Friday 25 February 2011

Mengapa di Christchurch ye??

Sedang kita sebuk mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah, tiba-tiba kita dikejutkan dengan apa yang berlaku di Christchurch.

Mmmm.... siapa menduga ? mana sistem pengesan? mana peralatan canggih? Tiba-tiba saja Allah menghantar tenteranya ke situ. Siapakah yang mampu melawan tentera Allah?

Mengapa Christchurch? Sedangkan kita tahu Wellington benar-benar berada di fault lines dan sentiasa mengalami gegaran. ( Kalau tak biasa dan baru berada di Wellington akan terasa seperti berada dalam rumah berhantu, benda-benda bergegar, bergoyang dan berbunyi tanpa ada sesiapa yang menggoyangnya.)

Apakah sebenarnya alamat yang ingin disampaikan?? Kemusnahan pada bandar yang bernama 'Christchurch' dan antara bangunan yang musnah ialah bangunan utama di situ, cathedral nya.

Di situ pusat gegaran.

Banjir melanda.. tenggelamlah pulak

Hebatnya gegaran dari tentera Allah...

Musnah..

Yang cedera..

Antara yang paling teruk musnah, Cathedral nya..... hilang sudah gahnya
( Oh.. pernah memanjat menara Cathedral ini....)


Melihat kemusnahan itu, kita amat mensyukuri nikmat kedudukan kita yang tidak berada di ' garisan api', 'fault lines', 'ring of fire' seperti mana negara lain. Namun , apakah kita pasti kita tidak akan mengalami bencana seperti itu ??

Dengan kerosakan serta maksiat berleluasa yang berlaku hari ini, apa sahaja boleh berlaku tanpa kita mampu menolaknya. Dengan kecurangan penguasa, pemegang amanah, penolakan kepada Islam, membenci ulama, menggemari yang mungkar, menjaja fitnah dan pelbagai lagi.... kebejatan......

Mohon Ya Allah! hindarilah kami dari segala bencana dan keburukan....



1 comment:

Anonymous said...

this blog is a bit racist or should i say menyentuh sensitivity agama.... so jaga2 nanti timbul pulak masalah yang tidak dikehendaki pulak....