Saturday 27 February 2010

Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib tadi, sungguh megharukan.Seperti biasa bilangan jamaah memang menggalakkan.Terpaksa berjalan agak jauh sedikit kerana kawasan letak kereta memang penuh. Oh, di ruangMuslimat sahaja aku di saf yang ke 7, kat belakang ada lagi.Dewan utama bilangan makin bertambah.

Tarikan kuliah Ustaz ni memang bagus sekali, sesuai dengan tajuk bulanannya, "Dosa-dosa besar". Ustaz yang lain juga begini. Kuliah mereka memang padat, menyegarkan, menyedarkan, syahdu dan menenangkan. Rugi kalau tak dengar.

Hari ini, ustaz bercakap mengenai dosa besar yang paling utama iaitu mensyirikkan Allah. Bunyinya macam simple tetapi bila dihalusi, amat mudah untuk setiap diri melakukan dosa syirik ini. Mensyirikkan Allah tiada ampun, kecuali bertaubat.

Yang selalu kita nampak syirik ini seperti menyembah berhala, manusia, dll. Tidak ramai yang sedar kadang-kadang apa yang dicakapkan boleh membawa kepada syirik; seperti mengatakan rezeki itu diberi oleh sipolan dan sipolan .Kalau bukan keran sipolan tentunya hidup susah. Ada banyak lagi.

Yang paling syahdu ialah ketika Ustaz mengimbau saat-saat roh Rasulullah dicabut oleh malaikat Maut. Aduhs!Ramai yang mengalirkan air mata. Bagaimana sayangnya Baginda kepada ummatnya, iaitu kita. Disaat akhir sebelum berpisah roh dengan jasad pun masih lagi bertanyakan Jibril akan ummatnya, bukan bertanya tentang isteri, anak, atau hartanya. ( kalau kita ?)

Selawat dan Salam Ya Rasulullah, Ya Habibullah. Tiada manusia yang lebih agung dari mu dan lebih layak diingati dan dihormati. Pengorbanan mu untuk ummat mu ,Ya Rasulullah tiada siapa mampu tandingi.

Sejahteralah keatas mu Ya Rasulullah ,Muhammad saw. Wahai kekasih Allah.



No comments: