET today."






Monday 5 November 2012

Selamat Berjaya

Kepada anak-anak sekalian yang menduduki peperiksaan 

SPM, STPM Modular dan STPM Terminal di doakan moga

 berjaya didalam peperiksaan kalian dengan cemerlang. 

Insyaallah.