Perkara fitnah-menfitnah memang lumrah alam. Sesiapa sahaja boleh terjebak melakukan fitnah dan difitnah. Kadang-kadang tanpa disedari fitnah boleh berlaku.
Ada yang menfitnah kerana dengki, ada yang kerana marah. Ada juga yang menyampaikan fitnah kerana dendam, kerana kuasa, kerana wang-ringgit dan macam-macam lagilah. Orang biasa-biasa pun ada menyebar fitnah dan kena fitnah, orang besar-besar dan berkuasa pun tak terkecuali ada yang terjebak dalam memfitnah dan juga terkena fitnah. Ada yang fitnah kat satu kampung,cerita itu-ini; ada yang fitnah kat tempat kerja, buat laporan sana-sini; ada juga yang mereka-reka cerita macam nasi tambah dan pelbagai lagi lah.
Ohh, kalau mahu bercakap fasal ini memang panjang. Tentang definisinya, tujuannya, hukumnya dan macam-macam lagi.
Mmmmm jika difitnah...., kita serahkan sahaja kepada Allah. Kan ada mahkamahNya. Tukang fitnah tu nanti jawab le.
Ya..... memang bahaya liisaann.

No comments:
Post a Comment