Monday 31 August 2009

1 MALAYSIA

52 tahun MERDEKA.

1 MALAYSIA

" Rakyat didahulukan

Pencapaian diutamakan "

bior betoi........

RON 95 jadi RM 1.80

RON97 jadi RM 2.05

Lepas ni........

semua pun akan ikut naik..... he..he..he..

Rakyat didahulukan ???????

Bangganya aku ........

Merdeka !!

Salam Merdeka !!!
Hari ini ulang tahun ke 52 sambutan kemerdekaan. Dah 52 tahun dah.

Oh!! kita masih lagi dibelenggu dengan masalah bila ada perayaan gula kena sorok. Bila ada sambutan tertentu bahan yang lain pula hilang dari pasaran, lepas itu barang ini naik harga , itu naik dan segalanya naik. Yang terbaru didengar minyak pula akan naik September ni. Huh! dah lebih separuh abad , masih terkial-kial lagi.

Kalau ukuran umur manusia yang sempurna , 52 tahun waktu yang hebat, sedang menikmati hidup dengan keselesaan ( tengok pak-pak menteri ), kalau tak selesa pastinya telah menyimpan harta bertimbun 4,5 generasi makan tak habis , kalau tak menteri pun wakil rakyat yang kita boleh lihat dengan mata kepala. mahunya yang pegang 4-5 penggal . Rumah dia yang depan kita memangle nampak biasa aje yang kat kota sana dan sini ? Bercuti keluar negara selalu,lewat semusim aje ... takkan dia nak bagi tahu...... Ala.. kita ada pengalaman le bergaul dengan kumpulan ni.Kalau kereta jangan cerita le. Ni yang terbaru nampak dah bertukar 5 series pulak Fooh! Meluat habis .

Dah 52 tahun masih terkial-kial menjual 1 Malaysia, apake jadahnya? Apa yang dibuat selama lebih dari setengah abad tu? Pelbagai dasar sana dan sini akhirnya sambutan ke 52 jual 1 Malaysia. Alahai, selama hari ni pecah dan perintah, tup,tap,tup,tap nah 1 Malaysia.

Kesian...... ramainya yang kena lebong ( pinjam TT)
Merdekakah kita???

Sunday 30 August 2009

Mengemas ???

What's left of the holidays ...... managed to do some cleaning. More to go. When the school reopens, masyaallah, lagi kalut. Whatever it is, work must be done. And worse come to worst , I'll call the cleaning lady to do the spring cleaning. Wow! that will be the last resort. Ye ke pon?

One more day tomorrow, the curtains, yes, the curtains.... it's high time. Then go to the dobi le jawabnya. In time like this, with the unpredictable weather, hantar dobi is the most appropriate answer. Just spare the money,huh.

Itulah , hidup di zaman ini, semuanya perlu dibuat, perlu dikemas, perlu diberesi, perlu cantek, yet constraints sentiasa ada. Apa yang perlu ialah, ada orangnya , ada servisnya dan yang paling penting fulus perlu ada. Zaman materialistik....

Tak gitu??

Saturday 29 August 2009

Ujian Ramadhan

8 Ramadhan kami pelajar PAKAT kelas malam dijanjikan ujian akhir semester 2. Aduii! Periksa le pulak. Yours truly checked the date selepas sahur tadi dan confirm tarikhnya. Mak oii !! Tahun ni kerap ponteng kelas atas bermacam sebab. Pelajaran tak pernah ulangkaji. Tambah pulak dari sebelum cuti sampai separuh cuti sebuk memanjang.

Makanya, selepas subuh mulalah membuka semula buku-buku yang ada. Adapun yang di rasakan paling susah ialah bab muamalah. Dengan istilah-istilah arabicnya, letih mengingat. Dah tu gaya bahasanya pula, jenis kitab kuning dulu-dulu. Akhlak pun sama juga, bahasa ala indon. Apa pun dicuba jugalah.. Ujian,uijan..

Berkobar-kobarlah nampaknya ahli kelas yang lain. We completed the tests earlier than expexcted . And before we sat for the third paper we received the news that one of my immediate neighbours passed away.

So, habis exam we went over to the house. She had been bedridden for the past 4 months. Dipanggil Allah di bulan Ramadhan yang berkat. She was a nice neighbour , never failed to lambai tangan bila kami lalu depan rumah dia ( she jual kuih). I taught his sons. Semoga keluarganya redho dengan pemergiannya. Ya Allah! ampunilah segala dosanya dan letakkanlah rohnya di kalangan ahli-ahli syurga. Ameen.

Friday 28 August 2009

Ramadhan ini.

Hari ini genap 1 minggu Ramadhan.
Mmmm... yours truly masih lagi belum dapat momentumnya. Belum lagi berkesempatan berterawih di masjid. Insyaallah, akan memulakannya. Kuliah tafsir Us. J selepas 'Asar di Masjid Ridzwaniah juga belum sempat diikuti seperti selalunya.
Aduhhhh, banyak sangat larinya Ramadhan kali ini. Apabila kedatangannya kali ini seiring dengan kesibukan untuk menyediakan kelengkapan bagi yang akan pergi belajar jauh, makanya sedikit sebanyak konsentrasi kepada Ramadhan itu lari sedikit.
Insyaallah ianya akan berjalan lancar selepas ini . Walaupun rasanya banyak yang sudah tertinggal dari kuliah tafsir ' Surah Luqman' kali ini , namun biarlah lambat asalkan jangan tertinggal terus.

Thursday 27 August 2009

Keletihan

Keletihan teramat sangat. Beberapa hari yang sebuk. Kelmarin ke KL, yang sememangnya bukanlah tempat yang disukai (teramatlah sebuk dan menyesakkan, serta menyebabkan otak berserabut - tiada ketenangan )

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Walaupun mula bergerak hampir tengah malam, menuju KLIA dan berada di situ untuk beberapa jam. ( Thanks Mak Iti and Amir for making everything went on smoothly).

The departure went on smoothly ( 'though the agent and the sponsor could have done better, perhaps by organising the whole thing more systematically, for example use a hailer and and not simply shouting or rather whispering? , and select someone to be the leader for the group. And perhaps do have some kind of doa' because I remember when the 24 of us were about to leave many years ago for NZ - di zaman jahiliyah dulupun ada yang membacakan doa')

Apapun syukur kepada Allah , tiada yang tidak diingini berlaku, (Kesian Pak Cu yang dah tak larat jalan jauhpun berbesor hati nak menghantor cucu saudaranya ke airport ,Terima kasih. Tahun depan kalau umor panjang boleh ikut lagi.)

Perjalanan balik Kuale yang lama, bersahur dan Subuh di RnR. Fooh, hari yang panjang dan lepas tu lepak dan tidur. Macam jet lag le pulak. Bila bangun buka blog, tengok depa pun sudah sampai di Doha...

Tuesday 25 August 2009

Thank Q , Jazakallah.

The final hours..... it's nice to see close relatives, saudara -mara datang menziarahi sampai tengah malam. I feel so lega and seronok.
Thank you for all the concern.
Thank you to all my dearest friends who send wishes and concern.
Really, the thoughts do count. It helps lighten the burden.
Thank you to all our friends who help to chip in sedikit-sebanyak.
It helps a lot, really.
Thanks friends. I love you all. Good friends are not easy to come by.
The concern from saudara-mara , the wishes , the fund ,oh! that strengthen the bond.
In time like this we can rely on each other.
To all.... my heartiest gratitude for being friends and supportive.
Semoga Allah membalas budi kalian semua, jika tidak di dunia pastinya di akhirat nanti.

Monday 24 August 2009

Persiapan dan masa

Hari ini sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa. Cuaca pun asyik mendung aje, sekejap panas dan sekejap lagi hujan pula turun. Alahai teruk jugalah proses membasuh dan mengeringkan kain. Kita pula dalam darurat waktu. Cubaan,cubaan.

Proses akhir persediaan berjalan terus dan dalam kesuntukan waktu ini ada pula kemestian menghadirkan diri di satu majlis di Intim pada petang ini , dengarnya sehingga berbuka puasa. Ish,ish lama benor, banyak lagi benda yang perlu dikemaskan. Rumah sauadara-mara pun masih ada lagi yang belum dikunjungi.

Oh, inilah yang dikatakan ingat 5 perkara sebelum 5 perkara;
.......
lapang sebelum sempit.......

Friday 21 August 2009

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem

To all out there ;




Selamat Menjalani ibadat Ramadhan dengan penuh kyusu' dan semoga mendapat keredhaan Allah dalam apa sahaja yang kita lakukan.
Ameen.

Tuesday 18 August 2009

Lambaian Sungai Nil dan Land of the Pharaohs

Sungai Nil



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ,akhirnya termakbul juga impian ingin menghantar anak ke timur tengah untuk menyambung pelajarannya. Seperti yang pernah ditulis dahulu, permohonan melalui Jabatan Agama Islam Perak diluluskan. Syukur sekali lagi. Semoga ini akan menjadi pendorong kepada anak-anak yang lain. Insyaallah.

Bagaimanapun, tidaklah dijangka pemergiannya akan menjadi sebegini cepat dan segala-galanya berlalu dengan begitu pantas sekali. Hari ini penetapan tarikh telahpun diketahui dan, aduhai , hanya tinggal satu minggu lagi. Segala-galanya perlu dibereskan dengan segera. Al-masalah tuan badannya masih mengikuti kem bina negara....

My feelings...... gedebak, gedebuk ,can't hardly explain. Though I 've gone through the phase ,it isn't the same. It was you who went so the excitement was there, now you are letting someone go so ,it's the other way round. Anyway, my prayer, everything will be alright ,insyaallah and I entrust Allah in everything.


Mesir,Piramid dan Sungai Nil,
Bumi yang mengabadi sejarah
Nabi-nabi terdahulu,
juga Firaun derhaka,
sejarah keangkuhan manusia
yang lupa kekuasaan Tuhannya.


Ku hantar wakil ku ke sana
mendamba ilmu
dan mengambil iktibar dari
sejarah silam mu.
Sesungguhnya

Maha Suci, Maha Besar Allah
Tiada Kuasa SelainNya.

Monday 17 August 2009

Persediaan..?

Aduhai, banyak yang mahu ditulis dan dikongsi tetapi rasa agak kelam-kabut dan tidak fokus semenjak dua menjak ini. Banyak yang mahu dilakukan but I'm not sure where to start. At times like this, you can't do much and just pray hard that everything will go on smoothly.

Time is really flying and the date is getting closer. Yet, preparation is nil. Ketika inilah pulak BTN nak panggil buat kursusnya, pulak tu sampai seminggu, jauh pulak tu samapi ke Terengganu. Apa ke henya nak buat kursus ni ? Kumpulan yang lain tak payah pun go through kursus tu ..... mengada-ngada. The problem is kita nak buka acc, kita nak pergi membuat persiapan, nak beli itu dan ini dalam masa yang amat singkat ini, tetapi orangnya berkursus lah pulak. Kan payah tu..

Apapun kenalah buat apa yang patut, pergi Pejabat Agama, window shopping dulu, buat pesanan ...... preparation logistik ..... Mmmmm... Kalaulah tarikhnya lambat lagi, lagi bagus..

Sunday 16 August 2009

Alahai surau!!

Bintang Sidewalk Cafe opposite the surau


Surau kat kawasan tu Sek 7

Yuk!! tidak dibasuh
(sori if I offend anybody dengan gambar ni )

I skipped my Friday class recently with heavy heart of cos, ( it's the last for this month )

Well, we went down to Shah Alam on that afternoon to collect our gal back and get her ready for a BTN camp somewhere in Besut, on Sunday. Gosh there were so many cars on the road going ups and downs the hiway. And the R&R needless to say.

What's on my mind actually is something about the surau located at seksyen 7 right in front of the bintang side walk cafe. The stench smell from the surau toilet greeted us as soon as we parked our car about 15 m away. Lah apa ke henye surau mempunyai bau sedemikian.It put you off lah. Ada notis tentang kebersihan, kasut dll, tetapi mesti tidak diikuti ,sebab itu baunya, Aduh! Memalukan sekali.

One more thing, the wudhu' area for ladies jauhlah sangat. Sangat tidak betul perancangannya. We have to walk for about 15m untuk ke ruang solat. Kan ke lebih baik bilik berwudu' tu dibina next to the prayer room for ladies on the southern wing instead of on the northeast wing. Just wonder siapalah punya design tu.

One more thing, maghrib tu, rasanya bilangan jamaahnya alahai....... berbanding dengan bilangan yang dapat dilihat di restoran yang banyak di situ, semuanya penuh. Musafir juga ke?

Saturday 15 August 2009

Doa kami

Semalam di pagi Jumaat seperti biasa kami mengadakan bacaan Yaasin dan kali ini mohon dilindungi dari bala bencana H1N1.Walaupun pelajar T3 dan T5 tidak dapat serta kerana ada lagi kertas yang perlu dijawab, namun ia merangkumi semua dan majlis diakhiri dengan bacaan doa yang syahdu sekali oleh Ust K.

Ya, begitulah berdoa , apabila ia boleh meruntun perasaan atas kerendahan suara, kesyahduan permintaan dan keikhlasannya. Yours truly memang mengaku menitiskan airmata ( memang selalu 'emo'pun, bila dengar orang baca quran, dengar kuliah Ust A,dengar doa yang difahami dll) Rasanya sahabat yang duduk di sebelah pun sama.

Semoga usaha kami diberkati dan diperkenan oleh Allah.


p.s. Namun ada ramai juga yang tidak mampu membaca al quran, walaupun rasanya ramai yang dah akil baligh. Eh, salah siapa ye?

Wednesday 12 August 2009

Berjaga-jaga

This morning as soon as I reached the school, about to clock in my card, a friend reminded quickly, 'be careful, wear your mask, there are a few students up there suspected of having fever'. Wow! sungguh menakutkan.

Sememangnya, hari ni GP datang memeriksa temp. bebudak and ramai juga yang diarah pulang untuk pengasingan di rumah, a few di hostel. Nothing positive but precaution of course. dan among many, a sahabat juga terkena tempias pengasingan di rumah. Cuti le seminggu jawabnya.

Dalam suasana begini kita perlu terus bergantung kepada Ilahi dan memohon pertolonganNya agar dihindari diri dari bala ini. Selawat syifaq, doa dan zikir, petua dan amalan bertukar tangan atas keprihatinan dan kasih sayang antara sahabat. Alhamdulillah, sama-sama ingat-mengingati demi kesejahteraan bersama.

Antara petua yang boleh dikongsi, minum jus apple hijau , 2-3 times a day. Ada yang kata campur green apple dan celery di blend dan juice diminum. Dan I got this emel kurma direndam dalam air kelapa selama 1 - 2 jam dan dimakan kurma tu dan diminum air kelapa tu.
My other half kata amalkan saja baca Yaasin ,baca siang ,Allah akan lindung sepanjang hari dan baca pula malam Allah akan lindung sepanjang malam. I would add to that, amalkanlah alMatsurat pagi or/and petang .Jadi ada berbagai petua dan cara, ikut dan laksanakanlah.

Kepada Nas, sabar ye and ikutle petua yang diberi semoga cepat sembuh.

Tuesday 11 August 2009

Kesedaran

Ketika kita kalut membincangkan serangan Selsema babi yang nampaknya menyerang semakin ramai mangsa, agak pelik dengan sikap sebahagian dari masyarakat kita.

Di sekolah ramai di kalangan pelajar yang seolah-olah tidak ambil pusing dan melihat bencana ini seperti tidak apa-apa. Ketawa melihat ada kawan-kawan dan guru yang pakai 'mask'. Bila kita terangkan keperluan untuk mengambil serius serangan penyakit ini, ada pula yang tiba-tiba buat-buat batuk dan seolah-olah nak main-main pula.

Masih ramai lagi yang berperangai macam pendatang dari " B......sh" yang gemar berludah di sana dan di sini. Oh! inilah sikap dan perbuatan yang menjijikkan yang dah jenuh dinasihatkan agar jangan buat. Malangnya memang dah jadi satu tabiat yang amat sukar untuk dikawal, mereka akan berludah ikut suka. Pengotor betul. Datang Ramadhan nanti, Masyaallah, makin banyaklah kesan di sana dan di sini.

Pergilah ke stesen bas, tempat pejalan kaki, lorong awam, di kawasan rehat pasti akan ada kesan ini. Dalam keadaan kita perlu sentiasa peka dan menjaga kebersihan kerana virus ini kita tak nampak, masih ramai yang bersikap acuh tak acuh.

Eh, orang kita ni memang suka berludah ke hapa? Kalau yang datang dari "B....esh" tu faham le sebab makan sirih, ini yang tak makan sirih pun akan berludah ke sana ke mari ni , kenapa pulak? Ini lah tabiat orang kita yang yours truly rasa antaranya yang amat susah untuk dibuang. Ianya seolah-olah diwarisi dari generasi ke generasi. Kalau dah di'inherit' payahle nak dibuang kan.


p.s. Semasa di negara orang puteh jarang or tak ada pun jumpa kesan ludah ni. Tetapi seorang sahabat ( yang dah 2 kali naik Haji) kata jangan terkejut kat Mekah benda tu merata-rata...? Huh?

Sunday 9 August 2009

Komuniti PAKAT









Antara ahli keluarga at -Toif yang minta diambil gambar

Pengarah Majlis sedang berucap


Majlis potong riben


Majlis perasmian pun berjalan lancar. Alhamdulillah. Ramailah juga hadirin, almost one thousand kot or more.

Yesterday, we busied ourselves preparing the dewan and then I helped our pengarah majlis to prepare his speech.Today, rasa seronok le ( or bangga? riak?) bila dengar dia membacakan ucapannya.he,he,he

Keluarga yang mewakafkan tapak pun turned up quite ramai. Anak buah dan kaum keluarga Allahyarham Zulkifli Muhammad pun ada juga. We used their lawn as tempat khemah makan-makan.

Oh ya, sepatutnya, yang merasmi ialah Pengarah JAIP tetapi dia ke Mesir lah pulak atas urusan rasmi kerajaan negeri yang baru niii..

Jadi someone considered younger than many of those seniors, alamak kenalah juga di suruh ke sana dan ke sini. Tapi tak pa.Letih sikit tapi seronok.....

p.s Di PAKAT kami belajar antaranya ilmu Fiqh, Aqidah, Feqah Da'awah dan Bahasa Arab.

Saturday 8 August 2009

Gotong-royong PAKAT

Hari ini kami warga PAKAT bergotong-royong membuat persiapan majlis perasmian bangunan yang akan berlangsung esok. Mmmm seronok sekali , dapat berjumpa dengan ahli-ahli yang lain.
Yang seronoknya, ramai ahli terdiri dari seniors ( my x cikgu pun ada) yang sekarang dah pun pencennn. Antaranya ada pengetua pencen, pensyarah pencen dan ppd pencen pun ada. Nah, sekarang sama aje, bila dah pencen, tiada ranking lagi dah.... sama aja. Semuanya students PAKAT. he,he,he...

Seronoknya juga menjadi sebahagian dari komuniti ini ialah kerana circle lebih meluas.Kita dapat bergaul dan berjumpa dengan mereka yang datang dari disiplin yang luar dari pendidikan. Maknanya, outreach nya telah keluar dari kepompong pendidikan. Menarik sekali.. Mmmm jangan jeles.

Di usia sebegini rasanya, memang perlu sasaran outreach keluar melepasi sempadan pendidikan dan sebenarnya banyak cara boleh dibuat. Namun, ia sukar kerana sebagai pendidik waktu adalah terhad untuk bersosial di luar waktu kerja. Jadi salah satu cara yang amat mudah ialah dengan menghadiri kelas-kelas sebegini.....

Serampang yang mempunyai banyak mata.

Friday 7 August 2009

Hampir Buntu?

Subhanallah, Alhamdulillah , Allahuakbar! Segala pujian bagiNya.

Apabila kita menghadapi saat dan ketika yang amat payah untuk membuat perhitungan dan keputusan, maka kepadaNyalah tempat membuat pengaduan.

Ketika cuba mencari jalan keluar ini, harapan disandarkan kepadaNya untuk menunjukkan jalan paling mudah dan menggembirakan semua. Maha Suci Allah.

Jika sebelumnya, kita amat menginginkan sesuatu itu dan dengan izinNya, kita memperolehinya. Namun, pada masa yang sama kita diuji dengan kemampuan untuk membuat keputusan. Memilih yang terbaik diantara dua kebaikan perlu kebijaksanaan bagi memastikan bahawa apa yang dikejar boleh kita dapat dan yang kita kendong tidak berciciran. Allahuakbar! Bantulah hamba-hamba Mu ini supaya dapat kami memilih jalan yang terbaik dan berakhir dengan kesudahan yang terbaik.
Ameen.

Wednesday 5 August 2009

Nisfu Sya'aban

Esok 15 Sya'aban , separuh dari bulan Syaaban yang mulia. Bulan penuh di angkasa namun cuaca kat luar tidak mengizinkan kita menikmati cahaya bulan penuh tersebut.

Sempena kedatangan Nisfu Syaaban ini mari kita ramai-ramai berpuasa esok bagi memulakan buku baru kita dengan amalan sunat di samping semestinya yang wajib.

Allahu Akbar! Perhatikan ayat-ayat ini :


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka sendiri ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui.Dan dalil yang terang untuk mereka berfikir ialah kejadian malam, kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada di dalam gelap gelita. dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula kami taqdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembali ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing." ( Yaasin :36 - 40 )



Subhanallah, Maha Suci Allah.

Sunday 2 August 2009

Ogos datang lagi.

Ogos pun dah sampai. Macam-macam ada kat bulan Ogos ni and of cos semua orang tahu Bulan Kemerdekaan kan?? Tarikh 6,9 dan 10 Ogos ada erti tersendiri for my family.

Semalam, 1 Ogos 09, bersejarah bagi para demonstrans, syabas dan tunggulah akibatnye kan,kan?? 9 Ogos nanti Institusi at-Taif where I have my night classes akan dirasmikan and yee hah, yours truly will be part of the event, Insyaallah, (penting jugak kot tugasnya.)

Ogos juga menjanjikan the new time-table for Form 6 classes akan bermula.
Routine barule jawabnya.
DAN
Ramadhan al-Mubarak juga bakal datang lagi, jadi routin baru juga akan bemula.
Oh, bulan yang penuh barakah, Ahlan wa sahlan, Mabruk,Mabruk.
Tiada lain yang lebih aula di Bulan Ogos ini melainkan keberkatan malam-malam di bulan Ramadhan.