Monday 31 October 2011

58 ke 60 ?

Adoiiii!! Sakit!
Bukan sakit apa, sakitlah nak membuat pilihan. Nak pilih 58 ke nak terus 60.
Yours truly dah ada pilihan sebenarnya dan tak ragu-ragu lagi dah dengan pilihan tu.

Sebenarnya, apakah yang dikejar oleh mereka ini? Mereka yang beria-ia nak menyambung-nyambung tu lah. Apakah tidak cukup-cukup lagi menghabiskan usia mereka mengejar hal-hal dunia ini? Alahai. bagi le can kat orang-orang muda pulak. Sudah melepasi separuh abad menguruskan hal-hal dunia, tak kan le tak puas-puas lagi? Rasa-rasanya bekalan yang nak dibawa pergi untuk alam yang kekal abadi tu dah cukup ke? Masyallah.

Amat peliklah mereka yang membawa usul ini. Terlalu taksub dan beria-ria dengan benda yang akan ditinggalkan dan tidak bersungguh dengan bekalan yang sepatutnya untuk dibawa pulang nanti. Eh, kita terikut-ikut juga kah dengan mereka yang tidak mempercayai akhirat?

Apakah nanti apabila di umur senja, kita mampu menangani urusan dunia dan akhirat dengan baik? Di bimbangi dalam keadaan persekitaran semasa hari ini , kita bakal kalah dengan tuntutan dunia dan akhirnya urusan akhirat hanya sekadar apa yang wajib sahaja. Jadi , mana mungkin kita mampu membawa bekalan secukupnya nanti.

Yours truly amat cemburu dengan kumpulan pesara yang menjadi kawan dan kenalan. Mereka ini berlumba mengisi masa mereka dengan mengejar ilmu dan beribadat sebagai bekalan. Alangkah beruntungnya mereka kerana masih diberi Allah peluang untuk mencari ilmu. Malanglah nanti sekiranya tengah seronok bekerja tiba-tiba dipanggil pulang oleh Pencipta tanpa sempat membuat persediaan secukupnya. Adoiii.

Maut boleh datang menjemput tanpa kita tahu bila. Baru-baru ni dua orang Ustaz yang mengajar yours truly telah pulang ke Rahmatullah dalam usia yang muda. Ustaz Hafiz berumur 44 tahun dan Ustaz Adam 36 tahun. Masih banyak yang mahu dituntut namun Allah lebih menyayangi mereka. Beruntunglah mereka kerana ilmu yang mereka tinggalkan memberi manafaat kepada yang tinggal. Moga Allah mengampuni mereka dan meletakkan roh mereka dalam kalangan orang-orang mukmin yang diredhoiNya.

Al-fatihah untuk Ustaz Hafiz dan Ustaz Adam.




Sunday 9 October 2011

RUGBY WEEKEND

What a great weekend, with great rugby matches!!

Still watching the last match of the quarter finals. All Blacks vs Puma. Ouch!!
Go All Blacks go.... 15 to 10 at this moment.
Go.. go..







More interesting pictures at official website Rugby World Cup 2011.


Sunday 2 October 2011

Kita memang suka makan.

Sudah masuk Bulan Oktober pun dan Zulkaedah juga. Tahun sudah menuju ke penghujung.

Syawal telah berlalu pergi namun kenduri raya masih belum berakhir. Aduhaii. Ramadhan yang 29 hari tu pon belum tentu penuhnya, tapi fasal makan boleh melebih-lebih. Tadi kat TV ada tunjuk satu majlis jamuan raya yang di buat selepas habis Syawal. Makaann lagi .....

Orang kita dalam bulan Syaaban buat kenduri nak sambut Ramadhan, makan. Bulan Ramadhan pulak tiap-tiap malam ada moreh, bazaar Ramadhan, buffet berbuka dan macam-macam lagi makanan.Makan lagii... Syawal pulak rumah terbuka sana-sini. Dari awal sampai habis bulan. Adoii. Bila ke masanya perut berehat?

Maka tak heran le selepas Ramadhan dan Syawal badan bukan bertambah sihat tapi sebaliknya.

Tak gitu??