Monday 1 March 2010

Hujung Minggu terisi.

Hujung minggu yang baru berlalu penuh pengisian. Menyeronokkan dan banyak pengajaran yang dipelajari.

Alhamdulillah diberi ruang dan peluang oleh Allah atas sebab rahmat dan kasih sayangNya, maka telah berkesempatan mengikuti Kuliah Maghrib, Kuliah Subuh dan Kuliah Dhuha oleh Ustaz Kamal Ashaari. Sungguh padat dan menyentuh sekali isi pengajiannya.

Kita selalu lalai dan lupa dengan rahmat dan kasih sayang dari Allah. Kita kadang-kadang lupa bahawa apa yang kita terima ,yang kita nikmati semua itu adalah atas rahmatNya. Ada yang dalam bentuk yang kita suka dan ada yang dalam bentuk ujian sesuatu yang kita tidak suka.

Kadang-kadang kita tidak perasan bahawa ujian yang datang melanda itu sebenarnya adalah satu rahmat. Kita sepatutnya bersyukur kerana dengan datangnya ujian itu kita menjadi hambaNya yang lebih taat dan lebih baik. Sebenarnya Allah menyayangi kita dan mahu kita mendekatkan diri denganNya melalui ujian yang diberi.

Sebaliknya pula, nikmat yang diperolehi, kesenangan atau kejayaan atau kuasa bukan bermakna mendapat kasih sayang Allah, kerana, kadang-kadang dengan kejayaan dan kehebatan yang diperolehi kita boleh jadi lupa, boleh jadi bongkak, ujub, riak ,boleh lupa diri. Namun jika kita mampu mengawal sifat-sifat mazmumah ini, bahagialah kerana kita berada dalam kasih sayang Allah.

Hidup kita sememang penuh dengan kasih dan sayang dari Allah, maka hargailah kasih sayang itu.



No comments: