Monday 31 October 2011

58 ke 60 ?

Adoiiii!! Sakit!
Bukan sakit apa, sakitlah nak membuat pilihan. Nak pilih 58 ke nak terus 60.
Yours truly dah ada pilihan sebenarnya dan tak ragu-ragu lagi dah dengan pilihan tu.

Sebenarnya, apakah yang dikejar oleh mereka ini? Mereka yang beria-ia nak menyambung-nyambung tu lah. Apakah tidak cukup-cukup lagi menghabiskan usia mereka mengejar hal-hal dunia ini? Alahai. bagi le can kat orang-orang muda pulak. Sudah melepasi separuh abad menguruskan hal-hal dunia, tak kan le tak puas-puas lagi? Rasa-rasanya bekalan yang nak dibawa pergi untuk alam yang kekal abadi tu dah cukup ke? Masyallah.

Amat peliklah mereka yang membawa usul ini. Terlalu taksub dan beria-ria dengan benda yang akan ditinggalkan dan tidak bersungguh dengan bekalan yang sepatutnya untuk dibawa pulang nanti. Eh, kita terikut-ikut juga kah dengan mereka yang tidak mempercayai akhirat?

Apakah nanti apabila di umur senja, kita mampu menangani urusan dunia dan akhirat dengan baik? Di bimbangi dalam keadaan persekitaran semasa hari ini , kita bakal kalah dengan tuntutan dunia dan akhirnya urusan akhirat hanya sekadar apa yang wajib sahaja. Jadi , mana mungkin kita mampu membawa bekalan secukupnya nanti.

Yours truly amat cemburu dengan kumpulan pesara yang menjadi kawan dan kenalan. Mereka ini berlumba mengisi masa mereka dengan mengejar ilmu dan beribadat sebagai bekalan. Alangkah beruntungnya mereka kerana masih diberi Allah peluang untuk mencari ilmu. Malanglah nanti sekiranya tengah seronok bekerja tiba-tiba dipanggil pulang oleh Pencipta tanpa sempat membuat persediaan secukupnya. Adoiii.

Maut boleh datang menjemput tanpa kita tahu bila. Baru-baru ni dua orang Ustaz yang mengajar yours truly telah pulang ke Rahmatullah dalam usia yang muda. Ustaz Hafiz berumur 44 tahun dan Ustaz Adam 36 tahun. Masih banyak yang mahu dituntut namun Allah lebih menyayangi mereka. Beruntunglah mereka kerana ilmu yang mereka tinggalkan memberi manafaat kepada yang tinggal. Moga Allah mengampuni mereka dan meletakkan roh mereka dalam kalangan orang-orang mukmin yang diredhoiNya.

Al-fatihah untuk Ustaz Hafiz dan Ustaz Adam.




No comments: