Tuesday 16 February 2010

Musim panas



Panas,panas begini
alangkah nyamannya jika dapat
menghirup cendol
atau air batu campur,
air kelapa muda,
atau pun menghisap ais kepal yang
kini memang dah tak jual .

Cuaca panas begini
oh alangkah seronoknya
jika dapat
berenang dan berendam
di sungai yang nyaman dan sejuk airnya.

Panas ini
membawa tetamu yang tidak diundang
yang bukan mesra manusia
yang memang merbahaya
masuk ke rumah.

Panas sebegini
ular,lipan, kala
dan apa sahaja
seperti manusia
juga mahukan sejuk,
mahukan nyaman.

Alahai
salah tempat yang dituju,
menjadi tetamu yang tidak diundang.


Maaf,
terpaksa menjadi pemangsa,
mungkin itu lebih baik baginya
dari terpaksa
menderita kepanasan
untuk beberapa ketika.



No comments: