Wednesday 30 September 2009

Back to school

Yes, back to school. Nothing much ,tak ada yang happening. The boys are still in raya mood. Many are still MIA. And the weather ...... if only it isn't working days, sure seronok tidur ..... masuk hari ini sudah tiga hari hujan dari pagi hingga ke petang. One reason why many are found missing in action.

The teachers are busy macam 'working bees' menyiapkan segala jenis marking ; trial papers for SPM and STPM. mmm..... sampai ada yang tak angkat kepala.

And friends are curious as before. Mana boss baru ni? Tak sabor-sabor nampaknya nak menerima. Nanti kot tak larat lah pulak. For the time being lets enjoy ourselves, huh. Tq, Mak Engku for the roti canai treat and the bihun sup and the nasi lemak.... he,he,he... and of course terima kasih kepada the driver kan. Bila lagi akan dapat peluang ni ye?And also TQ Pidah for the 2 plates of Kurma Nabi, I took home some.

Esok ada bacaan Yasin, pelik le nanti kan?..... "Pengerusi" nak duduk tang mana ye?

Monday 28 September 2009

Bayi sujud ......

Dari Blog Kerabu Bersuara.


September 28, 2009

Bayi di USG bersujud ketika dibacakan Ayat-ayat Al Quran ( klik di sini)

Penelitian yang mengejutkan akhir-akhir ini bahwa musik classic seperti Mozart dapat mempengaruhi tumbuh kembang sang janin. Malah di sebuah situs dinyatakan Surabaya Ehealth klo ingin mempunyai anak yang cerdas hendaknya orang tua mengoptimalisasi anak sejak dini. Dan oleh dokter di web tersebut disarankan menggunakan musik Mozart.

Selanjutnya baca di Blog ini dan tontonlah video yang disertakan.

Masyaallah. Allahuakbar !!!

Sunday 27 September 2009

Yang di sana dan yang di sini

Esok back to school. I sort of prepared myself with some kind of work for my students tomorrow. ( Went to kedai panjang kat belakang bus station tu )

Earlier had a chat with Aimi, was quite a long chat - more than 1 hr. YM is a lot cheaper of cos. (Abah dia sempat main chess lagi. Dasyat depa yang gila chess ni.) Happy to hear that she's doing fine and I would say happy. Equipping herself with arabic by having classes morning and night.

Aiyah, being so curious I tak habis-habis bertanya fasal Sg Nil etc. Kalau boleh wanted to see it with my own eyes , tengokle bila ye. U will only start in Oct, very soon. So, my doa' everything will be alright and she will be doing fine.

Esok, new day will begin; some friends already talking ( dalam FB) who will be the first to conduct pjj class from outside the gate. Ciss! not that soon. Kita kan ada banyak pintu, masuk le ikut pintu yang paling jauh ke, paling kecil ke or yang paling dekat. No such thing as pjj will ever happen in our territory kan.... and definitely for sure not the F6 teachers kan.....

Saturday 26 September 2009

Raya dan TV?

Cuti raya dah nak habis, yeah! Begitulah seperti selalunya. Di penghujung cuti semakin banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. Apabila sekolah dibuka semula tidaklah nanti semak dan kelam kabut. Hah! sebentar tadi membantu membersihkan bilik darjah di PAKAT. Buatlah apa yang termampu.

Walaupun cuti raya dah sampai penghujungnya, namun kat TV tak habis-habis lagi dengan siaran hari rayanya. Naik muak pula. Semasa Ramadhan lalu tidak pula begitu. Seolah-olah seperti tidak sabar mereka untuk Ramadhan itu berakhir. Tv tidak habis-habis menayangkan slot hiburan yang melalaikan. Nak kata apa , memang itu kehendak massa. Kalau tidak ada hiburan, nyanyian, konsert, filem dan entah apa-apa lagi memang tidak sah sambutan hari raya setiap tahun. Langsung tidak mencerminkan sambutan kemenangan yang sebenarnya.

Honestly, I did not watch any of the programmes. Lately, I memang dah tak tonton TV kecuali kalau ada interesting programme. Kalau tak I'm just happy with my internet connection for info. Dah cukup. How I wish my kids also tak TV savvy. Itu kami tak ada astro, kalau ada mmmm.. entahle , memang tak bangun dari depan TV le gamaknya.

Inilah yang ustaz-ustaz Arqam dulu suruh buang TV , sebab maksiat memang ada di dalam rumah dan di depan mata...

Wednesday 23 September 2009

Himpunan Keluarga Ar-Rashid ke 2

Ahli keluarga dari rumpun Kulop Ibrahim anak sulong ar-Rashid

Generasi ke 3 duduk di hadapan ,manakala generasi ke 5 membaca al quran di atas pentas


sesi ta'aruf




generasi ke 5 membakar satay

Tahun ini Keluarga Ar-Rashid mengadakan perjumpaan sekali lagi selepas perjumpaan terakhir pada tahun 2006. Perancangan agak adhoc, seminggu sebelum hari raya. Yours truly, seperti sebelumnya menjadi part of the committee. Agak tergesa-gesa juga tetapi bagaimanapun akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ar-Rashid merupakan saudara tua kepada at-Toif (rumpun keluarga yang mewakafkan tanah untuk kompleks pengajian PAKAT).
Malam hari raya ke 2 lalu, kami berkumpul lagi. Kali ini ada keluarga yang tidak dapat hadir dan ada pula keluarga yang dulu tidak hadir kini dapat menghadirkan diri .

Majlis dimulakan dengan solat isya' berjamaah diimami oleh salah seorang ahli keluarga yang hafiz sekarang bertugas di Kedah , diikuti majlis tahlil.

Kemudian ada sesi ta'aruf. Ada beberapa rumpun. Yours truly dari rumpun Kulop Ibrahim yang dulunya di kenali dengan gelaran Kulop Rimau sebab garang dan seriusnya beliau semasa menjadi guru besar dan guru pelawat. Ada dari rumpun Hj Md Zain ( Kota Lama Kanan), ada dari Haji atau Lebai Majid( Sayong), dari rumpun Hajah Mah dan Hajah Hamsiah ( Kota Lama Kanan). Ada antara mereka ini terlibat dalam pembukaan kampung-kampung dan kawasan di sebelah kanan Sungai Perak. Generasi ke 3 dari ar Rashid merupakan yang paling tua hadir.Yours truly adalah dari generasi ke 4.

Majlis ta'aruf menyaksikan kejayaan anak cucu arRashid ada yang jadi tahfiz ada yang jadi imam, ustaz, doktor, lawyer, guru, businessman, YB tak jadi pun ada dan berbagai lagi. Malangnya majlis taaruf agak pendek sebab ramai yang perlu pulang ke tempat masing-masing selepas itu.

Ada sesiapa dari rumpun ar- Rashid diluar sana?

Dah 4 Syawal

Majlis jamuan hari raya di perjumpaan keluarga


Salam "Aidil Fitri.



Dah empat hari Syawal menjenguk. Jika Ramadhan bulan beribadat dan menahan diri dari makan dan minum , syawal pula sebaliknya. Musim makan-makan. Pergi saja ke mana-mana akan berjumpa pelbagai juadah membuka selera dan enak-enak serta mewah. Mmmm... macamlah 1 bulan Ramadham merupakan penyiksaan yang teramat sangat dan penyiksaan tanpa makanan di siang hari, sehingga tidak putus-putus juadah dan jamuan bermula dari 1 Syawal hinggalah nanti 30 Syawal.

Yours truly tidaklah begitu memberatkan sangat mengenai persiapan juadah ini. Apa yang ada sahajalah. Alhamdulillah setakat ini apa yang disediakan memang habis. Sementelah rumah pula sentiasa dikunjungi. Seronok sekali raya kali ini kerana saudara-mara tidak putus mengunjungi.

Apapun terasa juga ketiadaan Aimi yang pastinya banyak membantu di dapur dan menghabiskan makanan........ Mmmmm... rasanya di Mesirpun meriah juga. Makanan yang dimasak beramai-ramai pun sedap juga. Yours truly dah biasa dengan sambutan 'aidil fitri di rantauan ni. Bila fikirkan memang seronok berhari-raya bersama kawan-kawan dan sama-sama menyediakan juadah. lepas tu makan ramai-ramai.

Seronok....... lepas tu bergambar . Oh.... kenangan yang berharga sekali dan tidak mungkin berulang lagi.

Friday 18 September 2009

SALAM 'AIDIL FITRI




KEPADA SEMUA.


SALAM 'AIDIL FITRI


MAAF ZAHIR DAN BATIN


yang tersebut, terkata, termasuk gambar dan

banyak ter.... lagi.



Thursday 17 September 2009

Khatam Al-Quran dan bermaafan 'Idil Fitri

Suasana ceria di Bilik Guru selepas upacara

Hero Filem Melayu & Filem Tamil

Ceria berbaju raya tahun lepas

Us. Hj Tamami bertilawah bersama 10 pelajar


Bersedia untuk majlis, tapi hujanlah pulak

Oh! seronok nye deme

Kami buat majlis Khatam quran dan bermaafan 'Idil fitri di Dewan Hamdan pagi tadi.( Sebelum tu di dataran) Guru-guru dan pelajar telah bersama bertilawah sebelum ni. Anak yatim dan pelajar miskin juga di beri sedikit sumbangan oleh PIBG dan juga guru-guru.

Majlis tak habis lagi yours truly kena masuk kelas, jaga F6 yang ada paper Sejarah 2. Miss the event salam-salam tahun ni. Rasanya kemeriahan agak kureng sikit sebab majlis di buat di dewan. Pagi tadi hujan lah pulak.

Esok kami mula bercuti, Alhamdulillah. Bolehlah menyambung kerja rumah yang masih banyak lagi yang belum selesai. Pastinya, Bandar KK akan menjadi sangat sebuk mulai petang ini .......

Majlis Perpisahan

Pelajar menunggu dan menunggu

Penyampaian cenderamata

Bersalaman dengan pelajar

Final words......


Tiada sambutan Hari Malaysia semalam tetapi kami ada majlis perpisahan untuk mantan pengetua.

Pelajar bersedia seawal jam 7.40 pagi namun agak terlewat sikit majlis bermula kerana yang diraikan terlewat hadir.

Ada ucapan dan penyampaian cenderamata serta bersalam-salaman. Yes, yours truly dah minta maaf atas segala kesalahan. And yes, our mantan pun minta maaf juga sebab suka menyakat yours truly dulu. Aha, fair le kan.
I will load some pictures later.

Habis dah episod mantan, next, come October, the new episode will begin...........he,he,he....... akan kena grill ke? , bake ke? , stew ke? bbq ke? ......

we will wait and see...

Wednesday 16 September 2009

Hari Malaysia








Hari ini, ' Hari Malaysia'. 46 tahun lalu Malaysia telah terbentuk setelah lebih 6 tahun mendapat kemerdekaan dari British pada 31 Ogos 1957.

Ada dua tarikh bersejarah. Eh, mana yang lebih penting? Tarikh mendapat kemerdekaan ke atau tarikh terbentuknya Malaysia?

Merdeka sudah, kemudian Malaysia pula terbentuk , tapi lagu kebangsaannya kenapa tidak tulin? Sudah melepasi setengah abad lagi.

Benderanya pula, Jalur Gemilang yang ada tu, agak terlalu mirip dengan negara naungan baru.............? Ish,ish,ish...... rasanya bendera original dulu tu lebih tulin dan ada ciri tersendiri.

Entahlah....

Tuesday 15 September 2009

Mood Raya dah sampai.

Selamat Hari Raya 'Idul-Fitri.


Minggu kuih dan biskut raya. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut syawal. Sekarang bermulalah proses mengedar kuih-muih sebagai pelengkap hari raya. Seronok tengok suasana , meriah macam bazaar Ramadhanlah pulak.

Oh! itu yang menyeronokkan tentang komuniti kami ni. Ada pembekal kuih-muih, ada pembekal serunding, ada pembekal daging fresh, ada juga pembekal jus,kerepek, batang buruk, kek dan berbagai lagi. 'Money changer' untuk tukaran wang raya pun ada. Memang kita tak perlu risau dengan persiapan raya. Al maklum mana ada banyak masa nak keluar membeli-belah dan berurusan dengan bank. Alhamdulillah ada yang berminat menjadi pembekal, mudahlah sedikit urusan ni. Kita hanya perlu sediakan uwangnya saja. We are one big happy family.

Apapun selepas ini entahlah pulak. The new chairman may have different way of organizing things...... as long as the big happy family keep intact , then tak pa. What worries me ialah akan wujud dasar pecah perintah. kalau berlaku, adusss! sadis nya.

Sunday 13 September 2009

Kuliah Malam Tadi.

Selepas tarawih di Masjid R , seperti biasa ada pengajian or tazkirah.Malam tadi giliran Ust Radzi bin Kamarul Hailan (Tq Imanshah for correcting the name). One of the judges for Akademi Al quran yang sedap bertaranum tu. Mengalir air mata mendengar bacaan beliau tadi. Mmmm sedap sangat. Oh... ketika dia bertakbir dengan lagu Rash, bergenang juga air mata. Beliau juga telah mengimami solat Witir tadi.

Memang mengasyikkan kuliah tadi. Kita memang dituntut membaca al quran dengan lagu yang baik. Malangnya yours truly tak pandai bertaranum . Kata Pak Ustaz ianya bukan dapat dengan serta merta, kena dipelajari. Katanya , bacalah al quran setiap hari, waima satu ayat sekali pun. Rumah yang tidak dibacakan alquran didalamnya seperti rumah kosong.

Jangan bimbang jika tidak pandai membaca tetapi ada usaha untuk belajar, jika buat silap bukan dengan sengaja ia pastinya akan mendapat ganjaran pahala. Sesungguhnya di hari akhirat nanti al quran yang dibaca akan datang memberi syafaat kepada tuannya.

Beginilah di sini, setiap lepas tarawih, pastinya ada kuliah-kuliah yang menarik sebagai tazkirah atau peringatan kepada para jamaah. Walaupun, sudah pasti habisnya sehingga melepasi 11 malam tetapi kalau tak pergi memang rugi.

Friday 11 September 2009

11 September

Dah lapan tahun peristiwa bersejarah tu berlaku. Peristiwa yang menukar persepsi dunia terhadap Dunia Islam. Jenayah yang dirancang.
Mmmm Kesannya.....oh banyak sekali ke atas orang Islam tentunya, sehinggakan mempunyai nama Mohamed, mempunyai bin pada nama menjadi satu masalah apabila membuat perjalanan antarabangsa.

Kesian,kesian..... manusia takut pada bayang-bayang yang dicipta sendiri.
Hari ini...... apa kah ada perkembangan terbaru hasil dari peristiwa ini?
Ground Zero masih lagi seperti adanya.
Bilakah akan dilakukan perubahan itu?

Nak tunggu 2012? Keh,keh,keh....

Thursday 10 September 2009

Menunggu lailatul Qadar dan lebaran

Dah masuk hari ke 20 puasa hari ni. Tak sedar je Ramadhan semakin menuju penghujungnya. Tinggal 10 hari terakhir dan masing-masing merebut untuk pecutan akhir. Berikhtikaf, qiamulail , tadarrus dan berbagai lagi dalam pencarian malam seribu bulan. Kata ustaz hanya mereka terpilih sahaja yang akan dapat berjumpa dengannya. Mereka yang mencintai solat, gembira dan ikhlas dengan solatnya dan ibadahnya.
Adakah kita begitu?

Kat sini pula kuih-kuih raya dalam proses penghantaran. Yours truly dah dapat sebahagian dari yang dipesan untuk dihantar ke seberang laut. Agak-agak dan ke sampai sebelum raya? Rasanya tak sempat kot.Silap-silap dah hancur berkecai . Apapun, it's the thought that counts. Dapat serbuk pun dapat juga rasa kan.

Marilah sama-sama kita menggunakan peluang terakhir yang ada untuk mendapatkan ganjaran malam seribu bulan itu . Insyaallah.

Tuesday 8 September 2009

Menanti-nanti

Ramai yang tertungu-tunggu dan ternanti-nanti hari ini untuk melihat susuk rupa bos baru. Ala bukan orang lain, kita semua dah kenal cuma nak tengok je. Sapa yang tak kenal Iron Lady tu? Bagaimanakah pembawaannya. Dah banyak cerita yang kita dengar.

Seronoknya, berbagai cerita dan lelucon boleh didengar. Semuanya berdasarkan pengalaman pasangan masing-masing yang bekerja dengan bos tu.

Pelajar pun sama juga , curious habis dan dah rasa tercabar nampaknya. keh,keh,keh. Apa pula gelaran yang akan diberikan kepada bos yang ini. Kalau gelaran yang sedia ada tu, biasalah semua orang dah tahu. Boys kat sini sangat creative macam-macam gelaran mereka pernah bagi. Ada Ninja Turtle, ada Mr. Potato ada Squidwood, ada Penguin dan bermacam gelaran lagi. So, yang ini apa pulak?

He,he,he tak sabar,tak sabar.....


Monday 7 September 2009

Long Weekend

Minggu ini ada hujung minggu yang panjang sekali lagi. Minggu lalu sebab sambutan Hari Kemerdekaan dan minggu ini, Nuzul al-Quran pula.

No definite plan. Saturday morning we sat for our semester 2 exam kat PAKAT. I hentam menjawab for bahasa Arab and for the other 2 pun lebih kurang sama. It was fun actually, when I think semua orang pun macam tu juga.

Sunday, went off quietly. Nothing much. Tak happening langsung. I did my laundry of course. A hot day despite it rain briefly.

17 Ramadhan, ada majlis iftar kat Pakat. Something that I look forward to. Mmm pasti ramai turn up cos students kelas pagi dan malam pun join sekali. Khabarnya nak solat kat padang, Yes! sesuatu yang berbeza nampaknya. Akan tunggu dan lihat.

Friday 4 September 2009

Perubahan...

Mmmmm.... angin telah pun lama bertiup kencang mengatakan akan berlaku perubahan organisasi. Tiada siapa berani mengiakannya... Tuan badan yang nak datangpun semakin kerap bertanya untuk kepastian... alahai.. dah tak sabor sangat nak datang ye.

This morning, the speech given by no. 1, sounded like a farewell speech je. Pun dah tak sabor-sabor nak keluor ke? Wow ! happy kemain nampak, ketawa ke sana dan ketawa ke sini hari ni. Hari terakhir ??

Oh! Yang nak datang ni Iron Lady Kuale. Fuuyoo... bagaimana anak-anak lelaki sekalian? Akan mencabar, tercabarkah kamu sekalian ? Kali ini mendapat seorang bonda dan tidak ayahanda seperti selalunya. keh,keh,keh,keh

Sudah terdengar sok,sek,sok,sek ....... pros dan cons... Mmmmmm.....

Tunggu dan lihat ye.. kawan-kawan.

Tuesday 1 September 2009

MOOOOOD.....

Back to school. Yes, back to school. Warmth welcome ?. No, it was raining before sahur right until midday. So. it was cold alright. The F5 and 6 must come to school because they have their trials. Others....... sleep tight. I bet the total population today hardly reached three quarters. Holiday mood lagi.

At one little corner of the room, my mood tercabar juga, so was my other friend , melihat beberapa kotak telah berjalan-jalan. Oh, teringat, aku sedang berpuasa.

Kat another corner, another mood pulak, cerita fasal minyak naik pada masa dan ketika yang salah ..... so the mood bimbang apa pulak yang ikut naik. Cis!.... habis mood raya orang.

Another friend pulak kata, this year, mood raya memang kurang or tak da. Dengan H1N1 yang sangat membimbangkan, dengan harga petrol naik, dengan masalah kesihatan keluarga, dan berbagai lagi.... memang tiada siapa pun akan ada mood untuk berhari raya sakan.

Seorang rakan yang biasanya tersangatlah ceria, amat jelas kelihatan kehilangan mood ....... wonder what happen. Oh! I miss her gelak ketawa.

Mood apapun akan hilang bila ingat harga RON 95 dan RON 97. Apa gila punya strategi?
Ini mesti kes dah desperate. Cara terbaik untuk 'con' orang ramai. Ish,ish ish,..... yang orang ramai ni pun mengapalah tak faham-faham ...... memang sejak azali suka kena 'con' dan redho di'conned' kot?

Habis mood aku....