Tuesday 31 March 2009

31 March...so what ?

Apa signifikannya tarikh ini ? Macam tidak ada apa pun. Memang pun tidak ada apa signifikannya. Tetapi, esokkan 1 April . Hah ! Kenapa dengan 1 April pulak ? Kan ramai dekat luar sana yang menggelar 1 April sebagai ' April Fools Day ' Hari di mana sesiapa sahaja akan dikenakan, diketawakan dan yang kena tidak mampu untuk marah , kerana hari April Fool. Yang sedihnya ramai di kalangan orang Islam sendiri yang mengaplikasikan april fool ni tanpa mereka sedari sejarah di sebalik kisah april fool ini.

Yang "fool " dalam istilah ini ditujukan kepada orang Islam. Peristiwa ini berlaku pada 1 April 1487 di Granada, Sepanyol. Saudara Islam kita di Granada telah dibunuh dengan kejam, rumah mereka telah dibakar, kapal yang kononnya dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari Granada telah dibakar di pelabuhan. Umat Islam telah ditipu dan dimusnahkan. Untuk mengingati peristiwa mereka berjaya memperdaya umat Islam ini mereka menyambut "April Fools' Day " Untuk mengetahui lanjut cerita disebalik perayaan ini carilah., boleh dapat di mana-mana terutama dalam forum-forum agama.....

Yang sedihnya ramai kita tanpa mengetahui sejarah peristiwa ini ikut sama meraikan hari ini untuk mengenakan kawan-kawan dan sesiapa sahaja ( termasuk yours truly semasa zaman gelap dulu ) Kini saya sering mengingatkan mereka yang saya ajar mengenai peristiwa ini supaya mereka menginsafi peristiwa tersebut.

Jangan kita layan benda-benda sebegini. Banyak lagi yang boleh kita buat dan lakukan yang memberi manafaat kepada diri sendiri dan orang lain , dan bukan mengenakan orang lain dan mentertawakan mereka. Paradigm shift ya...

1 comment:

me and i said...

yeah..right. i've told my students about this...mother's day, father's day..they all have their own secret origins...