Monday 29 March 2010

Hujung Minggu yang lalu

Alhamdulillah, baru saja melalui hujung minggu yang menggembirakan.

Syukur kerana akhirnya hasrat untuk menjamu mereka yang hadir di majlis ilmu tercapai . Alhamdulillah ,Ya Allah semoga kami diberi peluang sebegini lagi di masa-masa hadapan dengan rezeki yang telah Engkau kurniakan..

Yours truly juga teramat gembira apabila mendapat tahu seorang bekas pelajar telah diberi hidayah oleh Allah dan kini telah menjadi seorang dari saudara seagama. Alhamdulillah gembiranya. Pada mulanya yours truly agak ragu-ragu apabila disapa oleh beliau dengan ucapan salam. Namun apabila diberitahu mengenai hidayah yang telah diterimanya, tiada ucapan lain hanya syukur dan doa supaya beliau terus diberi hidayah dan melalui cabaran dengan mudah dan tenang.

Syukur juga dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang telah mengizinkan kami untuk terus mengikuti kuliah Ustaz Kamal ( yang terasa sangat sekejap...eh dah habis? ) Masyaallah, ramainya jamaah..

Kuliah 'Fiqh Keutamaan' oleh ustaz yang sama juga mengajar kita memilih keutamaan, mana yang lebih afdal untuk didahului......

Oh, luasnya Rahmat Allah yang kita tidak tahu dan tidak sedar.


Wednesday 24 March 2010

Untuk Sahabat ku Puan Mar, Teluk Intan

Tahniah!
kerana dah jadi ibu mertua,
dapat menantu di usia muda.

Maaf kerana tak dapat
hadir hari tu
Senang cerita, bukan di sengaja
ada kursus yang dihadiri.
maaf ye kawan
panjang umur, Insyaallah
menantu kedua boleh le merasa
nasi minyak dan lauk pauk
special masakan jawa kannn...

Apapun tahniah sekali lagi.
Envy le kita
bila nanti
mike ada yang panggil
'mmbok', 'opah',
Oh, Congratulations!!!!!



Saturday 20 March 2010

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Cantik kan.

Kami berkesempatan Asar di masjid ini,hari tu
( salah satu yang terindah di Malaysia )

Dari sisi

Sejuk dan nyaman serta tenang.

Ruang rehat di luar

Indah dan bersih

Dari ruang solat muslimah .
Ada pengajian sedang berlangsung di ruang solat lelaki.

Ukiran nama-nama Allah di siling yang cantik





Monday 15 March 2010

Program berjaya

Alhamdulillah, projek rintis kami berjaya dan sambutannya juga menggalakkan. Pelajar-pelajar dari berapa institusi berdekatan menggunakan peluang mencari maklumat yang mereka perlukan.

Alhamdulillah sekali lagi dan ini rasanya akan membuka ruang yang luas untuk mereka mendapat pendedahan dan bimbingan bagi mata pelajaran yang lain pula. Insyaallah.

Kelihatan antara mereka yang terlibat. Pelajar perempuan mendominasi nampaknya.

Senyum.....




Friday 12 March 2010

Cuti datang lagi....

Selamat Bercuti
Cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar.

Selamat merehatkan minda tetapi tugas sebagai cikgu dan pelajar tetap berjalan kan.

Yours truly akan memulakan cuti dengan memberi sedikit khidmat kemasyarakatan di masjid untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan di akhir April nanti. Semoga ianya akan dapat membantu mereka.

Selain dari itu rasanya cuti kali ni ramai nampaknya kawan-kawan yang bakal menerima menantu. Jadi hujung minggu pastinya majlis mengisi perut dan beramah-mesralah kot.


Saturday 6 March 2010

Mini reunion

Sesekali dapat berjumpa rakan lama seronok sekali kerana ia mengembalikan cerita-cerita lama yang mmm... pastinya tidak akan dapat berulang lagi.

Seorang kawan telah mendapat rezeki yang melimpah, dikurniakan double dg52 dalam usia yang muda. Seorang lagi bakal mendapat menantu dalam usia yang sama. Rezeki dari sudut yang lain pula. Manakala seorang lagi berbahagia dan positif dengan kedudukan yang dipegangnya sekarang. Sentiasa penuh dengan falsafah yang positif dan motivating. Ada seorang lagi yang tidak pernah gagal mengusik mengenai nama yours truly dan ya, ianya bertepatan pun dengan maknanya.

Seorang lagi kawan mempunyai anak yang sedang berada di Australia meneruskan pelajaran. Mmm seronok pastinya. Oh yes, tak lupa, jumpa dua orang ex-boss yang masih lagi macam dulu. Kedua-duanya kelihatan ceria dan masih sihat. Bahagianya mereka.

Yang pasti hubungan yours truly dengan mereka masih seperti dulu, ceria dan mesra. Kita tidak dipisahkan oleh pangkat dan kuasa. Syabas, kawan-kawan ku semua. Teruskan dengan sikap yang ada kerana sombong dan meninggi diri tidak kemana.


Friday 5 March 2010

The Masks


Oh! Menarik sekali topeng-topeng yang dipakai oleh hero-hero ini.

Mmmm... kalau kita perhatikan banyak filem Hollywood memaparkan hero yang bertopeng . Ada Zorro, ada Spiderman, Batman, Jim Carey dengan 'Mask' nya, Friday 13th , Phantom of the Opera, Iron Mask, dan macam-macam lagi.


Topeng yang dipakai Jim Carey yang merubah wataknya sama sekali. Begitu juga dalam Friday 13th, the serial killer berselindung di sebalik topeng untuk menutup wajah sebenarnya, the phantom of the opera juga begitu. Watak villain mempunyai 2 karektor yang berbeza baik dan jahat dalam keadaan bertopeng. Dia bertopeng untuk menutup cacat di mukanya dan seterusnya berjaya melakukan kebaikan dan kejahatan dengan berlindung di sebalik topeng tersebut.

Hari ini , jika kita bijaksana,kita akan mampu melihat ramai pemakai topeng ini di mana-mana. Oh, tentu sekali mereka tidak meminjam topeng zorro atau pun spiderman mahu pun batman. Jika topeng ini yang mereka pakai pastinya akan jelas kelihatan niat sebenar.

Topeng yang mereka pakai memang tidak kelihatan dengan mata kasar dan si pemakai amat bijak sekali menggunakan topeng untuk menutup apa saja kelemahan, kecacatan, kekurangan yang ada pada dirinya. Pemakai topeng cukup berhati-hati supaya topengnya tidak tertanggal dan berusaha mengaburi pandangan orang lain.


Tidak dapat dinafikan pemakaian topeng ini sudah menjadi lumrah dalam apa sahaja situasi, baik dari kalangan lelaki mahupun wanita. Apa sahaja niat mereka maka topeng akan dikenakan mengikut kesesuaian. (Apakah ada persamaan dengan topeng yang dipakai oleh Jim Carey ?)
Pemerhati yang bijaksana pastinya akan dapat melihat gerak-gaya, tutur-bicara, penampilan dan sebagainya akan berubah mengikut kemahuan dan keperluan si pemakai topeng.
Namun, hanya jauharilah yang dapat mengenal manikam.






Tuesday 2 March 2010

Bandar @ kampung

Banyak yang boleh diperhatikan di sekeliling kita dan banyak yang boleh dijadikan pengajaran. Terdapat juga perkara yang boleh dijadikan sempadan. Semuanya terpulang pada diri untuk menilai setiap suatu yang berlaku itu.

Kadang-kadang kita perhatikan banyak perkara pelik yang berlaku di sekeliling kita. Semuanya itu berlaku mungkin ada yang di sengajakan atau mungkin juga tanpa sedar.

Baru-baru ini terlihat juga beberapa perkara yang pelik yang mungkin juga boleh difikirkan. Kampung yang nak menjadi bandar dan bandar yang nak menjadi kampung. Bayangkan bandar yang sudah selesa dengan kemudahan dan pembaharuan yang lebih baik dari kampung tiba-tiba berusaha dan mahu berubah dan mengundur untuk menjadi kampung. Tak pelikkah?
Di sebaliknya pula , kampung yang beria-ria untuk menjadi bandar dan berusaha melepasi kemampuan cuba membandarkan dirinya. Ini tidak pelik kan?

Apapun resam di dunia ini memang pelbagai. Ada yang selesa dengan kehidupan kampung dan ada yang selesa dengan kehidupan bandar. Masing-masing punya keistimewaannya. Namun rasanya untuk mundur ke belakang, itu adalah suatu usaha yang pelik dan menentang arus.
Tak gituuu?


Monday 1 March 2010

Hujung Minggu terisi.

Hujung minggu yang baru berlalu penuh pengisian. Menyeronokkan dan banyak pengajaran yang dipelajari.

Alhamdulillah diberi ruang dan peluang oleh Allah atas sebab rahmat dan kasih sayangNya, maka telah berkesempatan mengikuti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Kamal Ashaari. Sungguh padat dan menyentuh sekali isi pengajiannya.

Kita selalu lalai dan lupa dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah. Kita kadang-kadang lupa bahawa apa yang kita terima ,yang kita nikmati semua itu adalah atas rahmatNya. Ada yang dalam bentuk yang kita suka dan ada yang dalam bentuk ujian sesuatu yang kita tidak suka.

Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa ujian yang datang melanda itu sebenarnya adalah satu rahmat. Kita sepatutnya bersyukur kerana dengan datangnya ujian itu kita menjadi hambaNya yang lebih taat dan lebih baik. Sebenarnya Allah menyayangi kita dan mahu kita mendekatkan diri denganNya melalui ujian yang diberi.

Sebaliknya pula, nikmat yang diperolehi, kesenangan atau kejayaan atau kuasa bukan bermakna mendapat kasih sayang Allah, kerana, kadang-kadang dengan kejayaan dan kehebatan yang diperolehi kita boleh jadi lupa, boleh jadi bongkak, ujub, riak ,boleh lupa diri. Namun jika kita mampu mengawal sifat-sifat mazmumah ini, bahagialah kerana kita berada dalam kasih sayang Allah.

Hidup kita sememang penuh dengan kasih dan sayang dari Allah, maka hargailah kasih sayang itu.