Tuesday, 18 August 2009

Lambaian Sungai Nil dan Land of the Pharaohs

Sungai Nil



Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi ,akhirnya termakbul juga impian ingin menghantar anak ke timur tengah untuk menyambung pelajarannya. Seperti yang pernah ditulis dahulu, permohonan melalui Jabatan Agama Islam Perak diluluskan. Syukur sekali lagi. Semoga ini akan menjadi pendorong kepada anak-anak yang lain. Insyaallah.

Bagaimanapun, tidaklah dijangka pemergiannya akan menjadi sebegini cepat dan segala-galanya berlalu dengan begitu pantas sekali. Hari ini penetapan tarikh telahpun diketahui dan, aduhai , hanya tinggal satu minggu lagi. Segala-galanya perlu dibereskan dengan segera. Al-masalah tuan badannya masih mengikuti kem bina negara....

My feelings...... gedebak, gedebuk ,can't hardly explain. Though I 've gone through the phase ,it isn't the same. It was you who went so the excitement was there, now you are letting someone go so ,it's the other way round. Anyway, my prayer, everything will be alright ,insyaallah and I entrust Allah in everything.


Mesir,Piramid dan Sungai Nil,
Bumi yang mengabadi sejarah
Nabi-nabi terdahulu,
juga Firaun derhaka,
sejarah keangkuhan manusia
yang lupa kekuasaan Tuhannya.


Ku hantar wakil ku ke sana
mendamba ilmu
dan mengambil iktibar dari
sejarah silam mu.
Sesungguhnya

Maha Suci, Maha Besar Allah
Tiada Kuasa SelainNya.

6 comments:

TemPoyakBudu said...

Tahniah untuk anak, ibu dan bapa atas kejayaan ini. Teman tumpang gembira. I pernah ke Kaherah...on assingment last Disember. Sempat lawat piramid dan beberapa tempat lain. Sepatutnya ke Iskandariah, tapi tak ada rezeki kerana one of our team members sakit dan masuk hsspital di kaherah.. Syukran

captain viking said...

beratnya nak let go..
the feeling is different kan, between leaving and letting go..lets pray for their safety and come back with a degree

ummuaimi said...

T.Budu: Terima kasih. Teman memang minat bumi Mesir ni dan memang simpan cita-cita nak ke sana. Insyaallah dah ada tiket untuk ke sana.

C.Viking : Memang begitu perasaan mothers but if you love someone set them free..... bukan free terus. Semoga beroleh kejayaan.

ME, UNVEILED said...

congratulations to both the parents first..

ummuaimi said...

Me,Unveiled: thank you and your turn will come.

~PakKaramu~ said...

Salam ramadan al mubarak