Saturday, 8 August 2009

Gotong-royong PAKAT

Hari ini kami warga PAKAT bergotong-royong membuat persiapan majlis perasmian bangunan yang akan berlangsung esok. Mmmm seronok sekali , dapat berjumpa dengan ahli-ahli yang lain.
Yang seronoknya, ramai ahli terdiri dari seniors ( my x cikgu pun ada) yang sekarang dah pun pencennn. Antaranya ada pengetua pencen, pensyarah pencen dan ppd pencen pun ada. Nah, sekarang sama aje, bila dah pencen, tiada ranking lagi dah.... sama aja. Semuanya students PAKAT. he,he,he...

Seronoknya juga menjadi sebahagian dari komuniti ini ialah kerana circle lebih meluas.Kita dapat bergaul dan berjumpa dengan mereka yang datang dari disiplin yang luar dari pendidikan. Maknanya, outreach nya telah keluar dari kepompong pendidikan. Menarik sekali.. Mmmm jangan jeles.

Di usia sebegini rasanya, memang perlu sasaran outreach keluar melepasi sempadan pendidikan dan sebenarnya banyak cara boleh dibuat. Namun, ia sukar kerana sebagai pendidik waktu adalah terhad untuk bersosial di luar waktu kerja. Jadi salah satu cara yang amat mudah ialah dengan menghadiri kelas-kelas sebegini.....

Serampang yang mempunyai banyak mata.

3 comments:

imanshah said...

PAKAT tu apa ya??

Ibnu Hasyim said...

Oh menarik.. kisah kampung.

ummuaimi said...

PAKAT tu singkatan Badan Khidmat Masyarakat at-Toif. Initially Pusat Khidmat ttp ROS tak bagi jadi pusat. At-Toif tu nama keluarga yang wakaf tanah.

Kampung ni memang menarik dan PAKAT ni bersebelahan dengan rumah Almarhum Dr Zulkifli Muhammad.