Wednesday 28 July 2010

Perpaduan

Tak habis-habis isu perpaduan ni.

Yang satu puak tu, tak faham-faham ke, orang dah tak hendak. Pinggan tak retak, nasi pun tak dingin. Kalau orang dah tak hendak tu, faham-faham lah. Ini tak habis-habis, hidung tak mancung, pipi yang tersorong-sorong.

Nawaitu tu kena jelas kan. Apa nawaitu nya? Kalau setakat untuk perjuangan dunia , terbatas hanya untuk kesejahteraan duniawi je, elok le cari orang lain.

Yang tidak masuk akal ialah pencetus semula isu ini selepas ianya dah senyap dan sejuk. Agamawan yang memperjuangkan assobiah, apa ke he nye ni?
Ish..ish..ish...ish...

Alahai... takkanlah mahu dipatuk lagi dalam lubang yang sama.



Wednesday 21 July 2010

Sampai bile?

Mmm... sampai bila lah agaknya?
Tak fahamlah!!
Kata pandai sangat mengurusi pelbagai perkara,

Ni yang asyik naik je
harga benda-benda ni
apa ke fasalnya?

Kata tak ada siapa lagi
yang pandai urus-tadbir sana-sini
Kalau pandai takkan le
sempit hidup jadinya
bagi yang memang sudah sedia sempit.
Yang lain pun hidup
rasa terhimpit
Sana-sini kena berduit.

Alahai, kesian...

Sudah tidak pandai mengurus;
sudah diberi lebih dari
separuh abad dah
Maka, eloklah bagi pada
mereka yang lebih
berupaya mengurus,
yang lebih telus,
lebih terurus.

Tiada siapa yang nanti menikus-menikus,
tiada yang bertukar peranan isteri dan suami
Ish.ish,ish....... mengarut sungguh,
Macam tu pun
boleh ada....

Kalau tidak takut kepada
Hari Pembalasan
Hah! inilah jadinya.
Hak orang jadi hak kita,
lantakle orang susah
janji aku kaya,
Peduli apa yang orang kata
janji aku boleh pusing dunia.
Barang kubeli penuh berkereta.

Mmmmm... yang bersubahat
mengiakan dan membenarkan
meletakkan dan merestunya
selama-lamanya....
tunggu.........
Mahkamah Rabbul Jalil ada..





Sunday 18 July 2010

Kemanisan Iman

Jika kita dapat melakukan 3 perkara ini, maka kita akan dapat merasai akan kemanisan iman itu;

1. Mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kepada yang lain, ( Anak, isteri,suami, keluarga, harta, pangkat, kedudukan dll)

2. Jika menyintai sesama manusia hanya kerana Allah. ( Bukan kerana nama, pangkat, gelaran, kemewahan dll )

3. Bencinya kepada kekufuran sebagaimana ia benci ia untuk masuk ke neraka. ( benci juga kepada apa yang boleh membawa kepada kekufuran seperti arak , judi, zina, riba' dll )


Hadith Rasulullah.


Wednesday 14 July 2010

Tak Faham.

Mmmmm tak faham, ramai yang cuba sendiri-sendiri membuat tafsiran ayat al quran.


Contohnya,


Al Baqarah ayat 30 : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Khalifah mesti bertugas di tengah kelompok masyarakat besar yang bertamadun. Jelas Adam bukan manusia pertama dan bukan manusia primitif.


Maka berbincanglah mereka di laman sosial membicarakan mengenai kemungkinan Adam bukan manusia pertama dan masing-masing membawa hujah dan teori serta hukum akalnya.

Kata Pak Ustaz , menafsir al quran memerlukan penelitian, perlu mahir Bahasa Arab kerana bahasa al quran itu ialah Bahasa Arab tinggi yang mempunyai makna yang berlapis-lapis. Ia adalah wahyu dan jika hanya menggunakan hukum akal ,tafsiran boleh membawa maksud lain.

Ada ayat di satu surah akan berkait dengan ayat lain dalam surah yang lain pula untuk menjelaskan lagi maksud dan kefahaman satu-satu ayat . Tidak seperti apa yang cuba difahami oleh pemberi pendapat di atas tu. Terdapat pelbagai kisah dan cerita di dalam al quran, perintah dan penerangan.

Malah ada yang melihat alquran sebagai 'karya agung'. Eh, mana mungkin menyamakan al quran sebagai karya, dah seolah-olah macam hasil Shakespeare, Elliot, Emerson dll pulak. Ia adalah petunjuk dari Allah Pencipta. Bukan karya.

Begitulah apabila kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga. Ilmu wahyu perlukan guru dan penelitian dan tidak lah sewenang-wenangnya boleh dibuat tafsiran hanya dengan menggunakan akal sahaja. Alquran tidak mungkin boleh dibincangkan dengan begitu sahaja tanpa membuat rujukan hadith dan sebagainya.


ps..... dah aku pula yang dikatakan menggunakan hukum aqal, sedangkan apa yang ku katakan adalah apa yang ku pelajari dari kelas tafsir ku. ikut suka dia lah....






Monday 12 July 2010

Mengapa Ye?

Mengapa ye dan kenapa ? Sudah jelas arahan dari Allah di dalam al quran bagi wanita supaya menutup auratnya , seluruh badan kecuali muka dan tangan. Namun begitu degil sekali mereka yang tetap enggan menutup aurat mereka.

Amat malang jika mereka ini terdiri dari isteri kepada pembesar-pembesar yang sepatutnya menjadi contoh masyarakat bawahan. Bagaimana mungkin mereka ini di jadikan pilihan dan ikutan sedangkan secara jelas mereka ini tergolong dalam kempulan manusia yang engkar perintah Allah. Sangat jelas sekali! Bagaimana mungkin kita mengikuti mereka apabila secara terang-terangan mereka mendustai ayat-ayat Allah. Layakkah mereka ini kita jadikan pilihan? Jika sudah ketuanya ramai yang engkar apakah yang akan terjadi kepada anak buahnya pula.

Apabila isteri mereka seenaknya dibiarkan mendedahkan aurat mereka tanpa larangan oleh si suami , jelas keangkuhan mereka terhadap arahan Allah. Malah dengan begitu bangga sekali menayangkan pelbagai fesyen dan warna rambut. Amat jelek sekali kerana sudah nampak jelas umur melepasi setengah abd melalui raut muka masing-masing, namun rambut masih kekal hitam dan ada pula yang meminjam warna rambut orang Eropah untuk menutup uban di kepala. Ish,ish,ish..... Kalau ye pun untuk suami , sorok-soroklah di dalam tudung.

Kenapa ramai yang memandang mudah perkara ini? Jika sehelai sahaja sudah menjanjikan bilangan tahun yang berganda-ganda, bagaimana pula dengan satu kepala? Bukan yang mendedahkan sahaja dapat dosa , yang memandang juga mendapat sahamnya. Alahai, saham yang tidak menguntungkan.

Oh! ada pula yang mengatakan, "Belum sampai seru". Eh, yang al-quran tu tak menyeru ke?
Mmmm banyak sebenar nya untuk diulas.......

Apapun jika perlu memilih, berhati-hatilah ketika membuat pilihan. Jangan terlalu berpegang dengan 'don't judge a book by its cover' kerana ini terang-terang adalah ayat dan perintah Allah dan bukan membanding kulit dan isi buku.





Sunday 11 July 2010

Derma atau tidak ???

Memberi derma dalam keadaan terpaksa?? Pernah melalui keadaan ini?? Oh!! trend semasa yang agak mengganggu. ( rasanya)

Kini ramai menggunakan tektik ini. Pemungut derma ini akan berkumpul di hadapan pintu bank ( kalau kat sini Maybank le) dan akan menunjukkan resit derma kepada pelanggan bank yang keluar. Mmmm.. bagaimana perasaan anda yang baru sahaja mengeluarkan wang dan diunjukkan resit untuk membina surau, masjid, rumah anak yatim dan macam-macam lagi perkara kebajikan? Ada resit dua ringgit, lima ringgit dan bermacam lagi. Siap ada surat kebenaran yang difotostat lagi.

Paling mudah unjuk sahajalah kan. Tidak perlu persoalkan samada ianya betul atau pun sebaliknya. Beri dengan ikhlas dan berdoa semoga Allah terima sedekah kita itu.

Sebaliknya, jika saban waktu kita didatangi atas urusan yang serupa setiap kali kita mengeluarkan wang di bank, ia sudah menjadi satu gangguan " harassment' pula. Kita boleh kenal mereka kerana saban waktu mereka akan ada di situ, berhari-hari dan berminggu-minggu, malah ada yang berbulan-bulan. Peliknya tidakkah terfikir oleh mereka bahawa pelanggan bank tersebut akan kenal mereka dengan mudah.

Tidakkah ada cara lain untuk memungut derma selain dari menunggu di depan pintu bank dengan kerusi dan resit. Begitu mudah sekali mengumpul wang, dengan berdiri ( ada juga yang bawa kerusi) dari pagi hingga ke petang -"menahan lukah di pergentingan". Di mana ye rasa "conscience" mereka?

Derma perlu ikhlas, jika tidak ianya adalah sia-sia. Wang diberi tetapi pahalanya tiada. Malanglah jika ramai yang "dipaksa" berbuat demikian. Pemungut derma ini memang tidak peduli akan hal ini, yang mereka tahu hanyalah untuk mengumpulkan seberapa banyak wang yang boleh ( dan kita pun tidak tahu samada apa yang mereka kata itu wujud atau tidak).
( Secara luaran jika dilihat dengan cara berpakaian mereka, tentunya mereka arif tentang hukum -hakam) Namun, ramai manusia suka memakai topeng .......

Apakah dan siapakah yang akan dipandang rendah dan lemah si sebabkan oleh aktiviti-aktiviti sebegini? Tidak payah fikir dah tahu jawapannya......



Wednesday 7 July 2010

27 Rejab

27 Rejab datang lagi. Tarikh penting dalam Sejarah Islam.

Marilah kita menghayati keseluruhan peristiwa tersebut dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku di sepanjang perjalanan Baginda Rasulullah saw dan seterusnya memastikan pelaksanaan perintah yang telah didifardhukan ke atas kita, yakni solat.


Kita imbau secara ringkas sejarah dakwah Rasulullah saw sehingga membawa kepada peristiwa besar Isra' dan Mikraj tersebut.

Dari "Blog Peribadirasulullah" ;

1-3 Tahun Rasulullah SAW dipulau daripada masyarakat Quraisy Mekah. Rasulullah SAW tidak dapat berniaga, tidak dapat membeli-belah, tidak dapat berbicara dengan masyarakat dan tidak mendapat bekalan makanan.

2- Tiada lagi tempat pergantungan seperti Khadijah dan bapa saudaranya.

3- Tiada lagi mereka yang mempertahankan dan melindungi Rasulullah SAW.

4- Rasulullah SAW dihina dengan pelbagai hinaan.

5- Rasulullah SAW telah merasai bagaikan zaman penghujung hidupnya. Baginda telah menerima penderitaan sehingga tubuh Baginda berdarah kerana terkena batu lontaran kanak-kanak di Taif.

6- Langit terbuka dan Rasulullah SAW telah mendapat tawaran Allah SWT.

7- Rasulullah telah mendapat tawaran Rabbani bukan tawaran yang dipohon oleh Rasulullah SAW tetapi Allah SWT sendiri yang telah membuat tawaran tersebut.

8- Allah SWT melayani kehendak Rasulullah SAW sebagaimana Tuan memenuhi segala permintaan hambaNya.

9- Rasulullah SAW telah menerima penghormatan pada waktu malam, segala keberkatan dari langit kebanyakkannya dianugerahkan pada waktu malam kepada semua nabi-nabi Allah SWT.

10- Penghormatan yang paling suci kerana perjalanan dari satu masjid yang mulia dan suci ke satu masjid yang mulia dan suci serta berkat yang berakhir dengan Baitul Makmur.


Ada banyak pengajaran dari peristiwa ini.


p/s :

Dulu kami sentiasa mendapat ilmu sebegini dari kuliah-kuliah ilmu sepanjang Rejab, Sya'aban dan seterusnya Ramadhan.

Teringat kuliah Ustaz Abdullah mengenai peristiwa Isra' Mikraj ini tentang Buraq dan rupa Jibril yang hebat dan sayapnya yang banyak itu.

Oh... itu dulu, kami sentiasa menanti kunjungan ustaz untuk kuliah ilmunya..... Mmmmm... berada di Taman Syurga....



Saturday 3 July 2010

Taman syurga

Singgah-singgahlah di Taman Syurga.

“Apabila kamu melalui (bertemu) dengan taman-taman syurga (di atas muka bumi ini), maka hendaklah kamu berhenti untuk menikmati (hasilnya). Lalu Sahabat pun bertanya: Apakah dia taman-taman Syurga tersebut? Rasulullah berkata: Majlis-majlis ilmu."
Riwayat at-Tabrani.

Dalam hadits lain diceritakan, Rasulullah pernah masuk ke sebuah majelis. Di majelis itu, tampak ada dua kelompok; dimana yang pertama sedang berzikir, sementara yang kedua sedang mempelajari ilmu. Rasulullah bersabda, "Kelompok pertama adalah kelompok yang baik. Mudah-mudahan Allah mengampuni mereka. Sedangkan kelompok kedua yang sedang mempelajari ilmu, mudah-mudahan Allah membimbing mereka ke jalan yang lurus." Kemudian beliau memilih duduk bersama kelompok majelis ilmu.

Rasulullah saw pernah ditanya oleh salah seorang sahabatnya perihal siapakah teman duduk yang paling baik. Rasulullah menjawab, "Orang itu adalah yang bila kamu lihat, dapat mengingatkanmu kepada Allah, menambahkan ilmumu dalam pembicaraannya, dan mengingatkanmu kepada akhirat dari amal-amalnya." Orang-orang yang memiliki sifat seperti diatas-lah yang paling pantas untuk dijadikan teman duduk.

Majelis ilmu, yang didalamnya terdapat orang-orang berilmu dan para pencari ilmu, bukankah Allah memuliakan dan meninggikan derajat mereka karena keberimanan mereka dan ilmu yang mereka miliki? " ... Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan". (QS. Al Mujaadilah:11).

*Nasehat daripada Bekas Iman Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamuddin, bahawa dengan menghadirkan diri di dalam kuliah-kuliah ilmu itu akan menghidupkan hati yang mati dan jahil. Semoga kuliah ilmu ini dapat memberi manafaat kepada kita semua.


oleh,

Ustaz Haji Mohd Khalid b Haji Isa An Nadwi