Thursday, 9 April 2009

Tanggungjawab

Menjadi kapten kepada satu-satu pasukan bukanlah satu tugas yang mudah. Apabila seseorang diamanahkan dengan tugas tersebut samada suka atau tidak, dia perlu membuat kerja rumahnya. Gelaran yang diberi bukan merupakan batu loncatan untuk menjadi seorang Admiral pula, tetapi ia adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu sentiasa di laksanakan sebaik mungkin.

Banyak yang boleh dilakukan demi memperbaiki diri serta pasukan yang dipimpin. Semestinya seorang kapten perlu mengetuai dan mendahului anak buahnya dalam apa jua tindakan. Kapten merupakan tempat rujuk, tempat mengadu, pengatur strategi dan berbagai lagi demi kejayaan pasukan yang dipimpinnya.

Kejayaan sesuatu pasukan banyak dipengaruhi oleh kaptennya. Jika kapten lemah mengatur strategi maka pincanglah permainan anak buahnya seperti dalam pasukan bolasepak, apabila kapten gagal mengepalai strategi dan serangan ,besar kemungkinan pasukan itu kalah dan terkeluar dari kejohanan.

Maka, apabila seorang kapten itu menyedari betapa besar tugas dan tanggungjawabnya, dia tentunya telah bersedia menghadapi apa jua serangan secara fizikal mahupun mental. Kemampuan seorang kapten yang baik tidak dipertikaikan jika dia berupaya mengawal dan membawa pasukannya melalui arus perdana dan pada masa yang sama membimbing dan membentuk mereka menjadi mantap dan berkaliber.

Amatlah malang jika ada pasukan dikepalai oleh kapten yang sentiasa kabur dan tidak pasti tentang peranannya.

Salah siapa ye ?


2 comments:

Citra Alam said...

kapten tu patut diturun pangkat , biar orang lain yang berkemampuan dan bersemangat menjadi kapten . Kalau tidak , malang sungguh organisasi tu !

ummuaimi said...

Betul,betul, betul.
Dia kena sedar diri dia dulu kan..kan..kan.