Friday 28 August 2009

Ramadhan ini.

Hari ini genap 1 minggu Ramadhan.
Mmmm... yours truly masih lagi belum dapat momentumnya. Belum lagi berkesempatan berterawih di masjid. Insyaallah, akan memulakannya. Kuliah tafsir Us. J selepas 'Asar di Masjid Ridzwaniah juga belum sempat diikuti seperti selalunya.
Aduhhhh, banyak sangat larinya Ramadhan kali ini. Apabila kedatangannya kali ini seiring dengan kesibukan untuk menyediakan kelengkapan bagi yang akan pergi belajar jauh, makanya sedikit sebanyak konsentrasi kepada Ramadhan itu lari sedikit.
Insyaallah ianya akan berjalan lancar selepas ini . Walaupun rasanya banyak yang sudah tertinggal dari kuliah tafsir ' Surah Luqman' kali ini , namun biarlah lambat asalkan jangan tertinggal terus.

No comments: