Sunday 27 February 2011

Malang yang tidak berbau...

Boot yang terganggu penggunaannya, buka dan tutup


bumper yang kemek.. aduuhaiii.


Sesungguhnya malang memang tidak berbau.... Dalam perjalanan pulang dari menziarahi ahli keluarga di Pulau Pinang, tanpa di duga dan di sangka-sangka...... sebuah kereta kancil telah meluru apabila bahagian belakangnya disondol oleh sebuah Atos yang tidak ada kawalan brek lalu melanggar belakang kereta kami.

Alhamdulillah, kami semua selamat, memang hentakannya tidaklah terlalu kuat.Di hadapan ada sebuah lori yang sedang bergerak dengan perlahan. Kami sedang menaiki bukit dan kereta kami pun dalam keadan statik ketika itu . Aduhaiii.... Namun rosaknya boleh tahan juga.

Memang panas hati juga apabila si pemandu Atos bersikap kurang ajar, yang boleh memandu keretanya walaupun dalam keadaan brek yang rosak ketika kenderaan begitu banyak di jalan. Cuba berbuat dalih dan seterusnya hilang tanpa dapat dikesan , tidak singgah di Balai Polis pun untuk membuat laporan. Hmmmm ... semoga mendapat pembalasan yang setimpal.Si Kancil pula memandu dengan bayi di pangkuan kalau tak silap..... Haiiiii , sedih sekali.

Sungguh Ya Allah !! Ujian apakah ini sebenarnya ??



Friday 25 February 2011

Mengapa di Christchurch ye??

Sedang kita sebuk mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan apa yang berlaku di Christchurch.

Mmmm.... siapa menduga ? mana sistem pengesan? mana peralatan canggih? Tiba-tiba saja Allah menghantar tenteranya ke situ. Siapakah yang mampu melawan tentera Allah?

Mengapa Christchurch? Sedangkan kita tahu Wellington benar-benar berada di fault lines dan sentiasa mengalami gegaran. ( Kalau tak biasa dan baru berada di Wellington akan terasa seperti berada dalam rumah berhantu, benda-benda bergegar, bergoyang dan berbunyi tanpa ada sesiapa yang menggoyangnya.)

Apakah sebenarnya alamat yang ingin disampaikan?? Kemusnahan pada bandar yang bernama 'Christchurch' dan antara bangunan yang musnah ialah bangunan utama di situ, cathedral nya.

Di situ pusat gegaran.

Banjir melanda.. tenggelamlah pulak

Hebatnya gegaran dari tentera Allah...

Musnah..

Yang cedera..

Antara yang paling teruk musnah, Cathedral nya..... hilang sudah gahnya
( Oh.. pernah memanjat menara Cathedral ini....)


Melihat kemusnahan itu, kita amat mensyukuri nikmat kedudukan kita yang tidak berada di ' garisan api', 'fault lines', 'ring of fire' seperti mana negara lain. Namun , apakah kita pasti kita tidak akan mengalami bencana seperti itu ??

Dengan kerosakan serta maksiat berleluasa yang berlaku hari ini, apa sahaja boleh berlaku tanpa kita mampu menolaknya. Dengan kecurangan penguasa, pemegang amanah, penolakan kepada Islam, membenci ulama, menggemari yang mungkar, menjaja fitnah dan pelbagai lagi.... kebejatan......

Mohon Ya Allah! hindarilah kami dari segala bencana dan keburukan....



Saturday 12 February 2011

Tahniah! Jubilant! Tumpang gembira dengan rakyat Mesir!

Selepas 18 hari, akhirnya.... Diktator pun turun......
Tahniah kepada semua rakyat Mesir dan pendokong keadilan......
Kita pun tumpang seronok. Semoga Mesir tenang kembali...

Dari foto Reuter : Kegembiraan di mana-mana.......... Cuma jangan terlalu leka........








Sujud Syukur kepada Allah....


Sunday 6 February 2011

Cuti Tahun Baru Cina



Okay, keluar dari kisah Mesir seketika. Kita tahu semuanya selamat dan dalam proses penghantaran pulang. Alhamdulillah dan Insyaallah.

Cuti Tahun Baru Cina yang berakhir hari ini memang berbeza kali ini. Dengan sebuk memikirkan hal di Mesir sana nun, makanya tiadalah berpeluang untuk jalan-jalan dan berehat. Di rumah sahaja lah.

Oh.... kali ini memang lain suasananya. Cuti yang panjang menyebabkan ramai warga kota pulang ke kampung. Di lebuhraya dengarnya sesak kemain.Di luar sana tu pula ketika ini jalan utama utara -selatan sedang 'jam' berderet-deret kereta menuju ke selatan. Masa cuti hari raya puasa dahulu pun tidak begini. Bising sungguh. Yang bawa kereta laju tu macam dah tak sabar-sabar sangat sampai tak peduli orang lain.

Dalam keadaan sesak dan jam ini ada pula yang tidak punya etika dan budi bahasa memotong lagi deretan kenderaan di hadapan. Tak sabar-sabar.Dah tu menggunakan laluan yang salah pula. Kenderaan dari hadapan pula laju-laju belaka. Karang tak fasal-fasal ada 'accident' kat depan rumah ni. Ishhh!!

My second half ke Ipoh pun mencari laluan alternatif lalu jalan kampung dari Sungai Siput. Emm... entah pukul berapa pulalah agaknya akan sampai ke rumah. Penangan cuti tahun baru cina kali ini. Bila pula lah agaknya trafik kat depan rumah ni nak balik normal. Rungsing pulak dengar bunyi bising .....
Mmmmm tak boleh keluar rumah lah nampaknya....


Friday 4 February 2011

Mohon segalanya lancar dan selamat.

Hari ini genap seminggu demonstrasi besar-besaran di Mesir dan selepas Jumaat hari ini satu lagi massive gathering akan diadakan.

Kami masih lagi diselubungi kebimbangan walaupun kami tahu keadaan mereka - pelajar Malaysia semua selamat di sana. Evacuation sudah bermula, namun sebenarnya banyak kekangan yang perlu dilalui. Ada penerbangan semalam yang terpaksa ditunda. Masalah curfew. Pergerakan masa adalah terbatas. Semua nya perlu dilakukan dalam waktu yang terhad itu. Tidak termasuk masalah airport yang jam. Kebenaran mendarat dan macam-macam lagi.....Aduuhaaii!!

Hari ini pula masih samar-samar kerana semua tahu apa yang akan berlaku di Dataran Merdeka itu. Rasanya lebih ramai yang akan datang menyertai demonstrasi itu. Jika minggu lalu ia agak aman jika tidak kerana tindakan polis, minggu ini dengan adanya kumpulan pro kerajaan , pastinya keadaan berbeza. Malang sekali kumpulan pro Mubarak ini hanya dengan upah yang sedikit mereka sanggup merendahkan nilai diri untuk menyokong rejim yang majoriti rakyat menolak. ( Oh... mereka memang perlukan wang..... maka nilai diri itu tolak tepi)..... Oh.. semoga dipermudahkan... dan pergerakan dapat berjalan seperti dijadualkan....


Ya Allah! Mohon kemudahan segala yang telah diatur agar berjalan lancar dan selamat...




Wednesday 2 February 2011

Kabornya.....

Kabornya deme udah ngantor pesawat nak mawak keluo pelajor Malaysia dari Mesir. Alhamdulillah. Walo pun lambat bertindak berbanding dengan kerajaan dunia yang lain , tindakan itu ade, terima kasih le.

Di harapkan jangan le ade pilih kasih antara budak tajaan dengan budak persendirian. Mereka semua tu rakyat Malaysia juga. Apa-apa pun dengornya deme dah ngutip nombor passport bebudak tu, untuk tujuan visa le kot. Alhamdulillah. Semoga bantuan akan cepat tiba dan proses evacuation akan berjalan lancar dan disegerakan.

Kabornya, kape laut sampe hari Jumaat, kape terobang dah mula bertolak petang ni. Semoga pelayaran dan penerbangan selamat menuju destinasi dan berjaya dalam misi mereka. Insyaallah.

Moga Allah melindungi semua yang terlibat.
Ya Allah! pelihara lah sekalian mereka dan selamatkan mereka dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Amiin.