Friday 5 March 2010

The Masks


Oh! Menarik sekali topeng-topeng yang dipakai oleh hero-hero ini.

Mmmm... kalau kita perhatikan banyak filem Hollywood memaparkan hero yang bertopeng . Ada Zorro, ada Spiderman, Batman, Jim Carey dengan 'Mask' nya, Friday 13th , Phantom of the Opera, Iron Mask, dan macam-macam lagi.


Topeng yang dipakai Jim Carey yang merubah wataknya sama sekali. Begitu juga dalam Friday 13th, the serial killer berselindung di sebalik topeng untuk menutup wajah sebenarnya, the phantom of the opera juga begitu. Watak villain mempunyai 2 karektor yang berbeza baik dan jahat dalam keadaan bertopeng. Dia bertopeng untuk menutup cacat di mukanya dan seterusnya berjaya melakukan kebaikan dan kejahatan dengan berlindung di sebalik topeng tersebut.

Hari ini , jika kita bijaksana,kita akan mampu melihat ramai pemakai topeng ini di mana-mana. Oh, tentu sekali mereka tidak meminjam topeng zorro atau pun spiderman mahu pun batman. Jika topeng ini yang mereka pakai pastinya akan jelas kelihatan niat sebenar.

Topeng yang mereka pakai memang tidak kelihatan dengan mata kasar dan si pemakai amat bijak sekali menggunakan topeng untuk menutup apa saja kelemahan, kecacatan, kekurangan yang ada pada dirinya. Pemakai topeng cukup berhati-hati supaya topengnya tidak tertanggal dan berusaha mengaburi pandangan orang lain.


Tidak dapat dinafikan pemakaian topeng ini sudah menjadi lumrah dalam apa sahaja situasi, baik dari kalangan lelaki mahupun wanita. Apa sahaja niat mereka maka topeng akan dikenakan mengikut kesesuaian. (Apakah ada persamaan dengan topeng yang dipakai oleh Jim Carey ?)
Pemerhati yang bijaksana pastinya akan dapat melihat gerak-gaya, tutur-bicara, penampilan dan sebagainya akan berubah mengikut kemahuan dan keperluan si pemakai topeng.
Namun, hanya jauharilah yang dapat mengenal manikam.






No comments: