Wednesday, 5 August 2009

Nisfu Sya'aban

Esok 15 Sya'aban , separuh dari bulan Syaaban yang mulia. Bulan penuh di angkasa namun cuaca kat luar tidak mengizinkan kita menikmati cahaya bulan penuh tersebut.

Sempena kedatangan Nisfu Syaaban ini mari kita ramai-ramai berpuasa esok bagi memulakan buku baru kita dengan amalan sunat di samping semestinya yang wajib.

Allahu Akbar! Perhatikan ayat-ayat ini :


"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka sendiri ataupun dari apa yang mereka tidak ketahui.Dan dalil yang terang untuk mereka berfikir ialah kejadian malam, kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada di dalam gelap gelita. dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah taqdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui. Dan bulan pula kami taqdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembali ke peringkat awalnya seperti tandan yang kering. Matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing." ( Yaasin :36 - 40 )



Subhanallah, Maha Suci Allah.

2 comments:

4st said...

semoga perjalanan hidup sentiasa dirahmati

imanshah said...

Ramadhan kian mengahampiri, moga2 kita semua akan diberkati