Sunday, 6 February 2011

Cuti Tahun Baru Cina



Okay, keluar dari kisah Mesir seketika. Kita tahu semuanya selamat dan dalam proses penghantaran pulang. Alhamdulillah dan Insyaallah.

Cuti Tahun Baru Cina yang berakhir hari ini memang berbeza kali ini. Dengan sebuk memikirkan hal di Mesir sana nun, makanya tiadalah berpeluang untuk jalan-jalan dan berehat. Di rumah sahaja lah.

Oh.... kali ini memang lain suasananya. Cuti yang panjang menyebabkan ramai warga kota pulang ke kampung. Di lebuhraya dengarnya sesak kemain.Di luar sana tu pula ketika ini jalan utama utara -selatan sedang 'jam' berderet-deret kereta menuju ke selatan. Masa cuti hari raya puasa dahulu pun tidak begini. Bising sungguh. Yang bawa kereta laju tu macam dah tak sabar-sabar sangat sampai tak peduli orang lain.

Dalam keadaan sesak dan jam ini ada pula yang tidak punya etika dan budi bahasa memotong lagi deretan kenderaan di hadapan. Tak sabar-sabar.Dah tu menggunakan laluan yang salah pula. Kenderaan dari hadapan pula laju-laju belaka. Karang tak fasal-fasal ada 'accident' kat depan rumah ni. Ishhh!!

My second half ke Ipoh pun mencari laluan alternatif lalu jalan kampung dari Sungai Siput. Emm... entah pukul berapa pulalah agaknya akan sampai ke rumah. Penangan cuti tahun baru cina kali ini. Bila pula lah agaknya trafik kat depan rumah ni nak balik normal. Rungsing pulak dengar bunyi bising .....
Mmmmm tak boleh keluar rumah lah nampaknya....


2 comments:

PakNgahYobKider said...

Ate anok mike udoh selamat balik ke..atopun ada di mesir lagi yong oihh. Itu le ghope yekkk...udoh ngaji jauh2 dilantok dek deme hughu haghe pulok. Teman nyokong pase deme ngulenkan proksi amerika yahudi tu...tapi ghiso le juge yang jahat2 tu ngocoh bebudok kite. elok le deme balik dulu.

ummuaimi said...

Salam Pak Ngah.
Anak teman tengah ini udah sampe di Jeddah, tapi idak le tau bile deme nak ngantor balik ke Malaysia. Udah riso he lain pulok.

Teman pun nyokong juge apa yang dibuat dek deme di Mesir nun tapi riso pulok ke anok.