Tuesday 17 March 2009

Al Baqarah Ayat 57 - 59

Ayat ini adalah sambungan dari cerita bani israel yang menjadi pengikut Nabi Musa as yang juga telah terselamat dari Firaun yang telah lemas di laut merah. Allah menerangkan bagaimana bani israel ini telah diberi pertolongan oleh Allah dengan pelbagai pertolongan ( Asalnya mereka amat dikasihi oleh Allah tetapi di sebabkan keangkuhan dan kedegilan , mereka menjadi kaum yang dilaknat )

Allah telah menurunkan makanan dari syurga yakni manisan 'manna' dan hidangan burung puyuh ' salwa'. Mereka juga di sepanjang perjalanan menuju Palestin telah dilindungi oleh awan mega dari kepanasan matahari. Begitu sayang Allah kepada mereka , namun mereka tetap menzalimi diri mereka dengan engkar kepada arahan Allah. Allah telah mengarahkan mereka apabila masuk ke bumi Palestin, mereka perlu sujud kepada Allah dan meminta ampun akan kesalahan-kesalahan mereka, ( beristigfar )tetapi mereka enggan. Malahan mereka telah menukar ayat-ayat yang telah diperintahkan oleh Allah keatas mereka dengan bacaan mereka sendiri. Lalu Allah menurunkan kekotoran yakni balasan dari langit.

Di zaman umat terdahulu, Allah pasti menurunkan balasan tanpa tangguh kepada mereka yang engkar dan selalunya balasan / bala ini turun pada waktu tengah malam ataupun tengahari ( waktu ramai orang tidur )seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Luth, Nabi Syuib. Bagi kita umat akhir zaman ini ditangguhkan dahulu ,cuma diberi peringatan sahaja.

p/s : Kata Pak Ustaz antara sunah Nabi yang afdal diikuti ialah memakai tongkat. Jika di teliti dari sirah Nabi-nabi , mereka semuanya mempunyai tongkat. Nabi Sulaiman, Nabi Musa, Nabi Muhammad dan ramai lagi.

No comments: