Tuesday 30 December 2008

Hari ini sudah 4 hari Gaza diserang Yahudi yang dilaknat Allah.

Apakah peranan kita? Mungkin kita hanya mampu melihat penderitaan saudara kita di sana. Sahabat dari Cyprus khabarnya sedang menghantar misi bantuan perubatan dan makanan. Kita di sini bagaimana? Khabarnya juga saudara dari Indonesia sedang berusaha menghantar bantuan. Misi kita bagaimana? Berdemo sahajakah kita?

Jika secara fizikal kita tidak mampu sama berjuang, mari kita panjatkan doa supaya saudara kita di bumi Palestin terus dianugerah Allah dengan semangat keberanian dan berjaya menewaskan yahudi jahanam itu. Jangan berkira jika ada tabung yang perlu diisi untuk saudara kita di sana.

Sesungguhnya, janji Allah itu benar. Hanya Allah yang akan menentukan bila kemenangan Islam akan berlaku .
Salam. Selamat Tahun Baru Hijrah 1430.

Baru sahaja kita menyambut Tahun Hijrah ke 1430, bermakna sudah selama itu peristiwa Hijrah Rasullulah saw berlaku. Setiap tahun dalam melengkapi sambutan Maal Hijrah kita seringkali diingatkan dengan pengorbanan Rasulullah saw meyampaikan 'Risalah' di muka bumi ini. Kita diterangkan bagaimana Baginda (secara fizikal )berhijrah dari Makkah ke Madinah ,melalui berbagai halangan,seterusnya mengenai sambutan kaum Ansar yang tidak berbelah bagi sokongan mereka. Kemudian kita diceritakan dengan peperangan-peperangan yang dilalui oleh Rasullullah dan para sahabat sehinggalah wujudnya Negara Islam Madinah . Dari sini Islam terus tersebar luas ke serata pelusuk alam, syiarnya merata. Kita bersyukur pada hari ini kerana mendapat nikmat Islam yang kita warisi dari nenek moyang kita.

Namun, hari ini nampaknya ada generasi Islam yang kelihatan asing dengan agama mereka. Di negara kita, semasa kebangkitan semula Islam di tahun 70an dan awal 80an, wanita bertudung merupakan fenomena biasa dan yang tidak bertudung pula bilangannya kurang dan mereka ini kelihatan janggal sekali. Tetapi kini, trend berubah semula; yang tidak bertudung sudah kelihatan lebih ramai dan tidak nampak ganjilpun, malah bangga dengan kepelbagaian warna rambut masing-masing.Bertudung seolah-olah hanya fesyen dan ikutan.( Berebut-rebut 'trend setter' memperkenalkan cara pakai tudung yang kadang-kadang jelas tidak mengikut syariat )Ada yang bertudung tetapi seluarnya, baju ...Masyaallah, sendat, ketat ... jarang ... di mana penghayatan sebenar? Hanya ikutan tanpa benar-benar faham ajaran sebenarnya, atau sudah memasuki zon Islam Liberal?

Sempena Hijrah ini, mari kita teladani hijrah Rasulullah saw dan bersama melebarkan dan memperkuatkan Islam di negara kita. Kita perkuatkan jamaah dan dalami Islam sepenuhnya. Semoga kita semua di beri keredhaan oleh Allah hendaknya.

Thursday 25 December 2008

Baki cuti panjang dah nak habis dah , tak sempat nak cutipun. Kesian saya.

Dapat keseronokkan dan ketenangan dengan 'mencerap alam '( walaupun tak ada telescope) Bahagia sangat apabila akhirnya dapat jumpa blog yang update fenomena di angkasa Malaysia ni. Walaupun tak ada lagi telescope tumpang tengok gambar skies kat blog "Tentang Aku" ni rasa puas hati sangat. Alhamdulilah. Sebelum ni surf kat 'Falak online' je. Jumpa blog ni pun melalui 'Tranung Kite'. Bagus sangat.

Minat kat astronomi memang dah lama cuma tak berkesempatan dan kosnya pun boleh tahan juga. Bila baca tafsir al Quran banyak yang diceritakan mengenai angkasa dan cakerawala dan alam semesta.(Esok kami sambung lagi belajar tafsir). Bermula dari Surah al Baqarah lagi. Bagaimana Allah menerangkan kewujudan tujuh lapisan langit. Subhanallah tidak dapat di bayangkan akan luasnya alam ini berserta isinya. Allahuakbar!

Malam ni langit di luar gelap. Cuaca mendung hari ni. Hujan.

Monday 22 December 2008

There are still 2 more days before we say good bye to the kids at the camp. Today the kids presented something on the given countries like China, England, South Africa and Australia. Some did very well, however one group had some difficulties due to some irresponsible members who left whatever notes at home. In time like this cooperativeness is very important.

They practised 'Give thanks to Allah' I want them to perform on the last day of the camp. They kind of enjoy the song/nasyeed. Tomorrow, more activities. I promise them..... may be more chinese whispers. Ha..haa..haa...

Saturday 20 December 2008

Wow, keletihan . Tried my hands at some kind of heavy duty job, kerja kontrak la.. bancuh simen, cangkul tanah etc. It wasn't that long, only about 1 hour. Fooh! Enough for me. It's not that I'm not used to that sort of chores ( I had done it before when I was young) it's the age factor.

I really salute those ladies out there ,despite their age they could still work pushing wheelbarrow loaded with tonnes of bricks and under the hot sun lagi..... for survival. They are still around , at least in my area ,working at the construction site.( Walaupun dah ramai 'alien' around)

Thursday 18 December 2008

Hari ini hari kedua kem, baru gear 2. Baru 3 aktiviti dijalankan. Honestly, rasa lebih selesa melakukannya bersendirian, agak bebas untuk buat apa saja dan boleh ikut taste sendiri and a bit 'gila-gila'. Apapun biarkan saja. Hari ni kita dissect lagu' Greatest love of all' by Whitney Houston. Yang kelakornya, when we played the song ( several times) makcik-pakcik upstairs tengah sebuk belajar Bahasa Arab. Ganggu? Mesti depa faham.

I tried to download 'Gives thanks to Allah ' by Zain Bhika. Managed but in the end , my system collapsed, virus.... EEEE geramnya. kenalah reformat, Habis program 'Kamus University' teman.

Saturday 13 December 2008

Syukur

This afternoon I attended a gathering organised by the"Old Cliffordians' batch of '59.( After 49 years) I was really impressed by the way they organised themselves. At this age they are still energetic, and enthusiastic (most of them ,frankly speaking) Worth mention, among them present were Dato' Mustafa Mansor( President Ol' C'dian,Pres. M'sian Manufacturer Assn) Dato' Abd. Rahim Majid ( X Perak Director of Edu), Hj Abdullah Nodin( X M'sian Soccer ),and Dato Zubir and many others also with 'datuk' title.


I was touched by the speech given by Tn Hj Abdullah Nordin ( the one in dark blue) who in his heydey represented Malaysia in soccer.Greatly admired by his batch( including Dato' Musa Mohamad x -Min. of Edu.)and fellow Cliffordians before and present for his skills and talent. He gave a down-to-earth speech that I hardly heard from any of his batch of' '59 before. A good reminder actually to everyone present .If I may quote 'At this age there's nothing more to look for except blessings from Allah. So, let's all of us seek for His blessings'. He had had all ( when he was young )and now there is nothing worth better than Allah blessings.


It's good to hear them reminisced about their days. I asked a friend what would it be like when we were their age.The reply was, 'If we have a chance' So, live your life to the fullest but you mustn't forget, there's nothing worth better than Blessings from Allah , ArRahman,ar Rahim. Go for worldly things or the hereafter, it's your choice,but remember 'life is just a brief candle'

Thursday 11 December 2008

Met Joshua this morning. Thank you for your time.( Reading my 'written thoughts') Searching high and low for your comments. Elek.try again ya!

Anyway, hope you'll enjoy your new venture at the "Orient". Good luck too with "Appu" and you may come across Pn Alimah there. New students la.

Do keep in touch.

Monday 8 December 2008

Salam E'dil Adha

Salam I'dil Adha.

A little too late to greet everyone. Okay kot. It's the 'niat' that counts. Semoga kita mampu berkorban seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam .Kalau tidak menyamainya pun sekurang-kurangnya berusahalah kita kearah itu. Insyaallah.

(Korban yang mampu kulakukan setakat ini ialah cutiku.. No holidays maa. Anak-anak pun sama. No hols for them.)

Speaking of 'korban' - sembelihan. Al -Fadil ustaz yang mengajar kat masjid di tempat saya mengingatkan jamaah pengertian ibadat dan pelaksanaannya. Kita jangan ambil mudah untuk mengambil bahagian dalam ibadat 'korban' ni, kita kena pastikan siapakah rakan kongsi dalam sembelihan untuk seekor lembu/ kerbau/unta itu. (Kalau seorang 1 ekor tidak mengapalah.)Pastikan mereka juga muslim yang mentaati syariat dari segi solatnya, puasanya dan lain-lain tuntutan agama. Di bimbangi hari akhirat nanti korban kita akan datang dalam keadaan yang cacat tanpa 2 kaki , tanpa ekor dan sebagainya. Bagaimana nanti? Wallahualam.

Kita sebenarnya perlu peka hal-hal sebegini. Lihat sahaja clip takbir di TV3, ejaan ' walilla hil ham' salah dieja. Takkan nak tunggu sampai habis hari tasyrik baru nak diubah. Tak sensitif langsung.

Apapun salam takziah kepada keluarga mangsa landslide Bukit Antarabangsa. Simpati...... maybe ( mean...?) Kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, so kalau takut 'landslide ', jangan berumah di lereng bukit , tak gitu? Yang mampu berumah di lereng bukit pun yang jutawan, setakat gaji di bawah 3K sebulan takkan mampu. Betul tak? tengok rumah jutawan Yusuf Haslam kat lereng bukit tu... bertingkat-tingkat.

Allah Maha Adil dalam memberi ujian kepada hambaNya. Simiskin diuji dengan banjir, angin dan yang sewaktu dengannya. Bagi yang kaya di uji dengan rumah berharga jutaan musnah hanya dengan landslide, kapal terbang jatuh dll yang sesuai dengan kehidupan orang kaya. Perlu redho dan muhasabah. Apa salah ku?

Esok menjanjikan hari yang sebuk. Allahuakbar, walilla hilham.

Thursday 4 December 2008

Oh.. Leganya...

Baru sahaja habis first half....

Next, after the 'idul adha sambung lagi another half.

Saja nak lepas tension...

Monday 1 December 2008

Kembar? Serupa dan tak serupa?

This is interesting.

Hidayati is my kembar kat sini ( depa kata) but I'm too old to be her kembar. Size tak berapa nak beza sangat . Jadi anak je le. And it was nice when I had the opportunity to give away her present in that annual hi-tea. Lawak kan .... and what a coincidence.

Yang bestnya a friend 10+ years younger was mistaken by .............. as me.. Bahagianya....
It's either I look 10+ years younger or the other way round... Jangan marah ye Daeng..... Definitely you look younger than me plus the added value you have ;your size a lot smaller kan... kan.. apapun I was in cloud nine sekejap....ha.. ha..ha...
Apa blog you?

Holidays

It's holiday again.
Macam-macam plan nak buat.
As usual I can never enjoy my holidays. Frankly speaking. Before the school closed, menyebukkan diri untuk normal duty as pemeriksa. A week away from school ,aha itu pun dah menambah stress. Before I left for the meeting, I must complete what need to be completed. So, mana ada can nak rehat.

Come holidays I would be buried in pages and pages and pages of 'writings' Pinau mata.
Letih otak ye. Complete this task , another one coming, ie my english camp pulak, for 2 weeks.
This is another headache. Fortunately , it's just a stone throw from my living room......
Next, I would definitely be busy with the office work pulak..... sampai le the school reopens Alahai.... kesian anak-anak tak merasa cuti sebenarnya.

Next the Hari Raya Haji le pulak.

I think I must do something about this , but camno yo ? Semua tu part and parcel of my job,tak leh nak tolak tepi.

Guess, I must tell them I need a break. Tak gitu. Apa-apa lah.