Monday 8 December 2008

Salam E'dil Adha

Salam I'dil Adha.

A little too late to greet everyone. Okay kot. It's the 'niat' that counts. Semoga kita mampu berkorban seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim alaihissalam .Kalau tidak menyamainya pun sekurang-kurangnya berusahalah kita kearah itu. Insyaallah.

(Korban yang mampu kulakukan setakat ini ialah cutiku.. No holidays maa. Anak-anak pun sama. No hols for them.)

Speaking of 'korban' - sembelihan. Al -Fadil ustaz yang mengajar kat masjid di tempat saya mengingatkan jamaah pengertian ibadat dan pelaksanaannya. Kita jangan ambil mudah untuk mengambil bahagian dalam ibadat 'korban' ni, kita kena pastikan siapakah rakan kongsi dalam sembelihan untuk seekor lembu/ kerbau/unta itu. (Kalau seorang 1 ekor tidak mengapalah.)Pastikan mereka juga muslim yang mentaati syariat dari segi solatnya, puasanya dan lain-lain tuntutan agama. Di bimbangi hari akhirat nanti korban kita akan datang dalam keadaan yang cacat tanpa 2 kaki , tanpa ekor dan sebagainya. Bagaimana nanti? Wallahualam.

Kita sebenarnya perlu peka hal-hal sebegini. Lihat sahaja clip takbir di TV3, ejaan ' walilla hil ham' salah dieja. Takkan nak tunggu sampai habis hari tasyrik baru nak diubah. Tak sensitif langsung.

Apapun salam takziah kepada keluarga mangsa landslide Bukit Antarabangsa. Simpati...... maybe ( mean...?) Kata orang kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, so kalau takut 'landslide ', jangan berumah di lereng bukit , tak gitu? Yang mampu berumah di lereng bukit pun yang jutawan, setakat gaji di bawah 3K sebulan takkan mampu. Betul tak? tengok rumah jutawan Yusuf Haslam kat lereng bukit tu... bertingkat-tingkat.

Allah Maha Adil dalam memberi ujian kepada hambaNya. Simiskin diuji dengan banjir, angin dan yang sewaktu dengannya. Bagi yang kaya di uji dengan rumah berharga jutaan musnah hanya dengan landslide, kapal terbang jatuh dll yang sesuai dengan kehidupan orang kaya. Perlu redho dan muhasabah. Apa salah ku?

Esok menjanjikan hari yang sebuk. Allahuakbar, walilla hilham.

No comments: