Wednesday, 14 July 2010

Tak Faham.

Mmmmm tak faham, ramai yang cuba sendiri-sendiri membuat tafsiran ayat al quran.


Contohnya,


Al Baqarah ayat 30 : Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Khalifah mesti bertugas di tengah kelompok masyarakat besar yang bertamadun. Jelas Adam bukan manusia pertama dan bukan manusia primitif.


Maka berbincanglah mereka di laman sosial membicarakan mengenai kemungkinan Adam bukan manusia pertama dan masing-masing membawa hujah dan teori serta hukum akalnya.

Kata Pak Ustaz , menafsir al quran memerlukan penelitian, perlu mahir Bahasa Arab kerana bahasa al quran itu ialah Bahasa Arab tinggi yang mempunyai makna yang berlapis-lapis. Ia adalah wahyu dan jika hanya menggunakan hukum akal ,tafsiran boleh membawa maksud lain.

Ada ayat di satu surah akan berkait dengan ayat lain dalam surah yang lain pula untuk menjelaskan lagi maksud dan kefahaman satu-satu ayat . Tidak seperti apa yang cuba difahami oleh pemberi pendapat di atas tu. Terdapat pelbagai kisah dan cerita di dalam al quran, perintah dan penerangan.

Malah ada yang melihat alquran sebagai 'karya agung'. Eh, mana mungkin menyamakan al quran sebagai karya, dah seolah-olah macam hasil Shakespeare, Elliot, Emerson dll pulak. Ia adalah petunjuk dari Allah Pencipta. Bukan karya.

Begitulah apabila kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak diduga. Ilmu wahyu perlukan guru dan penelitian dan tidak lah sewenang-wenangnya boleh dibuat tafsiran hanya dengan menggunakan akal sahaja. Alquran tidak mungkin boleh dibincangkan dengan begitu sahaja tanpa membuat rujukan hadith dan sebagainya.


ps..... dah aku pula yang dikatakan menggunakan hukum aqal, sedangkan apa yang ku katakan adalah apa yang ku pelajari dari kelas tafsir ku. ikut suka dia lah....






3 comments:

Aa said...

Ynag komen tu tentu orang AMNO tu.

penjejak maya said...

salam,

kalau bab2 agama biarlah yang arif pasal agama sahaja buat tafsiran..

ummuaimi said...

Aa : Mmm entahle.

Penjejak Maya : Benar sekali, kalau setakat membaca tafsir terjemahan tidak payahlah memberi tafsiran sendiri. perlu berguru.