Wednesday 29 April 2009

Melatah

Melatah ini ada macam-macam. Ada yang dibuat-buat, ada keturunan ,ada yang terikut-ikut ada yang saja main-main dan berbagai lagilah.

Ada orang melatah kerana dicucuk pinggangnya, ada yang melatah kerana terkejut, ada pulak kerana ternampak sesuatu, pendek kata ada berbagai sebab juga yang boleh membuat seseorang memulakan latahnya.

Saya pun kadang-kadang melatah juga. Bila penat dan terganggu memang boleh melatah. Bukanlah melatah macam opah-opah selalu buat tu. Tetapi kita akan jadi sensitif dan marah, terasa terkejut, emosional lah , senang kata.

Kalau ada orang kata, kampung kita penduduknya semuanya tak berjenis, jahat belaka macamana ? emosional tak? Tentulah kita melatah kan .Kita adalah sebahagian dari kampung itu. Orang beri pendapat sebab semasa dia datang ke kampung kita , dia tidak dapat layanan yang baik dan memuaskan. Adil ke kesimpulan itu. Padahal kita memang dah selamanya menjadi penduduk kampung tu dari awal berzaman . kita kenal boleh kata semua penduduk kampung kita , tentulah kita tahu apa sebenarnya kebaikan dan kelebihan dan kekurangan kampung kita , jadi adalah tidak adil dicanang seantero dunia bahawa kita semua adalah jahat. Kita boleh memberi pendapat tetapi janganlah kerana nila setitik habis rosak semua susu sebelanga.Mana punya critical thinking ini. ( nak tuntut kat akhirat ni...he..he..he )

ehhhh..ehh....ehh...banyaknye kang kong.

No comments: