Tuesday, 3 March 2009

Jelebor

Dia sedang menarik masuk kepalanya.
Kepalanya dah hilang....


Selepas hampir 10 minit menunggu....

Jelebor...itu panggilan orang Kuale untuk labi-labi. Spesis ni kadang-kadang boleh dilihat menyeberang jalan di hadapan rumah saya...Bayangkan dengan kelajuannya berjalan, ia mampu menyeberangi jalan 4 lorong yang sentiasa ada kenderaan.....Hebat spesis ni.

Hari ini sewaktu sampai di rumah, ( belum masuk pagar pun) kami terserempak dengan spesis ni. Sedang dalam perjalanan pulang ke rumah agaknya kot. Saya bergegas keluar kereta untuk mengambil gambar 'in action' malangnya spesis ni nampak sahaja saya terus menyorokkan kepalanya. Lama menunggu untuk dirakam gambar penuh, saya menunggu dalam panas matahari tetapi malu sungguh dia.Enggan keluar. Saya hanya dapat mencuri sedikit sahaja dari jauh semasa dia cuba-cuba mengintai..... kelakor betul.
Apapun it made my day, hilang juga rasa penat......

2 comments:

DaNaSh said...

hebat kat kawasan rumah kak s yea..banyak yang ada. In front of my house ada monkeys aje...he.he..he

dah masuk dah...dua2...have you checked????

ummuaimi said...

Hi, miss you....Danash
Memang hebat, duduk kat kampung le katakan. Hari tu 'oink,oink' pun ada cuma tak dapat clear image aje..

Yes, dah checked dah Alhamdulillah..boleh raya sakan.