Saturday 25 April 2009

Malas

Seminggu ni rasa malas sangat nak buat entry baru. Banyak yang nak dikongsi tetapi mood nak menulis tiada. Banyak juga perkara yang telah berlaku dan yang teruk ialah semalam...... aduss....macamana ye boleh terlanggar kereta cikgu Zamrud... maaf banyak-banyak ye , please tell me what's next.( Pak Aji marahh? ) Masih belum sempat membetulkan sensor bar kat belakang tu dan ianya memberikan bunyi yang agak bising. Salute to Myvi boleh tahan kuat kereta tu.

Hari ini tadi MUET pertengahan tahun dijalankan. Dah lama tak jaga periksa, seronoklah pulak. Bermacam gelagat pelajar boleh dilihat. Ada yang terus berusaha minta kertas tulis walaupun hanya tinggal tiga minit sahaja lagi. Bagus semangat juang tu. Rata-rata mereka semua berusaha.

Apapun, hari ini yang paling menyenakkan ialah komen dari my other half tentang budak-budak 'k****d'. Sebenarnya dari semalam lagi apabila dia ke sana menghadiri mesyuarat. Semuanya negatif belaka.......panas telinga mendengarnya. Hari ini dia sambung lagi komen lebih details lagi sebab dia sempat tengok persekitaran.....aduh......komennya....pedas,panas.. My answers... we did our part but yang nombor satu tak buat apa-apa susahle. Takkan le kuasa orang besar lapan lebih dari kuasa raja , nanti keluar pulak soalan ada berapa banyak raja ? Kami nak jadi raja nombor berapa pula? Payahle kerja kalau a leader doesn't know how to lead. A leader should plan and lead the way. Ini plan pun tidak apa lagi leading..... Letih dibuatnya.

1 comment:

ME, UNVEILED said...

accident ???? hopefully everything is all right.

Ask your hubby to come to my school...the worst in Malaysia for SPM