Thursday 2 April 2009

Maulidur Rasul di Ridzwaniah

Semalam, telah berlangsung majlis sambutan maulidur Rasul di Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar dengan penceramah jemputannya Dato' Dr Harun Din al hafiz. Masyallah, ramainya jamaah dan pengunjung masjid sehingga kereta diletakkan hampir 1 km. jauhnya. Tempat-tempat letak kereta yang berhampiran memang penuh sehingga jalan di depan masjid 2 lorong menjadi 'one way'. Mesjid pun penuh hingga ke tingkat atas.

Dahsyat penangan Tn Guru ni. Cakapnya lembut tertib dan teratur namun penuh isi dan pengajaran. Ceritanya mengenai hukum hudud di zaman Nabi Muhammad saw membawa rahmah dan keberkatan kepada ummah. Rahmah dari Allah lah yang kita cari tetapi malangnya kini ramai yang tidak mahu rahmah dan keberkatan ini , lalu menghindari hukum hudud serta marah pula kepada mereka yang ingin melaksanakannya. Sebenarnya mereka yang menentang ini jahil dan buta hati serta tidak faham agama . Bertindak mengikut hawa nafsu serta cinta dunia melebihi takut akan akhirat, makanya gagal melihat keberkesanan hukuman dari Allahu Rabbi. Maha Suci Allah Dia amat mengetahui apa yang baik bagi hambaNya.

No comments: