Sunday 11 July 2010

Derma atau tidak ???

Memberi derma dalam keadaan terpaksa?? Pernah melalui keadaan ini?? Oh!! trend semasa yang agak mengganggu. ( rasanya)

Kini ramai menggunakan tektik ini. Pemungut derma ini akan berkumpul di hadapan pintu bank ( kalau kat sini Maybank le) dan akan menunjukkan resit derma kepada pelanggan bank yang keluar. Mmmm.. bagaimana perasaan anda yang baru sahaja mengeluarkan wang dan diunjukkan resit untuk membina surau, masjid, rumah anak yatim dan macam-macam lagi perkara kebajikan? Ada resit dua ringgit, lima ringgit dan bermacam lagi. Siap ada surat kebenaran yang difotostat lagi.

Paling mudah unjuk sahajalah kan. Tidak perlu persoalkan samada ianya betul atau pun sebaliknya. Beri dengan ikhlas dan berdoa semoga Allah terima sedekah kita itu.

Sebaliknya, jika saban waktu kita didatangi atas urusan yang serupa setiap kali kita mengeluarkan wang di bank, ia sudah menjadi satu gangguan " harassment' pula. Kita boleh kenal mereka kerana saban waktu mereka akan ada di situ, berhari-hari dan berminggu-minggu, malah ada yang berbulan-bulan. Peliknya tidakkah terfikir oleh mereka bahawa pelanggan bank tersebut akan kenal mereka dengan mudah.

Tidakkah ada cara lain untuk memungut derma selain dari menunggu di depan pintu bank dengan kerusi dan resit. Begitu mudah sekali mengumpul wang, dengan berdiri ( ada juga yang bawa kerusi) dari pagi hingga ke petang -"menahan lukah di pergentingan". Di mana ye rasa "conscience" mereka?

Derma perlu ikhlas, jika tidak ianya adalah sia-sia. Wang diberi tetapi pahalanya tiada. Malanglah jika ramai yang "dipaksa" berbuat demikian. Pemungut derma ini memang tidak peduli akan hal ini, yang mereka tahu hanyalah untuk mengumpulkan seberapa banyak wang yang boleh ( dan kita pun tidak tahu samada apa yang mereka kata itu wujud atau tidak).
( Secara luaran jika dilihat dengan cara berpakaian mereka, tentunya mereka arif tentang hukum -hakam) Namun, ramai manusia suka memakai topeng .......

Apakah dan siapakah yang akan dipandang rendah dan lemah si sebabkan oleh aktiviti-aktiviti sebegini? Tidak payah fikir dah tahu jawapannya......



No comments: