Saturday 27 February 2010

Kuliah Maghrib

Kuliah Maghrib tadi, sungguh megharukan.Seperti biasa bilangan jamaah memang menggalakkan.Terpaksa berjalan agak jauh sedikit kerana kawasan letak kereta memang penuh. Oh, di ruangMuslimat sahaja aku di saf yang ke 7, kat belakang ada lagi.Dewan utama bilangan makin bertambah.

Tarikan kuliah Ustaz ni memang bagus sekali, sesuai dengan tajuk bulanannya, "Dosa-dosa besar". Ustaz yang lain juga begini. Kuliah mereka memang padat, menyegarkan, menyedarkan, syahdu dan menenangkan. Rugi kalau tak dengar.

Hari ini, ustaz bercakap mengenai dosa besar yang paling utama iaitu mensyirikkan Allah. Bunyinya macam simple tetapi bila dihalusi, amat mudah untuk setiap diri melakukan dosa syirik ini. Mensyirikkan Allah tiada ampun, kecuali bertaubat.

Yang selalu kita nampak syirik ini seperti menyembah berhala, manusia, dll. Tidak ramai yang sedar kadang-kadang apa yang dicakapkan boleh membawa kepada syirik; seperti mengatakan rezeki itu diberi oleh sipolan dan sipolan .Kalau bukan keran sipolan tentunya hidup susah. Ada banyak lagi.

Yang paling syahdu ialah ketika Ustaz mengimbau saat-saat roh Rasulullah dicabut oleh malaikat Maut. Aduhs!Ramai yang mengalirkan air mata. Bagaimana sayangnya Baginda kepada ummatnya, iaitu kita. Disaat akhir sebelum berpisah roh dengan jasad pun masih lagi bertanyakan Jibril akan ummatnya, bukan bertanya tentang isteri, anak, atau hartanya. ( kalau kita ?)

Selawat dan Salam Ya Rasulullah, Ya Habibullah. Tiada manusia yang lebih agung dari mu dan lebih layak diingati dan dihormati. Pengorbanan mu untuk ummat mu ,Ya Rasulullah tiada siapa mampu tandingi.

Sejahteralah keatas mu Ya Rasulullah ,Muhammad saw. Wahai kekasih Allah.



Friday 26 February 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasulullah saw

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ,Rasulullah saw .
Bersamalah kita menghayati dan mengamalkan ajaran yang dibawa Baginda,
melaksanakan sunnahnya,
tanda kasih dan sayang kita terhadap Baginda.

Salamun alaika ,Ya Habibullah, Ya Rasulullah Muhammad saw.






Tuesday 23 February 2010

Alhamdulillah

Apabila diri kita dilanda fitnah lagi tiada ucapan terbaik yang dapat diucapkan melainkan "Alhamdulillah', segala puji bagi Allah. Semoga pembawa fitnah dan yang menerima fitnah dibalasi Allah setimpalnya.
Sesungguhnya aku tidak redha dengan fitnah itu.

Kalau baca Surat al-Hujarat : ayat 6; pengadu domba ini adalah orang fasik dan kesaksiannya adalah ditolak. Apapun biarkanlah dia bahagia di dunia ini.

Dari blog asmawaty 19blogspot :

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.
Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan.
Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.
Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya.

Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain.
Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut.

Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.Balasan Mengadu DombaMengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak.

Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”(Surah Humazah: 1)Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).”(Surah al-Qalam: 11-13)Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala.

Maka, bersyukurlah jika tergulung dalam kumpulan yang difitnah dan bukan pengadu domba. Kepada Allah sahajalah sebaik tempat mengadu dan semoga dibalasiNya jugalah dengan setimpal-timpal pembalasan , jika tidak di dunia ini di akhirat nanti pasti akan menerima balasan.


ps: Semua orang ada cita-cita tersendiri, tetapi dalam kita mencapai cita-cita tersebut tidak perlulah kita menjadikan orang lain sebagai mangsa, punching bag, sacrifice atau apa sahaja demi kepentingan diri.


Sunday 21 February 2010

Unforgettable Love Story

Dari blog seorang sahabat yang menetap di Dubai, 1426.blogspot.com


Unforgettable Love Story
By Dr. Hesham A. Hassaballa

"She believed in me when no one else did; she accepted Islam when people rejected me; and she helped and comforted me when there was no one else to lend me a helping hand."

She was one of the noblest women of her time, coming from a very prominent family. She was also quite beautiful and the holder of a considerable amount of wealth, for she successfully ran her own business. To marry her would have been a great feat for any man, and indeed, quite a few of the most prominent and wealthy men in society had asked for her hand. Yet, she rejected them all; already being a widow, she had lost the desire to marry again.

Until he came into her life. He was young man of 25, and although he was also of a noble family, he was an orphan and was not a man of many means. He had made a meager living tending sheep in the hills surrounding the city. Yet, he had an impeccable moral character, and he was widely known as one of the most honest men around. That is what attracted her to him: she was looking for someone honest who could conduct business for her, as she – a woman in a fiercely patriarchal society – could not do it herself. So, he started working for her.

After he came back from his first business trip, she asked her servant, whom she had sent with him, about him and his conduct. The servant amazed her by his report: this young man was the kindest, gentlest man he had ever met. Never did he treat the servant harshly, as many others do. Yet, there was more: as they traveled in the heat of the desert, the servant noticed that a cloud had followed them the entire time, shading them from the blazing sun. Upon hearing this, she became quite impressed with her new employee.

Not only that, this new employee proved to be an astute businessman in his own right. He took his employer's merchandise, sold it, and with the profits bought other merchandise that he sold again, thus profiting twice. All this was enough for her: the embers of love in her heart that were once extinguished were re-kindled again, and she desired to marry this young man, who was 15 years younger than she.

So, she sent her sister who asked him, "Why are you not married, yet?"

"For lack of means," he answered.
"What if I could offer you a wife of nobility, beauty, and wealth? Would you be interested?" she told him.He replied in the affirmative, but when she mentioned her sister, the young employee chuckled in amazement.
"How could I marry her? She has turned down the most noble men in the city, much wealthier and prominent than me, a poor shepherd," he said.
"Don't you worry," the sister replied,
"I'll take care of it" (Ibn Al-Atheer).
Not long after, this wealthy business-owner married her young employee, and it was the beginning of one of the most loving, happiest, and sacred marriages in all of human history: that of Prophet Muhammad (peace be upon him) and Khadijah, the daughter of Khuwaylid.

When they were married, the Prophet was 25 years old, and Khadijah was 40. Yet, that did not bother the Prophet one bit. He loved her so deeply, and she loved him as deeply. They were married for 25 years, and she bore him seven children: 3 sons and 4 daughters. All of the sons died at a young age. Khadijah was a source of immense love, strength, and comfort for the Prophet Muhammad, and he leaned heavily on this love and support on the most important night of his life.

While he was meditating in cave of Hira, the Angel Gabriel came to Prophet Muhammad and revealed to him the first verses of the Quran, which Muslims believe is the word of God, and declared to him that he was to be a Prophet. The experience terrified him, and he ran home and cried to Khadijah , "Cover me! Cover me!" She was startled by his terror, and after soothing and comforting him for a while, the Prophet was able to calm down and tell her about his experience (Al-Bukhari).The Prophet feared he was going mad or being possessed.

Khadijah put all his fears to rest: "Do not worry," she said, "for by Him who has dominion over Khadijah's soul, I hope that you are the Prophet of this nation. Allah would never humiliate you, for you are good to your relatives, you are true to your word, you help those who are in need, you support the weak, you feed the guest and you answer the call of those who are in distress." She then took him to her cousin, Waraqah ibn Nawfal – a Christian scholar well-versed in the Judeo-Christian scripture – and he confirmed to Muhammad that his experience was Divine and he was to be the Prophet they had all been waiting for (Al-Bukhari).

After his ministry began, and the opposition of his people became harsh and brutal, Khadijah was always there to support Prophet Muhammad, sacrificing all of her wealth to support the cause of Islam. When the Prophet and his family were banished to the hills outside of Makkah, she went there with him, and the three years of hardship and deprivation eventually led to her death. The Prophet Muhammad mourned her deeply, and even after her death, the Prophet would send food and support to Khadijah's friends and relatives, out of love for her.

Once, years after Khadijah died, he came across a necklace that she once wore. When he saw it, he remembered her and began to cry and mourn. His love for her never died, so much so, that his later wife Aishah became jealous of her. Once she asked the Prophet if Khadijah had been the only woman worthy of his love. The Prophet replied: "She believed in me when no one else did; she accepted Islam when people rejected me; and she helped and comforted me when there was no one else to lend me a helping hand" (Al-Bukhari).

Much has been made and said about Prophet Muhammad's multiple marriages. There are many who smear him as a womanizing philanderer, citing those multiple marriages. This is, of course, totally false. If, God forbid, the Prophet was as they claim, he would have taken advantage of his youth to act on these desires. But he did not. Rather, he was with no other women before Khadijah, who was 15 years his senior, and he had no other wife alongside her, although multiple marriages was common custom at that time.

It was only after Khadijah died (God rest her soul) that he took on more than one wife at a time. All his subsequent marriages were undertaken based on divine instructions. Most of these wives were widows, whom the Prophet married to care of, or they were the daughters of prominent Arab chieftains, so that the Prophet could form a cohesive Muslim society out of a fiercely tribalistic Arab culture. The smears against the Prophet fall flat on their faces once the light of truth shines brightly upon them.

In a song about the Prophet and Khadjiah, Muslim rappers Native Deen sing: "We look for stories of love in places dark and cold. When we have a guiding light for the whole world to behold." Many of what we call "love stories" today are nothing more than stories of lust and desire, physical attraction disguised as love.

Yet, I can find no love story more powerful, more spiritually uplifting, more awe-inspiring than that of the Prophet Muhammad and Khadijah. It is a shining example of what an ideal marriage is, and if I ever claim that I love my wife, I must gauge my actions with that of the Prophet. As the country commemorates Valentine's Day, and everywhere we turn this month, "love is in the air," I cannot help but reflect upon, what is to me, the greatest of all love stories: that of Prophet Muhammad and Khadijah. Even with all of its amazing creative talent, Hollywood could not have come up with a story greater than this.


Works CitedIbn Al-Atheer, Ali. Usd al-Ghabah. Vol. 5. Cairo: Dar Ihya Al-Turath Al-Aaraby, 1996.

Hesham A. Hassaballa is a Chicago doctor and writer. He has written extensively on a freelance basis, being published in newspapers across the country and around the world. He has been a Beliefnet columnist since 2001, and has written for the Religion News Service. In addition, his articles have been distributed worldwide by Agence Global. He is a guest blogger for The Chicago Tribune. and is a contributing writer for the prominent news website altmuslim.

Dr. Hassaballa is author of the essay "Why I Love the Ten Commandments," published in the award-winning book Taking Back Islam (Rodale). He is also co-author of The Beliefnet Guide to Islam (Doubleday). In 2007, his blog, God, Faith, and a Pen, was nominated for a Brass Crescent Award for a blog that is "the most stimulating, insightful, and philosophical, providing the best rebuttals to extremist ideology and making an impact whenever they post."

Saturday 20 February 2010

Nak minum apa?

Lokasi : Di satu warung di pinggir pekan Kuala Kangsar.
Waktu : Pagi , masa minum-minum pagi.

Satu keluarga yang terdiri dari seorang bapa lingkungan 30han yang membawa isteri dan anaknya meninjau-ninjau apakah yang boleh dipesan sebagai sarapan pagi tu.

Bapa: Nasi lemak ye.
Pembantu : Baik.
Seketika kemudia pembantu datang dan bertanya dengan agak kuat ,yang semua orang lain boleh dengar,

Pembantu : Minum apa , bang?
Bapa : ( Dengan cepat dan selamba) Brandi, oops .... kopi o ais, kopi o ais....... ( malu sendiri)


Moral of the story : .......... fikirkanlah sendiri.

Tak da enjin la pulakk....

Kat Kg Ulu Piol , Manong. ada heli, ada kereta kebal, ada kapal terbang,
ada bot.......
tak dak enjin la pulak...
depa bawak pi mana enjin tuuu..? entah?








Tuesday 16 February 2010

Musim panas



Panas,panas begini
alangkah nyamannya jika dapat
menghirup cendol
atau air batu campur,
air kelapa muda,
atau pun menghisap ais kepal yang
kini memang dah tak jual .

Cuaca panas begini
oh alangkah seronoknya
jika dapat
berenang dan berendam
di sungai yang nyaman dan sejuk airnya.

Panas ini
membawa tetamu yang tidak diundang
yang bukan mesra manusia
yang memang merbahaya
masuk ke rumah.

Panas sebegini
ular,lipan, kala
dan apa sahaja
seperti manusia
juga mahukan sejuk,
mahukan nyaman.

Alahai
salah tempat yang dituju,
menjadi tetamu yang tidak diundang.


Maaf,
terpaksa menjadi pemangsa,
mungkin itu lebih baik baginya
dari terpaksa
menderita kepanasan
untuk beberapa ketika.



Monday 15 February 2010

Maulidur Rasul

Heboh jadi isu 1 Malaya fasal tak boleh berarak untuk Maulidur Rasul kat Penang. Apa ceghita?
Pakat-pakat la baca sirah.
Ada ka zaman para sahabat, para tabi'in,
dan tabi'it tabi'in buat perarakan dulu?

Soalannya :
Adakah dengan berarak sakan sekeliling kota di mana sahaja itu kita telah menunjukkan kecintaan kita kepada Rasulullah saw ?
adakah kita telah benar-benar mengikuti segala ajaran yang dibawa oleh baginda?
adakah kita sememangnya mengamalkan selawat ke atas baginda pada tiap-tiap hari?

atau kita hanyalah antara ramai manusia di dunia ini yang sentiasa memakai topeng
cuba menjadi hero agama tetapi realitinya

kitalah yang menentang ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasullullah saw,( benci sama hukum al-quran )
kitalah yang membenci sunnah Baginda rasulullah saw,( benci orang pakai janggut, pakai serban, kopiah, pakai jubah dll)
kitalah yang tidak tahan telinga apabila azan, selawat, zikir dll dilaungkan.
kitalah juga yang dulu, kini dan selama-lamanya sedaya-upaya menentang sebarang usaha menegakkan ad-Deen.


Muhasabahlah, mintalah hidayah dari Allah,
janganlah
luar cakap lain, kat dalam hati cakap lain..........


Thursday 11 February 2010

Lawak sempoi.

Di sebuah pusat membentuk jatidiri berhampiran pantai :

Beberapa ekor anak ketam telah dimarahi oleh jurulatih yang bertugas kerana berjalan senget.
Mereka ditegur dan diingatkan supaya tidak lagi berjalan senget.

Kata mereka; ' Bagaimana mungkin, emak kami pun kami tengok jalannya senget.'
Kata pengawas ; ' Mak kamu yang suruh kami beritahu kamu supaya kamu jalan lurus!'
Jawab mereka ; ' Nanti kami fikirkan, sebab kami tengok mak kami tu pun senget, bila dia boleh jalan lurus dan tak senget lagi baru le kami patuh arahan dia.'

Mmmm...... yang mak ketam ni pun satu, sendiri pun tak boleh jalan lurus, nak suruh anak dia jalan lurus. Kelakorr...

Wednesday 10 February 2010

Perkenankanlah....

Ada orang kata,' eh, bahaya le, dalam blog hang banyak sangat pembangkang nye. Nanti ada orang repot , kena'. My response, ' pembangkang? ye ke? kena apa? fasal apa tak boleh baca, kita kan ada hak tersendiri nak baca apa, bukan bahan lucah pun , ia bahan mengasah minda'

" Ya,Allah, Ya Rabbi! Ampunilah sekiranya ada mereka yang berniat jahat itu. Sesungguhnya mereka itu memang tidak mampu untuk berfikir, Ya Allah. Mereka tidak mampu untuk melihat serta memahami apa yang telah Engkau tetapkan. Apakah salah jika hamba Mu ingin meluaskan pandangan , membebaskan pemikiran , keluar dari tempurung kaca dan bebas untuk membaca , Ya Allah.

Oh Tuhan sekalian alam yang tiada sekutu bagiNya, kami tidak menyekutukan Mu Ya Allah dan tidak sekali-kali mahu berbuat demikian. Sesungguhnya hanya padaMu lah Ya Allah tempat kami bergantung harap. Kau bukakan lah hijab dari hati mereka itu , berikanlah mereka hidayah Mu, Ya Allah, semoga mereka mampu berfikir dan bersedia dan memahami segala tuntutan Mu , Ya Allah. sebelum mereka terlambat'

Thursday 4 February 2010

Ulang tayang

Ulang tayang sudahpun bermula,
drama 10 tahun lalu boleh kita tonton kembali.

Alahai,
letihlah dengan frasa-frasa yang merosak
minda budak kecil dan
orang dewasa ini.

Ingatkan dah tamat dah
'pendidikan tambahan' percuma secara awam ni.
Rupanya selepas 1 dekad
generasi baru masakini pula
mahu diberi ' pendidikan khas ' percuma ini.

Tolonglah, be decent sikit,
malulah kat anak-anak kecil
yang tak tahu apa-apa,
mereka mula sebuk bertanya
'apa itu .........?, apa makna ......?
Bila benda-benda pelik ini
mula menjadi perbendaharaan semasa,
penat lah mak bapak,
tok dan nenek
nak buka kamus.

Tolonglah hormat,
janganlah melebih-lebih
terbukanya.
Tengok tv ada, baca akhbar ada,
yang bangga bercerita,
yang rasa hebat berkongsi rasa.

Eeeee... sudah hilang malu ke?



Tuesday 2 February 2010

Fitnah??

Jika kita difitnah, apakah yang boleh kita lakukan? Apakah kita perlu bertindak agresif? Patutkah kita 'retaliate', membuat serangan balas? Atau menjadi defensif? Atau biarkan sahaja ia berlalu seperti berlalunya air sungai yang tidak henti mengalir.

Perkara fitnah-menfitnah memang lumrah alam. Sesiapa sahaja boleh terjebak melakukan fitnah dan difitnah. Kadang-kadang tanpa disedari fitnah boleh berlaku.

Ada yang menfitnah kerana dengki, ada yang kerana marah. Ada juga yang menyampaikan fitnah kerana dendam, kerana kuasa, kerana wang-ringgit dan macam-macam lagilah. Orang biasa-biasa pun ada menyebar fitnah dan kena fitnah, orang besar-besar dan berkuasa pun tak terkecuali ada yang terjebak dalam memfitnah dan juga terkena fitnah. Ada yang fitnah kat satu kampung,cerita itu-ini; ada yang fitnah kat tempat kerja, buat laporan sana-sini; ada juga yang mereka-reka cerita macam nasi tambah dan pelbagai lagi lah.

Ohh, kalau mahu bercakap fasal ini memang panjang. Tentang definisinya, tujuannya, hukumnya dan macam-macam lagi.

Mmmmm jika difitnah...., kita serahkan sahaja kepada Allah. Kan ada mahkamahNya. Tukang fitnah tu nanti jawab le.


Ya..... memang bahaya liisaann.