Thursday 30 April 2009

Nak Rehat

Penghujung malam tapi masih sebuk menyusun keperluan untuk bercuti,......bukan cuti apa ,cuti dari berblog....I could foresee days full of words. figures, errors , remarks, phone calls, text messages, visiting post office, late night coffee and all sorts starting ....mmmm... today.

I will have to put aside whatever that I might have on mind for a while. However, should there be any space in between, I will find ways to pen down something ...he..he..he.

So, see ya later.

Wednesday 29 April 2009

Melatah

Melatah ini ada macam-macam. Ada yang dibuat-buat, ada keturunan ,ada yang terikut-ikut ada yang saja main-main dan berbagai lagilah.

Ada orang melatah kerana dicucuk pinggangnya, ada yang melatah kerana terkejut, ada pulak kerana ternampak sesuatu, pendek kata ada berbagai sebab juga yang boleh membuat seseorang memulakan latahnya.

Saya pun kadang-kadang melatah juga. Bila penat dan terganggu memang boleh melatah. Bukanlah melatah macam opah-opah selalu buat tu. Tetapi kita akan jadi sensitif dan marah, terasa terkejut, emosional lah , senang kata.

Kalau ada orang kata, kampung kita penduduknya semuanya tak berjenis, jahat belaka macamana ? emosional tak? Tentulah kita melatah kan .Kita adalah sebahagian dari kampung itu. Orang beri pendapat sebab semasa dia datang ke kampung kita , dia tidak dapat layanan yang baik dan memuaskan. Adil ke kesimpulan itu. Padahal kita memang dah selamanya menjadi penduduk kampung tu dari awal berzaman . kita kenal boleh kata semua penduduk kampung kita , tentulah kita tahu apa sebenarnya kebaikan dan kelebihan dan kekurangan kampung kita , jadi adalah tidak adil dicanang seantero dunia bahawa kita semua adalah jahat. Kita boleh memberi pendapat tetapi janganlah kerana nila setitik habis rosak semua susu sebelanga.Mana punya critical thinking ini. ( nak tuntut kat akhirat ni...he..he..he )

ehhhh..ehh....ehh...banyaknye kang kong.

Tuesday 28 April 2009

tiba-tiba

Tiba-tiba terasa rindu

pada waktu-waktu dulu,

lalu aku pun

menerjah ruang maya

mencari koleksi ,

menyusuri tempat yang pernah dilawati

tempat yang mematangkan diri,

yang telah jauh aku tinggalkan.

Cisss! kenapa tiba-tiba pulak

jadi nostalgik ni?

Yaaa... ia menyerang tatkala

menyusuri laman-laman blog

mereka yang pernah jadi teman seperantauan.

Monday 27 April 2009

It's Monday

It's Monday again.Mmmmm I was among the early birds. A lot of things mentioned , done, discussed, carried out , bla..bla....bla...... Not forgetting some sembang kedai kopi. Someone brought up the istory of our BRM. There was this story of someone who wasn't prepared , kind of caught red handed for not keeping track of what to be written in the book, so scared was the person that dia misplacedkan BRM dia. Ada little bird beritahu sampai melepasi Laut China Selatan. Bior betui. We had a good laugh over that matter.

The day ended with a briefing and I think it's high time we have that kind of reminder. Kudos to our ****** I like the part where Harian Metro was quoted on our winning the Perahu Perak Championship. 'Despite sampan bocor , we managed to win' Perhaps the bocor isn't that big. What we are facing now is we've got so many bocors here and there. If we don't do any tampal-menampal activities we might karam la..... Now the Karam Singh library pun dah tinggal nama aje. takut kita pun follow suit juga..... Janganle.

Thus, the call for a briefing memang patut sangat. It's our responsibility la.... and that penerbangan one way trip ke alam barzakh memang sepatutnya menyedarkan kita tentang tanggungjawab masing-masing.

Mmmmmm nice piece of tots. Jazakallah.

Sunday 26 April 2009

Hari Vespa

Sejak semalam Kuala Kangsar dibanjiri oleh vespa,vespa,vespa dan vespa... Mereka berada di mana-mana.Bunyi mereka riuh sekampung, macam-macam rupa ada.Mereka menginap di masjid, sekolah ,rumah tumpangan dan di mana sahaja. Beginilah setiap tahun sempena sambutan harijadi sultan. Mereka ni datang dari merata tempat. Tadi di masjid nampak ada vespa plet Kelantan dan mereka pun berbual guna loghat Kelantan. Ada plet Penang, Wilayah dan macam-macam rupa. Geng-geng ni bersantai sambil masing-masing bertukar cerita tentang vespa mereka. Tadi nampak ada yang siap buka enjin dan sama-sama menggodam enjin tu....macam-macam . Manusia..manusia..Nak ambil gambar tadi tapi alahai terlupa pula bawak kamera....nanti dulu.

Saturday 25 April 2009

Malas

Seminggu ni rasa malas sangat nak buat entry baru. Banyak yang nak dikongsi tetapi mood nak menulis tiada. Banyak juga perkara yang telah berlaku dan yang teruk ialah semalam...... aduss....macamana ye boleh terlanggar kereta cikgu Zamrud... maaf banyak-banyak ye , please tell me what's next.( Pak Aji marahh? ) Masih belum sempat membetulkan sensor bar kat belakang tu dan ianya memberikan bunyi yang agak bising. Salute to Myvi boleh tahan kuat kereta tu.

Hari ini tadi MUET pertengahan tahun dijalankan. Dah lama tak jaga periksa, seronoklah pulak. Bermacam gelagat pelajar boleh dilihat. Ada yang terus berusaha minta kertas tulis walaupun hanya tinggal tiga minit sahaja lagi. Bagus semangat juang tu. Rata-rata mereka semua berusaha.

Apapun, hari ini yang paling menyenakkan ialah komen dari my other half tentang budak-budak 'k****d'. Sebenarnya dari semalam lagi apabila dia ke sana menghadiri mesyuarat. Semuanya negatif belaka.......panas telinga mendengarnya. Hari ini dia sambung lagi komen lebih details lagi sebab dia sempat tengok persekitaran.....aduh......komennya....pedas,panas.. My answers... we did our part but yang nombor satu tak buat apa-apa susahle. Takkan le kuasa orang besar lapan lebih dari kuasa raja , nanti keluar pulak soalan ada berapa banyak raja ? Kami nak jadi raja nombor berapa pula? Payahle kerja kalau a leader doesn't know how to lead. A leader should plan and lead the way. Ini plan pun tidak apa lagi leading..... Letih dibuatnya.

Monday 20 April 2009

Jelajah Malaysia 2009


Lumba Basikal Jelajah Malaysia 2009, hari ke 2 Ipoh - Sungai Petani
Tak tahu dan tidak ambil peduli pun tetapi jelajah ni telah menggunakan
route di hadapan rumah saya.
Jadi ambil peluang untuk merakam peristiwa tersebut.

Kumpulan pertama yang mendahului , tidak pasti pasukan mana.

Kumpulan besar yang mengikuti kira-kira 10 minit kemudian

Pasukan mana ni ? tak tahulah pulak.

Kumpulan akhir dari kumpulan yang besar.

Sebahagian dari kereta yang mengikuti jelajah tersebut.

Ini antara pelumba yang terkebelakang.... panas.....terik lagi..



Saya seronok tinggal di sini kerana sering berpeluang menyaksikan beberapa siri perlumbaan yang diadakan, antaranya Tour de Langkawi , larian dan banyak lagi yang melibatkan route utara selatan ini.

Saturday 18 April 2009

Coke+Ajinomoto

DO YOU KNOW ? Coke+Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies

Saya rasa ramai yang tidak tahu tentang ini, saya pun sama. Jadi klik di link di atas dan bacalah . Beritahulah kepada sesiapa yang berkenaan,

Koleksi gambar minggu ini

Apa yang tak kena dengan papan tanda ni?
Baca english version ,banyak silap kan. Ini mesjid negeri tau.

Tengok rambut si Imran ni, rajin benor le dia menyikat rambut dia
ke sana ke mari . Kalau belajar pun rajin macam tu, bagus le.

Bangunan sebegini mengingatkan saya masa-masa dulu
semasa berada di 'Negara berawan panjang.'
Terkenang kembali.........

Projek landasan keretapi berkembar ke utara ,laluan di Sungai Siput
dah dapat restu ******* ke ?

Bangunan baru 3 tingkat SERATA, ada ciri islamik jika dilihat jarak dekat

Proses baik pulih bangunan zaman kolonial di Ipoh berhampiran Masjid Negeri

Tugu ni bersebelahan Masjid Negeri, ada loceng lagi, jarak dekat boleh
nampak gambar-gambar tertentu yang dilukis disekelilingnya...
Ummhh.. kedudukannya macam pelikle pulak...

Friday 17 April 2009

Hebat wanita ni.

Saya terjumpa blog ni semasa merayau-rayau dalam pencarian saya di alam maya ini, dan salute untuknya yang percaya dan istiqamah dengan perjuangannya. Salute juga kepada mereka yang lain. Tidak ramai yang begini. Ramai ada prinsip tetapi tidak mampu berpegang kepada prinsip mereka atas sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Masing-masing ada pendapat tersendiri , dan bagi saya adalah tidak salah kita berpegang kepada apa yang kita percaya itu ( ini negara demokrasi kan..kan..kan? bukan demokasi) selagi ia tidak bercanggah dengan agama kita. Setiap orang punya hak masing-masing.

Saya........entahlah..... takut ke hape ...?

Boleh baca di sini

Wednesday 15 April 2009

Mari Buka Mata

Bacalah dengan berlapang dada dan berfikiran terbuka satu konspirasi yang licik dan rapi bagi mewujudkan satu Order Dunia Baru oleh pihak kapitalis yang tentunya proxy yahudi laknatullah.

Mari kita buka mata dan fikiran luas-luas disini - Sila klik "Tukar Tiub" dan bacalah " Memahami Kapitalisma"

Perancangan mereka untuk menguasai dunia memang siap diatur cuma kita tidak dapat melihatnya..

Tuesday 14 April 2009

Kusut

Hari ini pemantauan berlaku. Okay semuanya , rasa-rasa lah kot. Positif nampak . Begitulah harapannya. Kami makan-makan nasi dagang lepas tu....

Dapat call dari Pn M dari TI, further information on the meeting yang akan berlangsung 2 minggu lagi. Aduh! complicated sekali...kadang-kadang kita pun tak faham kenapa susah sangat kan .... Teman masih ada masalah mengenai tarikh yang 'clash' minggu depan dan takutle pulak nak buat panggilan kepada Mr K yang terkenal dengan garangnya tu untuk minta diganti ... alamak , hai ...dah ada ganti takkan nak marah kot.. apapun, teman terpaksalah pulak pasang kabel Nora . Harap-harap semuanya menjadi. Semuanya tu urusan untuk negara ....he..he..he..

Dan malam ini sudah 2 malam memonteng kelas.......mahu menyelesaikan urusan yang perlu diberesi esok. Semoga selepas ini konsisten semula. Rugi pahala jamaah.

Working bees

Semua orang sibuk hari Isnin semalam, masing-masing dengan kesibukannya. Ada yang menyibukkan diri untuk karnival sains,ada yang sibuk untuk pemantauan besuk hari Selasa, ada yang sibuk dengan soalan, ada yang sibuk dengan pertandingan bola,ada yang sibuk mengesahkan pemeriksaan buku latihan dan macam-macam lagi. Di tengah kesibukan itu kelas prep pun bermula. Cikgu sibuk murid pun sama sibuk.Yang paling sebuk nampaknya Pn A. dia kena urus makanan, minuman, kehadiran dan macam-macam lagi la.

Teman pun buat-buat sibuk juga, he...he..he mengesahkan buku latihan.dan lain-lain , tapi yang panas sikit tu, bila didatangi oleh dot dot dot bertanyakan soalan yang patutnya pandai sendirilah nak bagi siapa......

Oh....di rumah pula... berita tidak menggembirakan......kenapa le wahai kucing...kau tandaskan kain,baju tu semua....kan dah kena lidi.....

Sunday 12 April 2009

Apa justifikasinya?

Bagaimana mahu di justifikasikan, apabila tiba-tiba mereka yang tidak berbuat apa-apa dan hanya bergantung kepada hasil usaha orang lain mendapat penghargaan sedangkan mereka sendiri tidak pasti apa yang orang lain dah buat ?

Adakah ketidakadilan telah berlaku di sini ? Siapa nak jawab? Bagaimana pula perasaan mereka yang mendapat penghargaan itu, adakah mereka sedar bahawa sumbangan orang lain itu lah yang telah membawa kepada penerimaan penghargaan itu.? Arghhh..... komplikated. Malas nak fikir.

Koleksi kandid sukan '09

Pegawai polis sedang melapor kepada GK Sains

Serius nampak anak-anak mami ni.....

Fuh !! nampak jauh tu...kelantan ke hape?

Apa yang terkejut sangat tu ?
Sekali pandang macam siapa ye ..?





Oh, I love this one....Lets poco-poco ..jom...

Saturday 11 April 2009

Hari Anugerah SERATA 09


Back drop bertulisan jawi yang cantik , simple sahaja tetapi seni khatnya menarik. Hidup tulisan jawi

Perasmi Majlis Pengarah JAIP Yang Bhg Dato' Sheikh Mohd Nor Mansor al hafiz
Aimi receiving her prize

Mawaddah antara penerima hadiah terbaik PMR 9A
Antara ibu bapa yang hadir
Penutup acara hadirin bersama membaca asma ul husna

Friday 10 April 2009

My Fridays.

As usual Friday is such a short day, well, for us lah. I swop class with Mr .... , I'll take over his on Monday, and I have the day to complete and settle a few things. However,.....

What made me see red was..... a letter given to me by a friend from another friend . It was about a competition that I knew nothing about. Obviously someone attended the meeting which was held earlier , and that someone shouldn't be there in the first place. It was meant for someone else .Urrgghh... How could it be. I don't like this. Now, I don't know..... what's the progress. I'd rather not knowing.....

Benci aku....

Thursday 9 April 2009

Tanggungjawab

Menjadi kapten kepada satu-satu pasukan bukanlah satu tugas yang mudah. Apabila seseorang diamanahkan dengan tugas tersebut samada suka atau tidak, dia perlu membuat kerja rumahnya. Gelaran yang diberi bukan merupakan batu loncatan untuk menjadi seorang Admiral pula, tetapi ia adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu sentiasa di laksanakan sebaik mungkin.

Banyak yang boleh dilakukan demi memperbaiki diri serta pasukan yang dipimpin. Semestinya seorang kapten perlu mengetuai dan mendahului anak buahnya dalam apa jua tindakan. Kapten merupakan tempat rujuk, tempat mengadu, pengatur strategi dan berbagai lagi demi kejayaan pasukan yang dipimpinnya.

Kejayaan sesuatu pasukan banyak dipengaruhi oleh kaptennya. Jika kapten lemah mengatur strategi maka pincanglah permainan anak buahnya seperti dalam pasukan bolasepak, apabila kapten gagal mengepalai strategi dan serangan ,besar kemungkinan pasukan itu kalah dan terkeluar dari kejohanan.

Maka, apabila seorang kapten itu menyedari betapa besar tugas dan tanggungjawabnya, dia tentunya telah bersedia menghadapi apa jua serangan secara fizikal mahupun mental. Kemampuan seorang kapten yang baik tidak dipertikaikan jika dia berupaya mengawal dan membawa pasukannya melalui arus perdana dan pada masa yang sama membimbing dan membentuk mereka menjadi mantap dan berkaliber.

Amatlah malang jika ada pasukan dikepalai oleh kapten yang sentiasa kabur dan tidak pasti tentang peranannya.

Salah siapa ye ?


Wednesday 8 April 2009

Syukran! Syukran!

Hari ni, pagi-pagi lagi seorang sahabat mengucapkan tahniah kepada teman.Hah! kenapa pulak? Tak compute. Tahniah! kata dia lagi. Terima kasih le. Jumpa seorang lagi sahabat ,tahniah ! lagi. Pelik sekejap.

Kemudian....... barulah ooooooo.......... yes, yes.....now it's my turn to congratulate everyone and we share wishes and greetings.....seronok tak terkata. Syukran..syukran... Ya...Allah

Kami share stories and experience....macam-macam ada , and coincidence le pulak , semalam I order pulut kuning and rendang untuk jamu kawan-kawan hari ni........kesyukuran and depa pun tahu sebab apa , bertepatan le pulak. Apapun semoga semua dapat merasa dan kongsi kesyukuran dengan teman... Alhamdulillah.

Monday 6 April 2009

Saat-saat akhir.

Fuyooo...... malam ni lain macam sikit. It's all quiet out there. No sound of cars, lorries, motorcycles what so ever which normally would be filled with sounds of lori, kereta dan macam-macam lagilah. My house is just about 70 m away from the main road. Jalan is so quiet. Macam ada curfew pulak. No jokes. Mana pegi semua kereta, lori, motosikal ni semua , haaah ?

Ini mesti fasal laluan semua telah dide tour kan ke Bukit Gantang. Mesti punya. Semua pakat dengar pesanan-pesanan akhir lah katakan. Mesti menarik punya. Last hours before D Day. Tadi kat kelas malam makcik tu kata ramai orang kat Bt Gantang ( dia baru balik dari menabur bakti di sana , esok nak pergi lagi) Hebat makcik ni, jealous teman. Ye le nanti kalau ditanya Allah apa yang dia dah buat boleh le dia menjawab apa sumbangan dia.kan..kan..kan.

Takkan nak menyerah kalah. Must fight till the last breath .

Dahsyat betullah penangan dua bukit dan satu batang ni. ( My other half kata salah gender ni )

Siapa punya ye ?

Dua DUN dan satu P akan mendapat wakil yang baru tidak lama lagi.
Waktu untuk memberi gula-gula, tepung-tepung, guni-guni dedak,
anak-anak ayam, ayam tua, ayam muda ,
roti, " kepala rimau " , basikal , belanja mee udang dan juga " mee segera " akan
berakhir tidak lama lagi. Ada beberapa jammm sahajaaaa lagiii.
Hah !! Kalau bekalan masih ada lagi , jangan simpan ,
cepat-cepatle bagi-bagi kat depa di 3 kawasan tu. Kesian deme. Lepas ni
kene tunggu 4 tahun lagi , baru dapat bekalan baru.
Sementara nak tunggu waktu tu anak ayam pun sempat
buat clan dia , 7-8 generasi....... bagi cepat , jangan tak bagi.
Tak baik simpan untuk kegunaan sendiri.
Esok, pagi-pagi, turunlah mengundi dan jangan lupa
bawa kad pengenalan sama. jaga baik-baik kad pengenalan tu, nanti
dapat dik mat bangla ke mat indon ke susah pula.
Silap-silap nanti tengok-tengok orang lain
dah pakai nama kita mengundi. Baru betui.
Nak saman sapa ?
Jangan tunggu sampai petang, sebab sekarang cuaca tak menentu.
Pagi cerah, petang hujan lebat.
jadi sediakan payung sebelum hujan.
Masa mengundi, tepuk dada tanyalah iman.
Yang pasti bila ada pilihan, tentunya pilih yang terbaik.
Macamana nak tahu yang mana yang baik ?
Mudah saja dong.....
Buatle kajian kes... buat banding-beza dari segala aspek.
Dari personaliti, sampailah kepada kemampuannya.
It's as easy as ABC ,
Boleh nampak dengan jelas , cuma bimbang ramai yang jadi
Kassim Selamat.........
Apa pun selamat mengundi !!
" BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU "

Saturday 4 April 2009

Shakespeare anyone ?

Do you like Shakespeare ? Sometimes I do, sometimes I don't. Apa ke he nye?

Below are some of his famous quotes ( from his plays , of course.....) you may love to hate or vice versa......

Amen to that , sweet powers !

I cannot speak enough of this content;

It stops me here ; it is too much of joy;

And this and this, the greatest discords be

That e'ver our hearts shall make !


Othello, Act II,sc i


Give sorrow words : the grief that does not speak

whispers the o'er-fraught heart and bids it break.


Macbeth Act IV,sc iii


When our actions do not,

Our fears do make us traitors

Macbeth, Act iv, sc ii

All perfumes of Arabia will not sweeten this little hand .

Macbeth, Act v, sc i

Ada banyak lagi.... for the time being cukup le yang ini rasanya dulu dan boleh kita probe maknanya.... open for discussion. kalau suka lah..

Pernah baca Macbeth ? Tragedi yang hebat , tragedi versi orang Melayu filem "Istana Berdarah" lupa pulak lakonan siapa, tetapi dalam cerita tu permaisuri tu asyik nampak tangannya penuh dengan darah...ish..ish..ish itulah perasaan bersalah apabila telah membunuh. Cerita tu adapted dari Macbeth le..

Othello pun seronok juga....

Friday 3 April 2009

Tahniah!

Saja je nak ucap "Tahniah" kerana Malaysia dapat Perdana Menteri yang baru hari ni.


Eh, kalau sembahyang jamaah bila kita nak pilih imam, biasanya kita akan pilih imam yang jelas, baik, terang, betul bacaannya kan? kan? kan? di samping faham dan tahu segala rukun wajib dan sunatnya kan..kan... kalau imam baca fatihah pun tak lepas macamana ye mengimamkan sembahyang ?

Oh......semenjak, dua menjak ni cuaca kat tempat saya amat teruk sekali, hujan lebat, ribut, angin kencang, hari asyik mendung aje.... kenapa ye? peralihan monsun ke ?

Ya Allah ! Jauhkanlah kami dari sebarang mala petaka. Amiiin.

Sukan Tahunan ke 81


The Band Boys - Kasim Selamat lah pulak


Maskot Rumah Chulan Ninja ke hapa?

Kecemerlangan bermula di sini.... The hostelites


Ribena berry...he..he..he. maskot Rumah Sabki, itu yang pakai skirt apa ke he ?


Saya suka yang ini ..menyerlah, tetapi muka mataharinya masam... patut pun hujan lepas tu.



Antara peserta 4 x 100 m antara sekolah-sekolah

Fuyoo... Juruheboh majlis and extras kat belakang , jaga statistik and hadiah



Senyum.... siapa paling bergaya? Yours truly pun ada di situ




Antara hadiah dan piala , masih ada yang belum dapat disempurnakan lagi...




Tu rupa padang selepas hujan reda sedikit...



Kanak-kanak riang bergembira bermain air di padang... masih hujan lagi.


2 April 2009 Sukan Tahunan ke 81 Clifford School. Benar-benar hari ini dalam sejarah. Hujan dan angin kencang yang melanda di pertengahan kejohanan memaksa majlis diberhentikan serta merta. Wow!! tidak pernah berlaku sebegini... Sedih, takut, bimbang, kasihan, frust, seronok.... dan macam-macam perasaan ada.

Semuanya berjalan lancar di awal majlis, sangat nampak meriah dan pengunjung pun ramai. Infact, kita berjaya membuat kutipan untuk pemain hoki yang ditimpa musibah dalam kemalangan jalanraya tempohari dan kutipan juga memberangsangkan. Namun, ku sangka panas hingga ke akhir upacara, rupanya hujan ribut datang melanda.
Apapun Jumaat kami cuti.... minggu depan lain pula ceritanya...

Thursday 2 April 2009

Maulidur Rasul di Ridzwaniah

Semalam, telah berlangsung majlis sambutan maulidur Rasul di Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar dengan penceramah jemputannya Dato' Dr Harun Din al hafiz. Masyallah, ramainya jamaah dan pengunjung masjid sehingga kereta diletakkan hampir 1 km. jauhnya. Tempat-tempat letak kereta yang berhampiran memang penuh sehingga jalan di depan masjid 2 lorong menjadi 'one way'. Mesjid pun penuh hingga ke tingkat atas.

Dahsyat penangan Tn Guru ni. Cakapnya lembut tertib dan teratur namun penuh isi dan pengajaran. Ceritanya mengenai hukum hudud di zaman Nabi Muhammad saw membawa rahmah dan keberkatan kepada ummah. Rahmah dari Allah lah yang kita cari tetapi malangnya kini ramai yang tidak mahu rahmah dan keberkatan ini , lalu menghindari hukum hudud serta marah pula kepada mereka yang ingin melaksanakannya. Sebenarnya mereka yang menentang ini jahil dan buta hati serta tidak faham agama . Bertindak mengikut hawa nafsu serta cinta dunia melebihi takut akan akhirat, makanya gagal melihat keberkesanan hukuman dari Allahu Rabbi. Maha Suci Allah Dia amat mengetahui apa yang baik bagi hambaNya.