Saturday 15 August 2009

Doa kami

Semalam di pagi Jumaat seperti biasa kami mengadakan bacaan Yaasin dan kali ini mohon dilindungi dari bala bencana H1N1.Walaupun pelajar T3 dan T5 tidak dapat serta kerana ada lagi kertas yang perlu dijawab, namun ia merangkumi semua dan majlis diakhiri dengan bacaan doa yang syahdu sekali oleh Ust K.

Ya, begitulah berdoa , apabila ia boleh meruntun perasaan atas kerendahan suara, kesyahduan permintaan dan keikhlasannya. Yours truly memang mengaku menitiskan airmata ( memang selalu 'emo'pun, bila dengar orang baca quran, dengar kuliah Ust A,dengar doa yang difahami dll) Rasanya sahabat yang duduk di sebelah pun sama.

Semoga usaha kami diberkati dan diperkenan oleh Allah.


p.s. Namun ada ramai juga yang tidak mampu membaca al quran, walaupun rasanya ramai yang dah akil baligh. Eh, salah siapa ye?

No comments: